ISLAM DAN DEMOKRASI

KEMUNCULAN DEMOKRASI

Demokrasi berasal daripada perkataan Greek iaitu demos (rakyat) dan kratos (kekuasaan). Gabungan keduanya membentuk maksud kekuasaan rakyat. Demokrasi diperkenalkan pada zaman pemerintahan Greek di mana Athen adalah negeri pertama yang melaksanakan sistem ini. Seorang tokoh demokrasi Yunan bernama Apicorus (347-275 SM) menyebut; ‘Negara adalah satu permuafakatan untuk mendapat manfaat, ia dilakukan dalam semangat ikat janji.’ Semasa demokrasi dilaksanakan di Greek, seluruh rakyat mempunyai kesedaran yang penuh terhadap apa yang mereka lakukan. Semua golongan termasuk bukan warganegara Greek tampil memperdebatkan isu atau perinsip yang baik bagi masyarakat yang boleh diamalkan mereka.1

Demokrasi mula pupus apabila Kristian dengan konsep teokrasinya menguasai Greek. Ia muncul semula justeru ketidakpuasan hati terhadap pemerintahan oligarki beraja. Bermula pada tahun 1688, berlaku Revolusi Inggeris yang memperkenalkan suatu pemerintahan berparlimen di mana wakil rakyat berperanan memegang kuasa tertinggi dalam kerajaan. Revolusi ini menandakan golongan sederhana, profesional dan ahli perniagaan bangun menentang kuasa mutlak raja. Pada tahun 1776, tercetus pula Revolusi Amerika yang akhirnya memperkenalkan konsep demokrasi yang baru iaitu suatu pemerintahan daripada rakyat, untuk rakyat. Kebangkitan rakyat telah menular ke Perancis di mana pada tahun 1789 berlaku Revolusi Perancis yang merupakan titik permulaan pemodenan demokrasi secara keseluruhannya. Antara prinsip yang lahir daripada revolusi ini ialah sebagaimana yang dijelaskan oleh Rousseau mengenai konsep Kehendak Umum atau General Will iaitu:
(a) Berkenaan deklarasi hak sesama manusia dan warganegara.
(b) Pelaksanaan perlembagaan Perancis dalam pemerintahan negara Perancis pada tahun 1971.
(c) Lahirnya teori pengasingan kuasa.2

Setelah demokrasi mengalami revolusi di beberapa tempat di Eropah, ia semakin diterima oleh masyarakat Barat. Selepas itu, demokrasi berubah secara evolusi melalui beberapa proses pemodenan sesuai dengan keadaan persekitarannya atau dengan kata lain sesuai dengan keadaan sesebuah negara. Pelaksanaan sistem pemerintahan ini bukan setakat di negara Barat, malah menular ke negara-negara yang dijajah oleh mereka di serata dunia termasuk di negara umat Islam hari ini. Ini dibuktikan dengan komitmen mereka khususnya Britain dalam menentukan dasar supaya dasar pemerintahan negara-negara Islam supaya sejajar dengan kehendak dan kepentingannya. Hari ini, justeru dominasi dan promosi Barat terhadap sistem ini sebagai suatu sistem unipolar yang mampu membangunkan tamadun manusia yang gemilang, demokrasi muncul sebagai suatu sistem yang begitu berpengaruh berbanding dengan ideologi lain ciptaan manusia.

Berdasarkan sorotan ringkas di atas, nyatalah bahawa demokrasi bukan berasal dari Islam. Islam menerusi Al-Quran telah memperkenalkan sistem politiknya yang tersendiri dengan mengutarakan prinsip asas manusia sebagai Khalifah Allah di muka bumi. Perincian dan amalan konsep ini dijelaskan secara sistematik oleh Rasulullah (saw) dan diteruskan oleh Khalifah al-Rashidun selepasnya. Walaupun sistem ini diakui mempunyai beberapa persamaan dengan ajaran Islam seperti syura dan kebebasan bersuara, ia dikritik sebagai suatu gagasan pemikiran manusia yang bercanggah dengan sistem wahyu Ilahi yang muktamad. Antara kritikan tersebut ialah kelahiran parti-parti politik yang saling merebut kekuasaan dikatakan bakal mencetuskan perpecahan dalam kalangan orang Islam walaupun ia cuba dijustifikasikan dari segi syarak. Al-Wasfi mengingatkan bahawa antara pengaruh yang paling ketara sebagai natijah daripada pengintegrasian demokrasi dengan Islam adalah penubuhan parti politik yang merupakan satu penghinaan kepada Islam justeru ia boleh membawa kepada perpecahan dan bertentangan dengan Islam.3

Namun pandangan ini dibantah oleh sarjana Islam seperti Prof. Muhammad Asad yang menyarankan bahawa dalam masyarakat yang kompleks seperti multi-racial society, tiada bentuk perundingan lain yang boleh dijalankan selain daripada amalan pemilihan. Dalam amalan ini, perwatakan atau sifat calon parti masing-masing dibincangkan secara terbuka dan dikuti dengan pembuangan undi.4 Menurut golongan ulama yang menerima sistem demokrasi ini mereka mengakui bahawa demokrasi bukanlah merupakan sistem yang berasal dari Islam tetapi masih boleh diterima kerana mempunyai ciri-ciri yang selari dengan Islam. Pengamal demokrasi tidak harus dilabelkan secara automatik sebagai mereka yang menolak sistem Islam secara muktamad. Dr. Yusuf Qardhawi berpandangan; “tidak semestinya orang yang menyeru kepada demokrasi menolak hakimiyah Allah kepada manusia. Bahkan perkara ini langsung tidak terlintas dalam hati orang yang melaungkan demokrasi. Apa yang mereka maksudkan dan inginkan ialah menolak kediktatoran dan pemerintahan kuku besi raja-raja yang zalim dan sombong dalam mentadbir urusan rakyat yang dinamakan oleh hadis sebagai raja yang memutuskan ataupun raja yang takbur dan zalim.”5 Ringkasnya walaupun demokrasi mendapat kritikan hebat dalam kalangan para ulama, ia masih diperakui sebagai suatu sistem yang hampir-hampir menjiwai semangat Islam yang mementingkan hak kebebasan bersuara dan anti-penindasan itu.

ANTARA DEMOKRASI DAN POLITIK ISLAM

Secara praktisnya, demokrasi diterima oleh sebahagian gerakan politik Islam yang menjadi pelopor demokrasi di dunia Islam khusus selepas mewarisinya dari penjajah Barat. Umat Islam seolah-olah tidak mempunyai pilihan selain menerima sistem yang dipaksakan ini tanpa membandingkannya dari sudut Islam. Hakikat ini ditegaskan oleh Dr. Mahathir iaitu; “For example, the pragmatic South-East Asian Muslims have adopted democratic practices, institutions and systems without much regards for their correspondence with Islamic ideology.”6 Penerimaan demokrasi secara keterlaluan berlaku khususnya bagi mereka yang dijoloki sebagai golongan modernis dan bergerak pada landasan ideologi perjuangan nasionalis dan sekularis yang akur bahawa demokrasi adalah suatu sistem yang terbaik bagi zaman ini. Bahkan ada antara mereka yang bermati-matian mempertahankan bahawa demokrasi ciptaan Barat itu adalah segala-galanya sehingga mengenepikan Islam sebagai suatu agama yang lengkap dan syumul.

Bagi golongan politik Islam yang berpandangan sederhana, sistem demokrasi boleh diserasi dan dimanfaatkan untuk perkembangan politik Islam, manakala segelintir yang lain menolak dan menganggapnya sebagai bertentangan dengan roh syariat Islam. Mereka secara ekstrim menolak demokrasi dan menganjurkan cara kekerasan sehingga mencetuskan imej buruk kepada gerakan politik Islam itu sendiri.7 Secara perbandingan, pandangan golongan politik Islam yang berhaluan moderate ini mungkin boleh dimajukan sebagai suatu sikap dan pendekatan yang harmonis dalam mendepani demokrasi sebagai suatu sistem yang berbeza dengan Islam. Menurut Dr. Yusuf al-Qardhawi, aliran keadilan ini mempunyai ciri-ciri seperti:
1. Memahami agama dengan cara menyeluruh, seimbang dan mendalam.
2. Memahami realiti kehidupan dengan lengkap. Semuanya diambil kira, sama ada realiti kaum Muslimin ataupun realiti musuh-musuh Islam.
3. Memahami benar sunnah Allah Taala yang berlaku dalam kehidupan ini yang tidak pernah berubah dan berganti, khususnya sunnah Allah yang bersangkutan dengan kehidupan alam manusia.
4. Memahami maqasid shariat secara syumul dan tidak bersikap statik terhadap makna-makna yang zahir sahaja.
5. Memahami erti keutamaan dan prioriti dalam langkah-langkah perjuangan yang berkaitan langsung dengan kefahaman perundangan antara tugas-tugas yang sedang berlangsung.
6. Memelihara cara keterbukaan dan tolak ansur dalam urusan khilafiyyah dengan aliran-aliran perjuangan Islam yang lainnya. Kaedah mereka adalah bekerjasama dalam perkara-perkara yang disepakati dan saling memaafkan dalam perkara-perkara yang diperselisihkan.
7. Menggabungkan antara aliran Salafiyyah dan pem-baharuan atau dengan kata lain antara ciri keaslian dengan tuntutan moden.
8. Memadukan antara keaslian hukum syarak dengan perubahan zaman.
9. Yakin bahawa pembaharuan pemikiran, jiwa dan sikap adalah asas utama kepada pembaharuan peradaban.
10. Menampilkan Islam sebagai satu-satunya alternatif dalam pembangunan peradaban manusia yang bersepadu dan menyeluruh demi menyelamatkan mereka daripada kongkongan dunia materialisme.
11. Kelonggaran dalam perkara fatwa dan memberikan khabar gembira dalam dakwah.
12. Menampilkan nilai-nilai murni Islam dalam bidang sosial dan politik seperti kebebasan, kemuliaan, syura, keadilan sosial dan pemeliharaan hak-hak asasi manusia.
13. Membuka pintu untuk berdialog dengan pihak-pihak lain iaitu dengan golongan bukan Islam atau dengan kelompok Muslimin yang telah terjajah pemikiran dan mentalitinya dengan pengaruh dunia Barat.
14. Menjadikan Jihad sebagai satu cara untuk melindungi kemuliaan umat Islam dan negaranya.8
Ringkasnya, ciri-ciri di atas memupuk sikap dan pendekatan mereka terhadap demokrasi yang dapat dirumuskan sebagai:
1. Memperakui bahawa demokrasi yang diamalkan hari ini bukanlah suatu sistem yang berasal dari Islam.
2. Memperakui demokrasi mempunyai ruang yang dibenarkan oleh syarak untuk menegakkan sistem politik Islam.
3. Berkeyakinan bahawa politik Islam mampu membangun tamadun Islam dalam konteks sistem demokrasi.
4. Menyedari keperluan penyelarasan yang harmonis bagi menukar sistem demokrasi kepada sistem pemerintahan Islam secara menyeluruh.
5. Ingin menegakkan satu sistem Islam yang syumul berbanding amalan demokrasi atau teokrasi Barat merupakan matlamat akhir gerakan politik Islam.
6. Percaya bahawa tamadun Islam yang sebenarnya dapat ditegakkan setelah wujudnya sebuah negara Islam yang bebas dari dominasi Barat.

