Bani Umayyah

Buku Sejarah Bani Umayyah di Andalus ini disusun untuk mengetengahkan sejarah masuknya Islam di bumi Eropah, khususnya Andalus yang kini adalah sebahagian negara Sepanyol dan Portugal. Selain menyingkap persoalan sejarah, ia mengetengahkan tamadun yang wujud sama ada dari segi mental mahupun material. Pemerintahan Bani Umayyah di Andalus dan beberapa kerajaan kecil selepasnya telah berjaya menghasilkan suatu ketamadunan yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kuasa sebelum ataupun sezaman dengannya.
Kandungan buku ini menyingkap sepintas lalu tentang kedatangan orang Islam ke Andalus, khususnya penaklukannya oleh orang Islam di zaman Bani Umayyah, pemerintahan Islam yang berlaku di sana, termasuk masalah-masalah yang dihadapi oleh kerajaan Islam, kerajaan-kerajaan kecil yang wujud dan tamadun Islam yang bertapak di sana.

Selain itu, turut dinyatakan sepintas lalu bagaimana tamadun Islam yang berkembang di bumi Eropah ini telah dapat memberi banyak manfaat kepada dunia bukan Islam setelah pengaliran ke sana. Apa yang menarik buku ini juga memasukkan artikel-aritikel mengenai sejarah berlakunya April Fool’s Day dan Valentine Day yang juga disambut oleh orang Islam pada masa ini agar umat Islam mengetahui kisah silamnya.

Pen: Maruwiah Ahmat
ISBN 983 195 042 9
Tahun: 2003
Hlm: 164
Saiz: 5.75” X 8.25”

Doa Al-Quran

About these ads