Golongan aliran sederhana yang terdapat di atas menyertai demokrasi pada hampir seluruh negara Islam yang mengamalkan sistem demokrasi. Secara teorinya pendemokrasian gerakan Islam aliran ini adalah disebabkan oleh beberapa faktor. Pertama; demokrasi dapat dijadikan sebagai batu loncatan kepada arus kebangkitan Islam atau Islamisasi yang berlaku di negara Islam. Kedua; gerakan Islam akur terhadap realiti umat Islam yang menjadi mangsa penjajahan Barat dan menerima sistem ini secara terpaksa. Ketiga; demokrasi membenarkan gerakan Islam bersuara dan mengkritik sebagai pembangkang. Mereka boleh menjadi saingan kepada pemerintahan dalam menawarkan pemerintahan yang lebih baik Keempat; demokrasi menjamin hak asasi manusia dan kebebasan berdakwah yang boleh digunakan bagi menonjolkan memurnian Islam. Kelima; demokrasi dapat mengikis imej radikal, ekstrem dan ganas yang sering dikaitkan dengan gerakan Islam semasa.9

KESIMPULAN

Berdasarkan sorotan ringkas di atas, tidak dinafikan lagi bahawa walaupun demokrasi bukanlah merupakan suatu sistem yang Islamik sepenuhnya, tetapi ia boleh dimanfaatkan akhirnya oleh gerakan politik Islam yang mempunyai perspektif yang terbuka dalam menangani kemelut politik ummah secara lebih berhikmah dan terbuka. Persoalan pro dan kontra yang meliputi isu politik Islam dan demokrasi bukanlah merupakan suatu isu yang tidak dapat diselesaikan secara harmonis. Hubungan antara gerakan politik Islam dan demokrasi terbukti dapat dipadukan meskipun berdepan dengan pelbagai masalah dan cabaran. Cabaran kepada pencinta politik Islam dan demokrasi ialah bagaimana pelaksanaan gerakan politik Islam dalam kerangka demokrasi dapat mencapai maksud siasah syariyyah yang mementingkan matlamat keadilan dan keamanan umat manusia, serta mampu meraikan hak kebebasan asasi manusia seluruhnya. Gerakan politik Islam akan sirna makna dan kekuatannya jika tidak mampu bersifat demokratik, manakala demokrasi pula hanya akan hanyut tanpa kawalan wahyu sekiranya tidak dikendalikan oleh konsep dan manhaj politik Islam. Mungkinkah kedua-dua pola yang dasarnya pada pandangan kasarnya terlalu ekstrem untuk dipadukan dapat ditadbir dan diurus dengan harmonis atau satu daripadanya terpaksa akur dengan yang lain. Inilah yang menjadi cabaran kepada gerakan Islam di seluruh dunia termasuk Malaysia yang khususnya menjadikan politik dan demokrasi bagi tujuan mencapai matlamat dakwah mereka.

Nota Hujung
1 Muhammad Pisol, Jihad Dalam Politik & Persoalan Negara Islam Mengikut Pandangan Sa’id Hawwa, Bahau: M. Khai Enterprise, t.th., hlm. 82-83.
2 Ahmad Redzuwan Mohd Yunus, Demokrasi dan Kepimpinan Islam Suatu Perbandingan, Kuala Lumpur: Utusan Publications, 2001, hlm. 3-4.
3 Ahmed al-Khatib, ‘Islamic Thought and Political Parties’, Islamic Order Quarterly, jil. 10, no. 1, 1988, hlm. 151.
4 Muhammad Asad, The Principle of State and Government in Islam, Gibraltar: Andalus Publications, 1976, hlm. 45.
5 Yusuf al-Qardhawi, (ter. Juanda Jaya), Fiqh Daulah Menurut Perspektif Islam, Selangor: Maktabah al-Qardhawi, 1998, hlm. 224.
6 Imtiaz Yusof, ‘Islam and Democracy in Thailand: Reforming the Office of Chulalrajmontri/Shaikh al-Islam’, Journal of Islamic Studies, New York: Oxford University Press, 1998, hlm. 277.
7 Sila lihat klasifikasi gerakan Islam moderat dan militan dalam R. Hrair Dekmejian, Islam in Revolution Fundamentalism in the Arab World, 2nd. Edition, New York: Syracuse University Press, 1995.
8 Lihat Yusof Qardhawi, Fiqh Keutamaan Satu Kajian Baru Dari Perspektif al-Quran dan al-Sunnah, diterjemah oleh Ahmad Nuryadi Asmawi Batu Caves: Thinkers Library, 1996.
9 Mohd Izani Mohd Zain, Pendemokrasian Gerakan Islam, Pemikir, bil. 23, Januari-Mac 2003.

Artikel ini hanya sebahagian kecil daripada bab dalam buku karangan PM Dr. Badlishisham Mohd Nasir, Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa, (Karisma, 2009). Huraian yang lebih panjang mengenai politik dan gerakan Islam di Malaysia boleh didapati dalam buku ini.

3 thoughts on “ISLAM DAN DEMOKRASI

  1. Rasulullah contoh terbaik. Kenapa sebagai seorang muslimin kita melihat kepada orang kafir yang terang-terang menginginkan orang islam itu terpecah belah. kita boleh nampak kaum muslimin telah terpecah kepada beberapa negara nation state yang berasaskan bangsa-bangsa yang sememangnya sama dengan assobiyah.

    Bukan dari kalangan kita yang menyeru kepada assobiyyah, berperang kerana assobiyyah dan mati kerana assobiyyah” [HR Abu Dawud]

    Ingatlah akan ayat-ayat Allah, ketika mana kaum Muslimin dahulu dihasut syaithan dan sedikit tergelincir ke jurang assabiyyah, maka Allah swt terus menurunkan ayatNya,

    “Wahai orang-orang yang beriman! bertaqwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam. Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayatNya, supaya kamu berpetunjuk.” [TMQ Ali Imran (3):102-103]

    Perlu di fahami perkara yang berkaitan dengan benda ( teknologi dll) boleh saja. Tetapi perkara yang melibatkan kehidupan ( Islam) kita tidak boleh mengambil melainkan yang telah di tentukan oleh Allah dan Rasulnya Nabi Muhammad saw.

  2. Salam,

    YUSUF al-QARDHAWI – ULAMA JAHAT

    Firman Allah :al-A’raf 175
    Bacalah kepada mereka cerita seorang tokoh yang kami kurniakan pengetahuan mengenai ayat-ayat Kami (Taurat) kemudian dia menghindarkan diri daripadanya , lalu ia dikuti syaitan dan akhirnya ia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang sesat .

    Firman Allah : an-Nisa 46
    Di antara orang-orang Yahudi itu terdapat mereka yang mengubahkan kalam Allah daripada maksud-maksudnya yang sebenar.

    MUSUH-MUSUH Islam menyerang AQIDAH ISLAM ke arah matlamat mereka untuk merosakkan agama Islam dengan menggunakan para ulama dan intelek Islam kita sendiri, di antaranya ialah Prof. Dr.Yusuf al-Qardhawi. Beliau adalah tergolong sebagai seorang ‘ULAMA JAHAT’ kerana beliau turut merosakkan Aqidah dan Pemikiran Islam dengan menyebarkan segala ajaran yang mengeliru, membingung dan menyesatkan seluruh massa umat Islam kita di dunia ini. Kewujudan ulama-ulama jahat seperti ini bukanlah satu gejala baru, yang terasing dan tersendiri ( “isolated”), malah ianya adalah gejala-gejala yang berbentuk lumrah dan berleluasa, universal dan berkesinambungan yang bergerak dengan aktif dan terancang sebagai satu manifestasi daripada gerakan Ahlil Kitab yang memusuhi dan membenci Islam di sepanjang zaman yang bermula sejak daripada hari kelahiran Islam itu lagi sehinggalah ke hari ini tanpa kunjung padam.

    Yusuf al-Qardhawi adalah seorang ulama yang terkemuka dan paling terpengaruh sekali di dunia buat masa kini. Status beliau ini dicapai melalui segala promosi, gerakan dan usaha yang gigih daripada kuasa-kuasa kufur Barat yang mengoperasikan berbagai-bagai cara, tektik dan strategi untuk meletakkan beliau sebagai seorang ulama dan pemikir Islam ditingkat yang tertinggi dan teragung di dunia, sedangkan dibelakang kuasa-kuasa kufur Barat ini wujud dan beroperasinya satu kuasa yang lain, iaitu satu kuasa yang sebenar yang mendalangi segala peristiwa dan suasana yang bertujuan untuk merosak dan meruntuhkan agama Islam dan massa umat Islam di seluruh dunia, itulah kaum Yahudi dengan fahaman Zionismenya! Melalui Yusuf al-Qardhawi dan para ulama dan intelek Islam di seluruh dunia yang akur kepada ajaran beliau, kaum Yahudi berpeluang dan berkeupayaan untuk menjalan dan mengoperasikan segala tipu daya, pembohongan, makar dan putar belit mereka secara halus dan strategis tanpa disedari oleh seluruh massa umat Islam sekelian dalam perjuangan jangka panjang mereka untuk menghancurkan agama Islam dan seluruh umat Islam dalam skala yang global di dunia ini!

    Firman Allah : al-Imran 187
    Dan (kenangilah) ketika Allah mengikat perjanjian dengan kaum ahlil kitab iaitu : ‘Hendaklah kamu menjelaskan kandungan kitab itu kepada manusia dan janganlah kamu menyembunyikannya’ lalu mereka melemparkan perjanjian itu ke belakang mereka dan mereka menukarkannya dengan harga yang sedikit alangkah kejinya tukaran yang dibuat oleh mereka.”

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
    Hubungan ayat-ayat surah ini banyak memperkatakan tentang perbuatan-perbuatan dan perkataan-perkataan kaum ahlil kitab Yahudi. Perbuatan-perbuatan dan perkataan-perkataan mereka yang paling banyak ditonjolkan ialah perbuatan mereka menyembunyikan kebenaran yang diketahui mereka, juga perbuatan mereka mencampuradukkan kebenaran dengan kepalsuan dengan tujuan menimbulkan keraguan dan kekacauan terhadap konsep agama, terhadap kesahihan Islam, terhadap konsep persamaan asas dan dasar di antara agama Islam dengan agama-agama Samawi sebelumnya dan terhadap hakikat bahawa Islam membenarkan agama-agama Samawi sebelumnya dan agama Samawi sebelumnya membenarkan agama Islam.

    Firman Allah : an-Nisa 46
    Di antara orang-orang Yahudi itu terdapat mereka yang mengubahkan kalam Allah daripada maksud-maksudnya yang sebenar.

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
    Perbuatan mengubah kalam Allah daripada maksudnya yang sebenar supaya sesuai dengan kehendak nafsu itu adalah satu gejala yang dapat diperhatikan di kalangan ahli-ahli agama yang menyeleweng daripada agama mereka, iaitu di kalangan mereka yang menggunakan agama sebagai kerjaya/profesyen mencari makan untuk memenuhi selera pihak-pihak yang berkuasa di setiap zaman, juga untuk menyesuaikan dengan kehendak-kehendak orang ramai yang mahu melepaskan diri daripada agama. Dan orang-orang Yahudi memang pintar dalam bidang ini walaupun di zaman ini terdapat ahli-ahli agama profesyenel daripada Muslimin yang dapat menandingi perangai kaum Yahudi itu.

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Qura-al-Maidah) :
    Alangkah banyaknya orang-orang yang dikurnialan ilmu tentang kehidupan manusia tentang agama Allah kemudian mereka tidak berpandu dengannya malah menggunakan ilmu ini sebagai alat untuk menyelewengkan ayat-ayat al-Quran- daripada maksudnya yang sebenar, dan untuk mengikut hawa nafsunya dan hawa nafsu pihak-pihak berkuasa – mengikut andaian mereka – kesenangan hidup dunia kepada mereka.

    Berapa ramai orang alim yang mengetahui hakikat agama Allah kemudian mereka menyeleweng daripadanya dan mengumumkan hakikat yang lain daripadanya dan seterusnya menggunakan ilmu agamanya untuk melakukan penyelewengan-penyelewengan yang tertentu untuk memberi fatwa-fatwa yang diperlukan untuk menegakkan kuasa yang tidak kekal di bumi Allah, iaitu untuk menegakkan kuasa yang mencabul kuasa Allah dan undang-undang-Nya di bumi ini.
    Kami dapati di antara mereka ada ulama yang mengetahui dan berkata : penggubalan undang-undang itu adalah daripada bidang kuasa Allah dan sesiapa mendakwa berkuasa dalam bidang ini bererti ia telah mendakwa mempunyai kuasa Uluhiyah dan sesiapa yang mendakwa mempunyai kuasa Uluhiyah bermakna ia telah menjadi kafir dan sesiapa yang mengiktirafkannya mempunyai kuasa Uluhiyah dan mentaatinya, maka ia juga menjadi kafir. Tetapi walaupun ulama ini mengetahui hakikat yang amat jelas dan asasi, namun ia masih menyokong para Taghut yang mendakwa mempunyai kuasa dalam bidang penggubalan undang-undang, sedangkan dengan dakwaan ini bermakna mereka mendakwa mempunyai kuasa Uluhiyah, di samping itu ia menamakan para Taghut sebagai orang-orang Islam sejati dan menggelarkan segala apa yang dipraktikkan mereka sebagai ajaran Islam yang tulen sedangkan dahulunya ia sendiri pernah menghukum mereka sebagai kafir. Kami juga dapati adalah ulama yang menulis mengharamkan semua jenis riba pada suatu tahun, kemudian pada tahun yang lain ulama yang sama ini juga yang menulis menghalalkan riba. Seterusnya kami dapati ada ulama yang merestukan kejahatan dan kegiatan mengembangkan kejahatan di kalangan orang ramai, dan menutup lumpur kejahatan yang kotor itu dengan kain agama, lambang-lambang dan cogan kata cogan katanya.

    Semua ini tepat dengan cerita al-Quran- yang mengesahkan tentang seorang tokoh yang telah dikurniakan ayat-ayat Allah kepadanya lalu ia mencabutkan diri daripada ayat-ayat itu dan akibatnya ia dikuasai syaitan dan tergolongan dalam kumpulan orang-orang yang sesat.

    Kehidupan manusia tidak putus-putus menampilkan contoh-contoh insan yang seperti ini di setiap tempat, di setiap zaman dan di setiap masyarakat hingga melalui berbagai-bagai zaman, di mana mata kita tidak dapat melihat seorang “alim melainkan beginilah sifatnya kecuali segelintir ulama’” yang dilindungi Allah yang tidak pernah mencabut diri-nya daripada ayat-ayat Allah, tidak mengabdikan kecintaannya kepada kenikmatan dunia, tidak mengikut hawa nafsu, tidak ditunggangi syaitan dan tidak terjelir-jelir lidahnya kerana mengejarkan kenikmatan-kenikmatan yang berada dalam genggaman insan-insan yang berkuasa. Berita ini adalah suatu berita perbandingan yang sentiasa berlaku dan wujud. Ia bukannya tertentu kepada satu kisah yang telah berlaku di suatu zaman yang tertentu sahaja.

    Allah swt telah memerintah Rasul-Nya supaya membaca berita ini kepada kaumnya yang diturunkan ayat-ayat Allah kepada mereka, supaya mereka tidak mencabutkan diri daripada ayat-ayat itu dan supaya orang-orang yang datang kemudian daripada beliau terus membaca berita ini untuk mengingatkan orang-orang yang mengetahui sedikit sebanyak tentang ilmu Allah supaya hidup tidak berakhir dengan kesudahan yang malang itu, supaya mereka tidak menjadi insan yang tidak putus-putus menjelirkan lidahnya dan supaya mereka tidak menzalimi diri sendiri dengan kezaliman yang tidak pernah dilalkukan oleh seorang musuh terhadap musuhnya, kerana mereka menzalimi diri sendiri dengan nasib kesudahan yang malang.

    Ya Allah ya Tuhan kami! Lindungilah kami, teguhkan pendirian kami, curahkan kesabaran ke atas kami dan wafatkan kami sebagai orang-orang Muslim!

    Yusuf al-Qardhawi adalah seorang ulama yang JAHAT kerana beliau MENYEMBUNYIKAN sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran yang jelas dan terang, beliau MEMUTAR BELITKAN pengertian-pengertian sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran yang lain, beliau MENYEMBUNYIKAN konsep-konsep Islam serta MEMUTAR BELITKAN segala pengertiannya dan beliau membuat PEMBOHONGAN dan PENIPUAN yang besar sehingga agama Islam mengikut fahaman beliau sudah bertukar corak menjadi satu agama yang baru yang sama sekali berbeza dengan agama Allah yang asal dan sebenar. Dalam usaha beliau untuk mengIslamkan demokrasi serta membolehkan umat Islam untuk mengamalkan sistem politik demokrasi, Yusuf al-Qardhawi tidak teragak-agak untuk merosakkan konsep-konsep dan hukum-hukum Islam yang jelas dan nyata seperti mana yang dipaparkan di sini. Inilah di antara akibat-akibat buruk daripada belajar dan mentaati orang-orang kafir!

    Yusuf al-Qardhawi (Fiqah Daulah) membuat satu pengamatan bahawa demokrasi ini adalah bersesuaian dengan Islam kerana ‘INTIPATI DEMOKRASI’ mempunyai persamaan dengan ‘INTIPATI ISLAM’. Beliau menghuraikan bahawa ‘INTIPATI DEMOKRASI’ ini dimaksudkan kepada :

    1. Kebebasan untuk memilih dan melantik pemimpin-pemimpin dan untuk membentuk sesuatu kerajaan dengan kehendak suara majoriti rakyatnya melalui sistem pilihanraya yang bebas, terbuka dan aman;

    2. Kewujudan segala kemudahan partisipasi massa rakyatnya dalam kegiatan dan proses politik negara dengan hak-hak dan kebebasan untuk menyuarakan pendapat, mengkritik dan membantah;

    3. Kewujudan segala kemudahan-kemudahan dan saluran-saluran untuk mengadakan berbagai-bagai bentuk perundingan, persetujuan dan kompromi di antara pemerintah dengan yang diperintah;

    4. Kewujudan kemudahan-kemudahan dan saluran-saluran untuk membentuk dasar-dasar negara melalui proses syura dan ijma’;

    5. Hak dan kuasa massa rakyatnya untuk memecat para pemimpin dan untuk merubah kerajaan melalui proses-proses dan saluran-salurannya yang tertentu dengan aman dan damai.

    Kesemuanya ini bukanlah ‘INTIPATI DEMOKRASI’. Ini sebenarnya adalah tatacara, prosidur, proses, sistem dan struktur pemerintahan negara yang tergolong ke dalam kategori ‘CARA MEMERINTAH’, iaitu ilmu untuk memerintah dan mentadbir negara yang sememangnya tidak bercanggah dengan Tauhid Rububiyah dan Tauhid Uluhiyah serta ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Kesemuanya ini bukanlah ‘INTIPATI DEMOKRASI’ mengikut pengertian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, kerana pengertian ‘INTIPATI DEMOKRASI’ yang sebenarnya ialah AQIDAH DEMOKRASI itu sendiri yang terdiri daripada :

    1. Rububiyah Manusia, iaitu manusia itu adalah Tuhan-tuhan yang mempunyai hak dan kuasa untuk memerintah ke atas manusia dan yang berkuasa untuk membuat peraturan dan undang-undang;

    2. Rububiyah Manusia, iaitu manusia itu adalah Tuhan-tuhan yang menjalan dan menguat kuasakan peraturan dan undang-undang mereka itu ke atas manusia dan seluruh manusia itu pula menjunjung peraturan dan undang-undang itu yang bererti pengabdian manusia kepada kuasa manusia;

    3. Uluhiyah Manusia, iaitu manusia itu adalah Tuhan-tuhan kerana segala peraturan dan undang-undang yang dibuat oleh mereka itu ditaati dan dipatuhi oleh manusia yang bererti manusia menyembah manusia.

    Inilah INTIPATI DEMOKRASI yang sebenar dan ianya adalah satu penafian, penolakan, pengingkaran, penentangan yang total dan aktif terhadap Laailaahailallah. Demokrasi adalah satu agama yang syirik dan kufur kerana kesemua intipatinya ini adalah sama sekali berkontradiksi dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

    Segala ciri dan unsur dalam ‘INTIPATI DEMOKRASI’ mengikut pemikiran Yusuf al-Qardhawi, mempunyai persamaan dengan dasar-dasar utama dalam sistem pemerintahan Islam, justeru, demokrasi ini adalah Islam. Selain daripada itu, sistem politik demokrasi ini disifatkan oleh beliau sebagai berbentuk Islam kerana ia tidak terbentuk sebagai satu pemerintahan diktatur yang menjalankan dasar-dasar dan amalan-amalan yang zalim dan menindas terhadap rakyatnya.

    Bagai manakah Yusuf al-Qardhawi sanggup menghukumkannya sebagai Islam atau bersesuaian dengan Islam yang dianjurkan oleh beliau untuk diamalkan sedangkan INTIPATI DEMOKRASI ini adalah jelas dan nyata berbentuk syirik dan kufur? Ini adalah kerana beliau sendiri ini adalah pendukung dan pengembang fahaman Orientalis ajaran Abduh dan Wahabi.

    Bagai manakah Yusuf al-Qardhawi sanggup menghukumkannya sebagai Islam atau bersesuaian dengan Islam yang dianjurkan oleh beliau untuk diamalkan sedangkan INTIPATI DEMOKRASI ini adalah jelas dan nyata berbentuk syirik dan kufur? Ini adalah kerana beliau sendiri ini adalah pendukung dan pengembang fahaman Orientalis ajaran Abduh dan Wahabi.

    Intipati demokrasi yang sebenarnya ialah Aqidah Demokrasi yang terdiri daripada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang sama sekali berkontradiksi dengan kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Apa yang disarankan sebagai intipati demokrasi oleh Yusuf al-Qardhawi sebenarnya ialah sistem dan struktur politik demokrasi seperti parlimen, pilihanraya, perlantikan dan pemecatan pemimpin, dialog dan komunikasi di antara pemimpin dan yang dipimpin, “collective responsibility”, “consent and dissent”, bertanggungjawab kepada rakyat, suara majoriti, syura, ijma’, kebebasan bersuara, bertindak dan mengkritik dan lain-lain yang sememangnya sesuai dan serasi dengan Islam. Tetapi kesemuanya ini bukanlah intipati demokrasi dan kesemuanya ini tidak boleh menentukan status samada Islam atau kafirnya sesebuah kerajaan. Perbezaan di antara Kerajaan Islam yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Allah dengan Kerajaan Demokrasi yang didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia membuktikan dengan jelas mengenai pembohongan, penipuan dan putar belit yang sengaja dan terancang oleh Yusuf al-Qardhawi.

    Dalam segala huraian dan argumentasi Yusuf al-Qardhawi yang bertujuan untuk menghukumkan demokrasi ini sebagai satu sistem pemerintahan Islam, beliau telah melakukan enam kontradiksi yang besar di dalam bukunya ini (Fiqah Kenegaraan) :

    1. Beliau mengiktiraf dan mengakui bahawa orang-orang yang tidak menjalankan hukum Allah adalah orang-orang kafir, zalim dan fasik; sehubungan dengan ini, beliau juga mengakui bahawa sesebuah kerajaan demokrasi yang wujud di dunia sekarang ini sebenarnya tidak menjalankan hukum Allah – namun begitu, beliau tidak membuat kesimpulan atau gagal untuk membuat kesimpulan bahawa kerajaan demokrasi ini, di atas dasar tidak menjalankan hukum Allah itu, adalah kerajaan yang kafir, zalim dan fasik;

    2. Beliau membuat pengamatan bahawa sesebuah kerajaan demokrasi itu adalah Islam kerana ia tidak berbentuk diktatur dan zalim, dan beliau juga membuat pengamatan bahawa sesebuah kerajaan demokrasi itu adalah Islam kerana ia menjalankan pentadbiran negara mengikut suara majoriti, dan ia mengamalkan sistem syura dan ijma’ yang justeru itu berbentuk adil, bebas dan aman – namun beliau gagal untuk membuat kesimpulan bahawa :

    • Setiap peraturan dan undang manusia yang selain daripada Allah seperti mana yang wujud dan berkuatkuasa di dalam sistem politik demokrasi kita ini adalah kezaliman di sisi Allah swt, justeru kerajaan demokrasi Malaysia yang menjalankan peraturan dan undang-undang manusia itu sebenarnya adalah satu kezaliman di sisi Allah yang mengeluarkan demokrasi dan kerajaan demokrasi kita ini daripada agama Islam;

    • Keadilan, kebebasan dan keamanan yang wujud dalam sistem politik demokrasi itu adalah didasarkan kepada neraca-neraca manusia yang kesemuanya itu sebenarnya adalah kezaliman, pencerobohan dan kerosakan di sisi Allah swt;

    • Konsep suara majoriti, syura, ijma’, perlantikan pemimpin, kebebasan bersuara, bertindak dan mengkritik dalam sistem politik demokrasi itu bukanlah AQIDAH, ianya adalah sistem dan cara
    memerintah yang bersesuaian dengan Islam;

    • Faktor yang menentukan samada sesebuah kerajaan itu adalah Islam atau kafir adalah
    ditentukan oleh AQIDAH sahaja, iaitu Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan sekali-kali ianya tidak ditentukan oleh sistem dan cara memerintah seperti suara majoriti, syura, ijma’, perlantikan pemimpin, kebebasan bersuara, bertindak dan mengkritik yang terdapat dalam sistem politik demokrasi;

    3. Beliau juga mengiktiraf dan mengakui bahawa sesebuah kerajaan demokrasi di dunia pada masa ini tidak didasarkan kepada kedaulatan Allah dan ketaatan kepada kedaulatan Allah, sebaliknya ianya adalah didasarkan kepada kedaulatan manusia dan ketaatan kepada kedaulatan manusia yang mengingkari ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ – namun begitu, beliau sekali lagi gagal untuk membuat kesimpulan bahawa kerajaan demokrasi adalah satu pengingkaran terhadap ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ dan justeru ianya adalah kerajaan yang syirik dan kufur;
    4. Beliau tidak menghuraikan bahawa peraturan dan undang-undang itu adalah agama, dan berikutan dengan kegagalan itu beliau gagal pula untuk membuat kesimpulan bahawa :

    • Peraturan dan undang demokrasi ciptaan manusia itu adalah agama demokrasi yang berkontradiksi dengan agama Allah;

    • Mereka yang mengamalkan peraturan dan undang demokrasi adalah orang-orang mengamal dan mengimani agama demokrasi, iaitu mengamal dan mengimani agama yang syirik
    dan kufur;

    • Para pemerintah dan Raja-Raja Melayu kita yang berkuasa dan berdaulat untuk membuat peraturan dan undang-undang adalah Tuhan-tuhan atau Taghut yang disembah oleh manusia.

    5. Beliau menyatakan bahawa “dalam Negara Islam, para pemimpinnya adalah bertanggungjawab kepada umat” – beliau bermaksud bahawa sesebuah Negara Islam yang bertanggungjawab kepada umat Islam itu adalah sama dengan negara demokrasi yang bertanggungjawab kepada umat Islam, kenyataan ini adalah berkontradiksi dengan beberapa sifat agama Allah seperti berikut :

    • Sesebuah kerajaan demokrasi yang bertanggungjawab kepada umat Islam itu mempunyai pengertian manusia menujukan Ubudiyah kepada manusia – ini bererti manusia menyembah manusia;

    • Sebaliknya sesebuah kerajaan Islam itu tidak bertanggungjawab kepada manusia, tetapi ianya hanya bertanggungjawab kepada Allah sahaja.

    6. Beliau bersetuju bahawa konsep sekularisme adalah di luar daripada Islam serta berkontradiksi dengan Islam sedangkan kita sedia maklum bahawa demokrasi ini sendiri adalah juga sistem politik sekular, iaitu pemisahan di antara politik dengan agama – secara tidak langsung ini bererti beliau bersetuju bahawa demokrasi ini adalah di luar daripada Islam serta berkontradiksi dengan Islam.

    Kesemua kontradiksi seperti yang dianalisis dan dirumuskan di atas ini adalah satu manifestasi pembohongan dan penipuan yang besar di pihak Yusuf al-Qardhawi serta ianya merupakan satu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang terbuka, aktif dan total terhadap kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang mengkufur ingkarkan Allah swt. Selain daripada itu, perbuatan MENGHUKUMKAN demokrasi sebagai Islam padahal ianya adalah agama yang syirik dan kufur di sisi Uluhiyah dan Rububiyah Allah dan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, adalah satu penghukuman yang mengIslamkan sesuatu yang syirik dan kufur yang mempunyai pengertian bahawa penghukuman ini adalah satu penghukuman yang kufur, yang mengakibatkan kekufuran kepada seseorang yang membuat hukuman tersebut serta yang mengakibatkan kekufuran kepada seseorang dan sesiapa sahaja yang yakin dan percaya kepadanya (hukuman tersebut).

    Segala kontradiksi serta ketiadaan konsistensi dalam argumentasi-argumentasi Yusuf al-Qardhawi dalam membicarakan mengenai Islam dan demokrasi ini, mendedah dan menonjolkan kepada kita mengenai satu hakikat yang amat serius yang sedang berlaku di dalam masyarakat kita kini yang bermula sejak dua ratus tahun yang lalu.

    Bahawa peranan para pemikir Islam serta para ulama dan intelek islam modenis kita adalah untuk merosakkan Aqidah dan Pemikiran Islam kita serta untuk menyesatkan kita daripada jalan-jalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang lurus dan benar.

    Buku yang berjodol ‘Fiqah Kenegaraan’ yang dihasilkan oleh Prof. Dr.Yusuf al-Qardhawi ini adalah bertujuan untuk menghukumkan demokrasi ini sebagai Islam dan untuk menghalal serta membolehkan demokrasi ini untuk diamalkan oleh seluruh massa umat Islam kita di dunia ini. Buku-buku seperti ini, yang menyesatkan massa umat Islam dan yang merosakkan Aqidah Islam mereka, adalah perancangan jahat kaum Yahudi dan seluruh kekuasaan kufur Barat dalam perjuangan mereka untuk membelenggu, menunduk dan menindas massa umat Islam kita di dunia ini seperti mana yang diperingati kepada kita oleh Allah swt sendiri.

    Yusuf al-Qardhawi (Fiqah Daulah) mengemukakan argumentasinya bahawa undang-undang demokrasi yang dibuat oleh ahli-ahli parlimen, adalah sesuatu yang adil serta tidak bercanggah dengan undang-undang Allah kerana ia dibuat di atas prinsip ‘majoriti’, tetapi yang bercanggah dengan undang-undang Allah dan yang menzalimi manusia ialah undang-undang diktator yang dibuat oleh segolongan individu atau golongan yang tidak dirujukkan kepada majoriti.

    Argumentasi Yusuf al-Qardhawi dalam persoalan ini adalah sesuatu yang sama sekali terkeluar daripada logis dan rasionaliti ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Prinsip majoriti atau minoriti bukanlah satu asas dan kriteria yang boleh menentukan Islam atau kufurnya sesuatu sistem perundangan, tetapi ianya ditentukan oleh dasar-dasar ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Sistem perundangan oleh majoriti dalam pemerintahan demokrasi dan sistem perundangan oleh minoriti dalam pemerintahan diktatur, kedua-duanya adalah undang-undang ciptaan manusia yang mempersekutu dan mengingkari undang-undang Allah swt serta yang mempertuhankan sesama manusia yang oleh itu kedua-duanya itu adalah terlibat dalam mengkufur ingkarkan Allah swt. Argumentasi Yusuf al-Qardawi seperti yang dipaparkan di sini adalah sesuatu yang sangat serius – ia boleh menyesat dan merosakkan Aqidah Islam sesiapa sahaja yang meyakini, mentaati, mengamal dan menyebarkannya kerana ianya (argumentasi) adalah satu penafian, penolakan, pengingkaran dan penentangan yang jelas dan nyata terhadap ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Apakah Yusuf al-Qardhawi masih lagi tidak memahami bahawa undang-undang Allah sahaja yang adil (Tin 8) sedangkan undang-undang demokrasi adalah kufur, zalim dan fasik (5:44,45 47)?

    Yusuf al-Qardawi (Fiqah Daulah) menyatakan bahawa seruan untuk menerapkan sistem demokrasi ini tidak semestinya menganggap hukum rakyat sebagai pengganti kepada hukum Allah s.w.t. selagi tidak ada pertentangan di antara kedua-duanya.

    Padahal apa yang sudah dan sedang wujud dan berlaku kini ialah fenomena kontradiksi, konflik dan pertentangan di antara hukum Allah dengan hukum rakyat yang syirik dan kufur itu, dan ianya adalah sesuatu yang berbentuk “qot’ie” dalam fiqh Islam, iaitu sesuatu yang sudah jelas dan muktamad seperti mana yang terkandung dalam pengertian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ serta segala konsep dan perintahnya. Hukum demokrasi yang diluluskan oleh suara majoriti mengenai politik, ekonomi dan sosial adalah didasarkan kepada ideologi Sekular-Nasionalis-Demokratik-Kapitalis ciptaan manusia yang tidak ada kena mengena dengan Islam serta yang seluruhnya bertentangan dan
    berkontradiksi dengan undang-undang daripada Allah dan Rasul-Nya.

    Dalam pemerintahan sesebuah kerajaan demokrasi pimpinan umat Islam, persoalan sama ada hukum rakyat itu berperanan sebagai pengganti kepada hukum Allah tidak pernah timbul dan tidak perlu dipersoalkan kerana hukum Allah dalam kesemua bidang kehidupan itu sememangnya tidak pernah wujudpun, yang wujud dan beroperasi selama ini hanyalah dan sentiasa hukum rakyat ciptaan manusia sahaja! Yusuf al-Qardhawi membuat satu seruan kepada kita supaya menerapkan sistem politik demokrasi dalam sistem kehidupan kita padahal itu adalah satu seruan ke arah penegakan dan ketaatan kepada kedaulatan, otoriti dan undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada Allah yang syirik dan kufur di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, seruan itu adalah satu seruan kepada kesyirikan dan kekufuran!. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud bahawa seruan kepada yang selain daripada Allah s.w.t., seperti seruan kepada penerapan sistem demokrasi, adalah seruan kepada kebatilan dan kekufuran (22:62, 31:30) yang mengkufur ingkarkan Allah s.w.t.

    Firman Allah : al-Imran 79
    Tidaklah wajar bagi seseorang manusia yang dikurniakan Allah kepadanya kitab suci, hikmat dan kenabian kemudian dia berkata kepada manusia :”hendaklah kamu menjadi penyembahku selain daripada Allah.” Tetapi (yang sewajar dia berkata : ) “hendaklah kamu menjadi para rabbaniyyiin (hamba-hamba yang patuh)”, kerana kamu telah mengajar kitab Taurat dan kerana kamu telah mempelajarinya.”

    Saiyyid Qutb menjelaskan (Fizilalil Quran) :
    “Sama dengan golongan ahlil kitab ini ialah satu golongan yang mendakwa diri mereka sebagai orang-orang Islam yang mempunyai ilmu pengetahuan agama sebagaimana yang kami terang sebelum daripada ini. Golongan ini lebih utama dihadapkan ayat al-Quran ini kepada mereka pada hari ini. Kerana mereka memutar belitkan nas-nas al-Quran untuk menegakkan Tuhan-tuhan yang lain selain daripada Allah dalam berbagai bentuknya. Mereka bersusah payah mencari nas-nas yang dapat diputar belitkan mereka untuk menyadurkan pembohongan-pembohongan mereka.”

    Ayat di atas ini adalah sesuai dan tepat untuk dikemukakan kepada Prof. Dr.Yusuf al-Qardawi kerana beliau yang menghalalkan demokrasi dan amalan politik demokrasi mempunyai implikasi bahawa beliau menyeru massa umat Islam untuk mempertuhankan sesama manusia yang bererti beliau menyeru seluruh umat Islam sekelian untuk mengkufur ingkarkan Allah s.w.t. Beliau terlibat dalam mencari Nas-Nas yang sesuai untuk diputar belitkan bagi menyalutkan pembohongan-pembohongan dan idea-idea rekaan beliau dalam menghalalkan amalan politik agama demokrasi yang syirik dan kufur ini. Beliau mengambil alih peranan Ahlil Kitab dalam memutar belitkan ayat-ayat Allah seperti mana yang dibongkarkan oleh Allah s.w.t sendiri di dalam al-Quran.

    Yusuf al-Qardawi menyatakan (Fiqah Daulah), “Tidak ada salahnya bagi manusia, pemikir dan para pemimpin untuk mencari alternatif sistem lain yang lebih ideal dan lebih baik, tetapi mesti mudah diterapkan dalam kehidupan manusia. Kami berpendapat tidak salahnya jika kita mengambil pelajaran daripada sistem demokrasi sebagai cara untuk mewujudkan keadilan dan syura, menghormati hak-hak asasi manusia, menghalang langkah-langkah Taghoot di dunia.”

    Kenyataan Yusuf al-Qardhawi mencerminkan sikap, pandangan dan keyakinan beliau bahawa sistem pemerintahan yang selain daripada Islam, teristimewanya pemerintahan demokrasi, seolah-olah adalah sesuatu yang lebih ideal dan baik daripada Islam yang perlu dipelajari, ditiru dan dipraktikkan – sekiranya benar, ianya (sikap, pandangan dan keyakinannya itu) merupakan satu cabaran terhadap sifat kesempurnaan sistem pemerintahan Islam yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya yang mempunyai implikasi yang amat serius – beliau menafi, menolak, mengingkari dan menentang Tauhid Asmaul Husna yang menyebabkan kerosakan kepada Aqidah Islam beliau!

    Apa yang boleh dipinjam, ditiru, diceduk dan diambil daripada sistem pemerintahan demokrasi hanyalah tata cara, prosidur, proses, sistem, bentuk dan struktur pemerintahannya sahaja yang sememangnya tidak bercanggah dengan Aqidah dan Pemikiran Islam, seumpamanya cara pemilihan dan perlantikan pemimpin, proses pembentukan kerajaan (politik peti undi), kebebasan bersuara dan berorganisasi, konsep “consent” dan “dissent”, sistem komunikasi terbuka di antara pemerintah dengan yang diperintah, proses agregasi dan artikulasi kepentingan dan aspirasi rakyat, proses pembentukan dan perubahan dasar-dasar negara, pemecatan pemimpin, pengambil alihan dan perubahan kerajaan melalui proses dan saluran-salurannya yang menggunakan permesyuaratan dan perundingan massa rakyat jelata sekelian. Tetapi sekali-kali kita tidak boleh meminjam, meniru, menceduk dan mengambil segala dasar pemerintahan demokrasi itu sendiri secara total dan “complete” seperti mana yang diamalkan di Malaysia kini kerana ia mengandungi unsur-unsur “ fundamental ” yang syirik dan kufur di sisi ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, iaitu kedaulatan, otoriti dan undang-undang yang menjadi hak rakyat yang selain daripada Allah s.w.t. dan ketaatan kepada kedaulatan, otoriti dan undang-undang rakyat itu tadi yang kedua-duanya ini merosakkan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

    Sehubungan dengan ini, isu yang “crucial” dalam perbahasan di sini ialah bahawa kita tidak boleh memilih alternatif jalan pintas dan mudah, kononnya terdapat pandangan yang mengatakan bahawa dengan terus sahaja mengambil dan mengamalkan bahagian-bahagian demokrasi yang tidak bercanggah dengan Aqidah dan Pemikiran Islam, dan dengan meninggalkan mana-mana bahagian yang syirik dan kufur, yang kesemuanya ini akan dilaksanakan melalui proses politik demokrasi di atas prinsip suara majoriti ini, usaha ke arah pembentukan sesebuah Negara Islam itu akan dapat dicapai dengan lebih mudah, ringkas dan tanpa risiko. Ini adalah satu pemikiran atau andaian yang bertentangan dengan segala konsep dan dasar ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ serta ia juga gagal untuk mengambil kira tabiat dan sifat-sifat semula jadi Jahiliyah demokrasi, ataupun mana-mana Jahiliyah sekalipun.

    Pertama sekali, perjuangan Islam melalui proses demokrasi mempunyai pengertian kerosakan kepada Aqidah Islam seseorang pejuang Islam seperti mana yang telah diperbincangkan dalam bahagian-bahagian yang terlebih awal di dalam buku ini; kedua, apabila kita berhasrat untuk meninggalkan bahagian-bahagian demokrasi yang syirik dan kufur, ianya mempunyai satu pengertian sahaja – kita terpaksa menghapuskan konsep-konsep kedaulatan hak rakyat, undang-undang hak rakyat dan ketaatan kepada kedaulatan dan undang rakyat yang wujud dan diamalkan dalam pemerintahan demokrasi ini yang mempunyai implikasi bahawa kita akan menghapuskan demokrasi ini sendiri sekali gus dan kesemua sekali! Bolehkah kita menghapuskan demokrasi melalui proses demokrasi ini sendiri untuk digantikannya dengan sebuah Negara Islam?

    Konsep syura, perlantikan pemimpin serta pembentukan kerajaan melalui peti undi, kebebasan bersuara, kekuasaan majoriti serta kebebasan berorganisasi bukanlah dasar-dasar yang “fundamental” dalam pembentukan sesebuah Negara Islam – kesemuanya ini hanyalah tergolong sebagai struktur, sistem dan prosidur sahaja. Doktrin yang “fundamental” dalam menentukan keIslaman sesebuah negara itu ialah pengabdian yang total sesebuah negara itu kepada Allah swt sahaja dan penafiannya yang total terhadap pengabdian kepada yang selain daripada-Nya, iaitu sesebuah negara itu hendaklah berpegang teguh kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ – ke arah mencapai matlamat ini, sesuatu Negara Islam itu hendaklah terdiri dan didasarkan kepada konsep-konsep berikut:

    • Kedaulatan hak Allah;

    • Undang-undang hak Allah;

    • Kerasulan Nabi Muhammad saw;

    • Konsep khilafah (vicegerency).

    Konsep-konsep di atas ini adalah tersimpul di dalam kalimah Laailaahaillah Muhammadar Rasulullah – justeru Negara Islam adalah Negara ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Apabila sesebuah negara itu menegak dan mengamalkan konsep-konsep seperti di atas ini dalam pemerintahannya, ianya adalah sesuatu yang sempurna dalam menepati ciri-ciri sebagai sebuah Negara Islam. Kerajaan demokrasi dan proses politik demokrasi tidak akan berjaya untuk menegak dan mengamalkan konsep-konsep seperti di atas ini kerana ianya bererti menghapuskan demokrasi itu sendiri kesemua sekali dan sekali gus.

    Apakah sesuatu kerajaan Demokrasi pimpinan umat Islam itu sentiasa bersedia dan redha untuk melenyapkan dirinya bagi memberi laluan yang mudah supaya ianya diganti dan diambil alih pada bila-bila masa sahaja oleh sesebuah kerajaan Islam – sudah semestinya tidak ! Demokrasi tidak akan membenarkan dirinya untuk dilenyap dan dihapuskan daripada berkuasa dan berdaulat di atas muka bumi ini. Tabiat dan sifat-sifat semula jadi sesuatu kekuasaan Jahilayah, mana-mana bentuk Jahiliyah sekalipun, hatta Jahiliyah demokrasi, ialah untuk mengekalkan Jahiliyah dan untuk melancarkan penentangan yang sekeras-kerasnya terhadap kelurusan, kebenaran dan hak-hak Allah swt – khususnya penentangan terhadap pembentukan sesebuah Negara Islam.

    Pembentukan sesebuah Negara Islam hendaklah hanya diperjuangkan melalui Metod Islam sahaja, iaitu metod yang datang daripada Allah dan Rasul-Nya, serta yang menjamin dan mempastikan kesempurnaan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ di sepanjang hayat atau “period” perjuangan itu, dan ianya akan diperjuangkan dengan kehendak dan hasrat massa umat Islam kita ini sendiri yang terlebih dahulu telah mengalami dan melalui proses kebangkitan Islam di dalam diri mereka.

    Yusuf al-Qardhawi (Fiqah Daulah) berkata, “Tidak ada satu pun ketetapan syariat yang berisi larangan mengambil pemikiran sama ada dalam bentuk teori mahu pun praktis daripada non-Muslim. Beliau memberi contoh bahawa sewaktu perang al-Ahzab, Rasulullah s.a.w. mengambil pemikiran yang berasal daripada yang luar daripada kalangan Muslim dalam masaalah menggali parit.”

    Walaupun kenyataan Yusuf al-Qardhawi seperti di atas ini berbentuk umum, pengertian yang tersirat di dalamnya adalah jelas – beliau bermaksud untuk memboleh dan menghalalkan amalan politik demokrasi yang bersumberkan daripada yang selain daripada Islam kononnya kerana tidak ada satu pun ketetapan syariat yang melarangnya dan kerana Rasulullah s.a.w. sendiri mempelajari dan mempraktikkan ilmu menggali parit daripada non-Muslim yang berasal daripada yang selain daripada Islam, dan di atas argumentasi ini, beliau memperbolehkan amalan politik demokrasi yang diluar daripada pemikiran Islam.

    Pertama sekali, daripada segala argumentasinya ini, kita dapat mengesani bahawa Yusuf al-Qardawi sebenarnya mengiktiraf dan mengakui bahawa demokrasi ini adalah sesuatu yang berasal daripada yang selain daripada Islam yang tidak sewajarnya diamalkan. Itulah sebabnya beliau berusaha dan berhempas pulas untuk mengutarakan berbagai-bagai hujjah untuk menjustifikasikan amalan sistem politik demokrasi. Seandainya beliau menganggapkan demokrasi ini sebagai sesuatu yang sememang pada asalnya lagi adalah Islam atau serasi dengan Islam, tidak perlu bagi beliau untuk berusaha dan berhempas pulas untuk mengutarakan berbagai-bagai hujjah untuk menjustifikasikan amalan sistem politik demokrasi kita ini. Sebenarnya beliau tahu dan sedar bahawa demokrasi ini sebenar-benarnya adalah agama yang syirik dan kufur di sisi kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang tidak boleh diamalkan, namun beliau sanggup mengingkari kebenaran ini, beliau memfatwakan bahawa demokrasi ini adalah Islam yang boleh diamalkan dengan mengutarakan berbagai-bagai hujjah yang palsu dan rekaan semata-mata kerana beliau adalah agen kepada kaum Yahudi.

    Dalam mengulas argumentasi beliau ini, kita hendaklah mengingati bahawa bukan sahaja setakat ilmu menggali parit, malah Rasulullah s.a.w. menggalakkan umat Islam supaya mempelajari dan mempertingkatkan ilmu, hatta daripada orang-orang kafir, sehingga ke negeri Cina sekalipun. Ini bermakna mempelajari dan mengambil pemikiran daripada orang-orang kafir itu diboleh dan digalakkan dalam Islam selagi dan selama mana pemikiran itu berbentuk ilmu dan teknologi semata-mata dan tidak berbentuk AQIDAH dan UNDANG-UNDANG. Pemikiran yang berbentuk AQIDAH dan UNDANG-UNDANG yang selain daripada Allah dan Rasul-Nya, seperti aqidah, pemikiran dan undang-undang demokrasi, adalah satu penentangan terhadap Aqidah dan Pemikiran Islam serta ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ.

    Firman Allah : al-Anaam 71
    Katakanlah : “Hidayat Allah adalah hidayat yang benar .”

    Firman Allah : al-Anaam 73
    Firman-Nya itulah yang benar .

    Firman Allah : Luqman 30
    Hal yang demikian kerana Allah itulah yang benar

    Firman Allah : Yunus 32
    Tiada lagi selepas hidayat yang benar melainkan kesesatan

    Firman Allah : al-Imran 19
    Sesungguhnya agama yang benar di sisi Allah hanyalah Islam .

    Pemikiran, undang-undang dan sistem pemerintahan daripada Allah sahaja yang benar, yang selain daripada Allah seperti demokrasi daripada manusia ini adalah kebatilan, kekufuran dan Jahiliyah. Ayat-ayat di atas ini adalah satu KETETAPAN SYARIAT yang melarang kita daripada mengambil pemikiran dan sistem pemerintahan yang selain daripada Allah. Al-Quran menyangkal dengan tegas dan jelas pendapat Yusuf al-Qardhawi yang membolehkan kita untuk mengamalkan sistem politik demokrasi dan bahawa pendapatnya ini adalah batil dan Jahiliyah.

    Firman Allah : an-Nisa 36
    Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersetukui-Nya walau sedikit sekalipun .

    Perintah Allah s.w.t. supaya kita tidak mempersekutukan-Nya dengan apa-apa sekalipun adalah satu ‘KETETAPAN SYARIAT’ yang melarang seseorang Muslim itu daripada mengamalkan pemikiran yang berbentuk AQIDAH dan UNDANG-UNDANG yang selain daripada Allah dan Rasul-Nya, justeru ‘LARANGAN’ terhadap amalan politik demokrasi yang selain daripada Allah dan Rasul-Nya adalah satu ‘KETETAPAN SYARIAT’ dalam Islam. Dalam kaedah ini, mengamalkan demokrasi itu adalah satu LARANGAN mengikut syariat Islam. Justeru, pandangan Yusuf al-Qardhawi yang membolehkan kita untuk mengambil dan mengamalkan pemikiran yang di luar daripada Islam, khususnya pemikiran dan cara pemerintahan sistem demokrasi, adalah sesuatu yang bertentangan dengan syariat Islam.

    Dan ujar al-Hafiz Abu Ya’la : Kami telah diceritakan oleh Hammad daripada asy-Syariat’bi daripada Jabir katanya sabda Rasulullah saw :

    “Janganlah kamu bertanya ahlil kitab mengenai sesuatu, kerana mereka tidak akan menunjukkan perkara yang benar kepada kamu kerana mereka telah sesat. Sesungguhnya kamu (jika kamu bertanya mereka ) sama ada kamu membenarkan sesuatu yang batil atau membohongkan sesuatu yang benar. Sesungguhnya demi Allah, andai Musa as hidup dalam kalangan kamu nescahaya tidak halal bagi beliau melainkan hanya mengikut aku”

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Anaam) :
    Tetapi menerima pendapat-pendapat daripada kaum Ahlil Kitab mengenai kefahaman dan kepercayaan keimanan, mengenai pentafsiran alam al-wujud, mengenai matlamat kewujudan manusia, mengenai sistem hidup, peraturan-peraturan dan undang-undangnya, mengenai sistem akhlak dan perilaku, maka penerimaan yang seperti inilah yang telah menyebabkan wajah Rasulullah saw berubah apabila disebut sesuatu yang paling mudah daripadanya, dan inilah yang telah menyebabkan Allah swt memberi amaran kepada umat Muslimin terhadap akibatnya yang buruk, iaitu kekufuran yang amat nyata.

    Hadis di atas ini adalah satu KETETAPAN SYARIAT yang melarang kita daripada mengambil pemikiran dan sistem kehidupan yang selain daripada Allah dan Rasul-Nya, khususnya ianya adalah satu ketetapan syariat yang melarang kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi kita yang syirik dan kufur ini, dan oleh yang demikian, Hadis ini sama sekali menyangkal dakwaan Yusuf al-Qardhawi yang menyatakan bahawa tidak wujud satu ketetapan syariatpun yang melarang amalan sistem politik demokrasi.

    Yusuf al-Qardhawi menyarankan bahawa mengamalkan sistem politik yang kufur tanpa beriktiqad
    kepadanya, iaitu tanpa berniat untuk mengamalkan kekufuran tersebut, tidak melibatkan seseorang itu dengan kekufuran. Beliau menyarankan bahawa IKTIQAD dan AMALAN adalah dua isu yang berasingan dalam Aqidah dan Pemikiran Islam dan justeru ianya tidak seharusnya dicampuradukkan. Mengikut pandangan beliau, iktiqad itu adalah Aqidah yang menentukan keimanan dan kekufuran seseorang, manakala amalan itu bukanlah Aqidah dan ianya tidak menentukan keimanan dan kekufuran seseorang, beliau menyarankan bahawa amalan hanya menentukan sesuatu isu itu adalah salah atau betul sahaja. Beliau juga membayangkan bahawa menganggotai sesebuah parlimen yang berbentuk demokrasi itu tidak bercanggah dengan Islam.

    Dalam masalah inilah terdapatnya kepincangan yang “basic”, iaitu yang mendasar dalam
    pemikiran Prof. Dr.Yusuf al-Qardhaw yang berkontradiksi secara total dengan hukum Allah !

    Dalam Islam, kufur itu adalah terdiri daripada KUFUR IKTIQADIYAH dan KUFUR AMALIYYAH. Kepercayaan dan iktiqad adalah Aqidah, manakala perbuatan dan amalan adalah juga Aqidah – kedua-duanya tergolong ke dalam kategori Aqidah.

    Seseorang yang mempercayai bahawa Krisitian itu bukanlah agama yang kufur, ia terlibat dengan KUFUR IKTIQADIYAH, manakala seseorang yang mempercayai bahawa Kristian itu kufur tetapi ia mengamalkannya, ianya tidak terlibat dengan KUFUR IKTIQADIYAH tetapi ia terlibat dengan KUFUR AMALIYYAH. Seseorang yang mempercayai dan meyakini bahawa demokrasi ini adalah Islam atau bersesuaian dengan Islam sedangkan ianya adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menafikan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, ia terlibat dengan KUFUR IKTIQADIYAH yang mengeluarkannya daripada Islam, manakala seseorang yang mengamalkan sistem politik demokrasi padahal ianya adalah sistem politik yang syirik dan kufur, ianya terlibat dengan KUFUR AMALIYYAH yang juga mengeluarkannya daripada Islam. Begitu juga seseorang yang tidak mempercayai bahawa demokrasi ini adalah syirik dan kufur, atau ia mempercayai bahawa demokrasi ini tidak berbentuk Islam dan tidak juga kufur, dan ia tidak mengamalkannya dalam kehidupannya, ia tetap terlibat dengan KUFUR IKTIQADIYAH.

    Seseorang yang mengamalkan sistem politik demokrasi sebenarnya melibatkan dirinya dengan ketaatan kepada undang-undang demokrasi ciptaan manusia yang selain daripada undang-undang Allah – ketaatan kepada undang-undang yang selain daripada Allah dalam bidang-bidang politik, ekonomi, sosial dan akhlak, mengikut hukum Allah bererti MENYEMBAH MANUSIA yang kufur ingkarkan Allah swt. Perbuatan mentaati undang-undang manusia walaupun tanpa niat dan iktiqad kepadanya, iaitu tanpa niat untuk menyembah manusia serta tanpa niat untuk menjadikan manusia sebagai Tuhan yang layak untuk disembah, ianya tetap bererti menyembah manusia yang mengkufur ingkarkan Allah swt. Inilah kufur amaliyyah.

    Seseorang Islam yang memuja kubur yang dianggapkannya sebagai keramat tanpa berniat untuk menyembah kubur itu dan tanpa menganggapkannya sebagai Tuhan yang layak disembah, perbuatannya itu tetap bererti menyembah kubur itu dan menjadikan kubur itu sebagai Tuhan yang layak disembah dan justeru mempertuhankan yang selain daripada Allah yang mengkufur ingkarkan Allah swt. Justeru perbuatan menganggotai parlimen sedangkan sistem politik berparlimen itu adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia bererti perbuatan yang mengiktiraf, mengakui dan bersetuju dengan Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang melibatkan seseorang itu dengan KUFUR IKTIQADIYAH, dan ketaatan kepada kedaulatan manusia yang wujud dalam sistem politik demokrasi itu bererti menyembah yang selain daripada Allah yang melibatkan seseorang itu dengan kufur amaliyyah. Justeru menganggotai parlimen yang syirik dan kufur itu bererti terlibat dengan kedua-dua bentuk kufur – KUFUR IKTIQADIYAH dan KUFUR AMALIYYAH – yang mengeluarkan seseorang itu daripada Islam.

    Bagi menyokong teori beliau bahawa seseorang Islam dibolehkan untuk memegang jawatan sebagai seorang pemerintah dan penguasa dalam sesebuah kerajaan yang tidak Islam di atas prinsip kemaslahatan rakyat Muslimin sekelian, Yusuf al-Qardhawi mengutara contoh Nabi Yusuf as sebagai penguasa tertinggi di bawah Raja Mesir yang tidak beragama Islam. Beliau mengutarakan pandangan bahawa Nabi Yusuf as tidak dapat menjalankan keseluruh undang-undang Islam ke atas rakyatnya yang tidak Islam pada waktu itu, namun beliau muncul sebagai seorang penguasa yang bijaksana dan cemerlang kerana beliau mengamalkan sikap toleransi dan kompromi dalam menjalankan pemerintahannya. Yusuf al-Qardhawi membayangkan bahawa Nabi Yusuf as tidak menjalankan sistem perundangan Islam sepenuhnya ke atas rakyat Mesir pada masa itu, tetapi beliau dikatakan ‘bertoleransi dan berkompromi’ yang diertikan oleh Yusuf al-Qardhawi sebagai menjalankan separuh undang-undang Islam dan separuh undang-undang Mesir yang tidak Islam.

    Firman Allah : Fatir 10
    Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan. Kepada Allahlah naiknya segala madah yang baik (yang menegaskan iman dan tauhid untuk dimasukkan ke dalam kira-kira balasan), dan amal yang soleh pula diangkat-Nya naik ( sebagai amal yang makbul – yang memberi kemuliaan kepada yang melakukannya). dan sebaliknya; orang-orang yang merancangkan kejahatan (untuk mendapat kemuliaan), adalah bagi mereka azab seksa yang berat; dan rancangan jahat mereka (kalau berkesanpun) akan rosak binasa.

    Allah menetapkan hukumnya bahawa dalam masalah Aqidah tidak wujud MASLAHAH dan IJTIHAD. Dalam ayat seperti di atas ini, Allah melarang kita daripada mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur walaupun bagi tujuan untuk mencapai matlamat yang suci kerana Allah, dan Allah memperingati kita bahawa orang-orang yang mengamalkan agama demokrasi adalah disifatkan Allah sebagai orang-orang yang merancang untuk melakukan kejahatan yang akan diseksa dengan keseksaan yang amat pedih di akhirat nanti. Ini adalah hukum yang jelas, terang dan muktamad daripada Allah yang melarang kita daripada mengamalkan sistem politik demokrasi
    yang sekali-kali tidak mungkin boleh dipertikaikan lagi.

    Argumentasi Yusuf al-Qardhawi adalah argumentasi yang berkontradiksi dengan Aqidah Islam dan yang merosakkan pegangan dan amalan seseorang Islam akan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Beliau sanggup memutar belitkan segala fakta dan beliau mengelirukan umat Islam dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran semata-mata untuk membolehkan seseorang Muslim untuk menyertai dan memegang kuasa politik dalam sesebuah kerajaan yang tidak Islam.

    Dalam menganalisis dan membicarakan isu ini kita rujuk kepada ayat-ayat al-Quran seperti berikut
    :

    Firman Allah : Yusuf 56, 76
    Demikianlah Kami mengurniakan kepada Yusuf kedudukan yang tinggi di bumi (Mesir) dia bebas tinggal di mana sahaja dia suka. Kami limpahkan rahmat Kami kepada siapa sahaja yang Kami sukai dan Kami tidak sekali –kali mensia-siakan ganjaran para muhsinin.
    Maka yusuf lebih dahulu memeriksa karung-karung mereka sebelum memeriksa karung adiknya (Bunyamin) , kemudian dia mengeluarkan piala penyukat itu daripada karung adiknya.

    Demikianlah Kami aturkan ta’’bir kepada Yusuf. Sebenarnya dia tidak boleh menahan mengambil adiknya menurut undang-undang Raja, melainkan jika dikehendaki Allah. Kamilah yang mengangkatkan darjat-darjat mereka yang Kami kehendak, dan di atas setiap orang yang berilmu itu ada yang lagi lebih tinggi ilmunya.

    Pengamatan dan kesimpulan daripada ayat-ayat di atas ini :

    1. Peraturan dan undang-undang adalah agama – agama Allah adalah peraturan dan undang-undang Allah, manakala agama Raja adalah peraturan dan undang-undang Raja;

    2. Allah mengutuskan Nabi Yusuf as untuk memerintah Mesir – “Kami mengurniakan kepada Yusuf kedudukan yang tinggi di Mesir”, justeru di antara tugas Nabi Yusuf as sebagai Nabi dan Utusan Allah adalah untuk memerintah Mesir dengan menjalankan undang-undang Allah;

    3. Menjalankan peraturan dan undang-undang Allah bererti menganuti agama Allah dan beriman kepada Allah yang menyempurnakan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

    4. Menjalankan peraturan dan undang-undang Raja bererti menganuti agama Raja dan beriman kepada Raja yang merosakkan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

    5. Nabi Yusuf as hanya menjalankan peraturan dan undang-undang Allah sahaja melalui wahyu daripada Allah – di sini kita dapat membuat pengamatan bahawa menjalankan tugas sebagai seorang pemerintah tertinggi itu merupakan sebahagian daripada tugas kenabian;

    6. Mustahil bagi Nabi Yusuf as untuk menjalankan peraturan dan undang-undang Allah di samping turut juga menjalankan peraturan dan undang-undang Mesir kerana itu bererti menganuti agama Allah dan beriman kepada Allah di samping turut juga menganuti dan beriman kepada agama Raja yang merosakkan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

    7. Dalam mempastikan kesempurnaan pegangan dan amalan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ, Nabi Yusuf as semestinya menjalankan peraturan dan undang-undang Allah sahaja dengan aktif menafi, menolak, mengingkari dan menentang peraturan dan undang-undang Raja;

    8. Tanpa menafi, menolak, mengingkari dan menentang dengan aktif terhadap peraturan dan undang-undang Raja mengakibatkan kerosakan kepada ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

    9. Konsep maslahah tidak boleh dipakai dalam masalah penyertaan yang aktif dalam sesuatu kerajaan yang tidak Islam kerana ianya bererti membuat pilihan di antara menganuti agama Islam dengan menganuti agama kufur, sedangkan maslahah hanya boleh diterima pakai dalam membuat pilihan di antara yang haram dengan yang lebih haram, yang mudharat dengan yang lebih mudharat, yang buruk dengan yang lebih buruk.

    Peraturan dan undang-undang adalah AGAMA. Sama sekali tidak mungkin Nabi Yusuf as menjalankan peraturan dan undang-undang Raja kerana itu bererti menganuti agama Raja dan beriman dengan Raja dan mengakui serta mengiktiraf Raja sebagai Tuhan yang berkuasa dan berdaulat ke atas manusia yang mengkufur ingkarkan ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ. Anggapan dan tomahan Yusuf al-Qardhawi yang mengatakan bahawa Nabi Yusuf as turut mengekal dan mengamalkan tradisi, adat resam dan cara-cara yang tidak Islam yang diamalkan oleh orang-orang Mesir yang tidak beragama Islam dalam menguruskan hasil pertanian pada masa itu, adalah anggapan dan tomahan bahawa Nabi Yusuf as mengamal, menganuti dan mengimani agama tradisi orang-orang Mesir yang tidak Islam. Ini adalah satu tomahan yang amat berat dan sudah tentu ianya merupakan tomahan yang amat jahat terhadap seorang Nabi Allah! Di sini sahajapun sudah layak dan sewajarnya Yusuf al-Qardhawi dicap sebagai seorang ulama yang sesat dan jahat kerana beliau membuat tuduhan yang melulu terhadap seorang Nabi Allah dan beliau sebenarnya telah menghinakan agama Allah! Apakah Yusuf Qardhawi belum lagi layak untuk disifat dan diisytiharkan sebagai seorang yang KAFIR yang jelas dan nyata mengikut hukum Allah?

    Dalam bukunya yang berjodol Fiqah Daulah, Yusuf al-Qardhawi TIDAK MENYEBUT dan MENGHURAIKAN dengan jelas dan terang kepada para pembaca mengenai kesyirikan dan kekufuran yang berlaku ke atas kita kerana kita mengamalkan sistem politik demokrasi serta kita menyetujui dan meredhainya; beliau tidak menghuraikan kepada kita bahawa :

    1. Kerajaan demokrasi adalah kerajaan manusia yang syirik dan kufur kerana ia menjalankan segala peraturan dan undang-undang manusia dan kerana ianya adalah didasarkan kepada Uluhiyah dan Rububiyah Manusia yang menolak dan mengingkari kalimah ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ;

    2. Para pemimpin kita yang beragama Islam yang memerintah, berkuasa dan berdaulat ke atas umat manusia di dalam sesebuah kerajaan demokrasi ini adalah Tuhan-tuhan Manusia yang kafir, zalim dan fasik;

    3. Orang-orang yang menyetujui dan meredhai akan sistem politik demokrasi bererti mereka beriman dengan agama demokrasi dan tidak lagi beriman dengan agama Allah;

    4. Orang-orang yang mentaati dan mematuhi kerajaan demokrasi dan segala peraturan dan undang-undang demokrasi adalah orang-orang yang menyembah Tuhan-tuhan Manusia dan tidak lagi menyembah Allah;

    5. Orang-orang yang berada di bawah kerajaan demokrasi dan kuat kuasa peraturan dan undang-undang demokrasi adalah orang-orang yang menjadi para hamba kepada Tuhan-tuhan Manusia ini dan tidak lagi menjadi para hamba kepada Allah ;

    6. Orang-orang yang mentaati dan mematuhi segala peraturan dan undang-undang demokrasi serta mereka menyetujui dan meredhainya adalah orang-orang yang mengimani, menganuti dan mengamalkan agama demokrasi yang syirik dan kufur;

    7. Allah memerintahkan kita agar kita tidak mengamalkan sistem politik demokrasi kita ini, agar kita menafi, menolak, mengingkari dan menentangnya, dan agar kita memusuhi dan membencinya sehingga ianya mengelami keruntuhan dan kehancuran yang total untuk kemudiannya digantikan dengan kerajaan Allah;

    8. Allah memerintahkan kita supaya kita melancarkan Jihad, Perang dan Revolusi terhadap
    kerajaan demokrasi yang syirik dan kufur ini untuk menghapuskan penindasan dan kezaliman yang wujud di bawah sistem pengabdian manusia kepada manusia yang sedang wujud dan beroperasi di dalam sistem politik demokrasi kita ini.

    Tanpa menghuraikan mengenai segala konsep yang asas dan fundamental dalam Aqidah dan Pemikiran Islam seperti mana yang disebutkan di atas ini, ianya bererti bahawa Yusuf al-Qardhawi telah menyembunyikan sebahagian daripada ayat-ayat al-Quran dan beliau telah memutar belitkan segala pengertian ayat-ayat yang lain lagi. Ini bererti bahawa beliau telah melakukan tipudaya yang besar terhadap Allah dan membohongi Allah!

    Firman Allah : al-Baqarah 146
    Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagai mana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian ) .

    Sifat dan sikap Yusuf al-Qardhawi adalah sama seperti mana sifat dan sikap kaum Ahlil Kitab yang sememangnya mengenali Rasulullah saw sebagai seorang Nabi Allah yang akhir, namun mereka (Ahlil Kitab) menolak dan mengingkari Baginda dan tetap menyembunyikan kebenaran itu daripada diketahui oleh kaumnya dan orang ramai yang lain. Kejahatan Yusuf al-Qardhawi adalah sama dengan kejahatan Ahlil Kitab yang berjuang habis-habisan dalam memerangi Islam di sepanjang zaman. Yusuf al-Qardhawi sememangnya memahami dengan jelas dan terperinci bahawa demokrasi ini adalah agama ciptaan manusia yang syirik dan kufur, namun beliau sengaja berusaha untuk mengIslamkannya kerana beliau adalah agen kepada Ahlil Kitab yang peranan beliau ialah untuk merosakkan fahaman dan amalan Aqidah dan Pemikiran Islam di kalangan seluruh umat Islam di dunia.

    Firman Allah :al-A’raf 175
    Bacalah kepada mereka cerita seorang tokoh yang kami kurniakan pengetahuan mengenai ayat-ayat Kami (Taurat) kemudian dia menghindarkan diri daripadanya , lalu ia dikuti syaitan dan akhirnya ia termasuk ke dalam golongan orang-orang yang sesat .

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
    Mereka memperalatkan ahli-ahli agama profesyenel untuk mengubahkan ayat-ayat al-Quran daripada pengertiannya yang sebenar, mereka menghalalkan apa yang diharamkan Allah dan melunak-lunakkan apa yang disyariatkan Allah, mereka merestukan kejahatan dengan menggunakan bendera-bendera Islam dan lambang-lambangnya. Mereka menggelincirkan orang-orang Islam yang terpesona kepada tamadun-tamadun kebendaan dan tertarik kepada teori-teori peraturan-peraturannya sebagai rangka usaha untuk menggelincirkan Islam supaya meniru teori-teori dan peraturan-peraturan itu dan mengibarkan lambang-lambangnya atau menerima pakai teori-teori, undang-undang, peraturan-peraturan dan metodologi-metodologi itu. Mereka menggambarkan Islam yang mengendalikan seluruh bidang kehidupan manusia sebagai suatu peristiwa dalam sejarah yang tidak mungkin berulang lagi. Mereka memberi sanjungan yang tinggi kepada keagungan-keagungan Islam di zaman silam untuk melalaikan perasaan orang-orang Islam dan dalam suasana kelalaian ini mereka berkata kepada orang-orang Islam bahawa Islam pada hari ini harus hidup dan bersemarak di dalam jiwa orang-orang Islam sebagai aqidah dan ibadat sahaja bukan sebagai undang-undang dan sistem hidup. Cukuplah bagi Islam dan orang-orang Islam berbangga dengan keagungan-keagungan zaman purba yang bersejarah itu, jika tidak, agama Islam harus mengikut perkembangan zaman dan harus sanggup tunduk kepada realiti hidup manusia dan bersedia mengambil segala kefahaman dan segala undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh mereka. Mereka menyerahkan kepada pertubuhan-pertubuhan yang diadakan mereka di negeri-negeri Islam teori-teori tertentu yang ditaja dalam bentuk aqidah dan agama untuk mengambil tempat agama Islam yang lama itu! Mereka mewujudkan buku-buku untuk dibaca dan dikaji agar ia dapat menggantikan al-Quran yang lama ini! Mereka juga cuba mengubah tabiat masyarakat-masyarakat Islam di samping mengubahkan tabiat agama Islam itu sendiri sebagai satu sarana terakhir supaya Islam tidak mungkin menemui insan-insan yang dapat diberi hidayat dan dengan itu mereka dapat mengubahkan masyarakat-masyarakat Islam kepada golongan-golongan insan yang tenggelam dalam lumpur kegiatan seks dan amalan-amalan yang keji, kumpulan-kumpulan insan yang sibuk mencari sesuap pagi dan sesuap petang yang tidak boleh dihasilkan kecuali dengan usaha-usaha yang sukar dan sungguh-sungguh agar mereka tidak lagi mempunyai peluang selepas sesuap makan dan memuas nafsu seks untuk mendengar hidayat atau untuk pulang kepada agama !

    Itulah pertarungan dan penentangan sengit terhadap Islam dan umat Muslimin yang berpandukan ajaran Islam dan berjuang untuk menegakkan keadilan undang-undang Islam . Itulah pertarungan yang berterus-terusan, di mana digunakan segala jenis senjata tanpa segan dan malu, segala macam sarana yang tidak terhitung kuantitinya. Itulah konflik yang mempergunakan segala kekuatan , segala kemampuan , segala alat media massa antarabangsa , mempergunakan agen-agen dan badan-badan antarabangsa yang dibiayai oleh organisasi-organisasi tertentu yang tidak mungkin hidup seharipun tanpa pembiayaan antarabangsa ini .

    Tetapi tabiat agama Islam amat jelas dan amat kukuh itu tetap gigih menghadapi pertarungan yang sengit ini, begitu juga umat Muslimin yang berdiri teguh di atas agama yang benar ini walaupun bil mereka kecil dan perencanaan mereka lemah, namun mereka tetap teguh dan gigih menghadapi proses penghancuran yang ganas itu . Dan Allah tetap menguasai segala urusan-Nya.

    Firman Allah :al-Imran 80
    Dan tidak pula (wajar) dia menyuruh kamu mengambil malaikat dan nabi-nabi sebagai Tuhan-Tuhan. Apakah wajar dia menyuruh kamu melakukan kekufuran sesudah kamu menjadi orang-orang Muslim.

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
    Penyakit tokoh-tokoh agama – apabila mereka korup – ialah mereka bersedia menjadi alat yang patuh untuk memalsukan hakikat-hakikat yang sebenar atas nama mereka selaku tokoh agama. Keperihalan yang disebut oleh al-Quran mengenai segolongan ahlil kitab ini memang diketahui oleh kita di zaman kita sekarang ini. Mereka menakwilkan nas-nas kitab suci mereka dan mereka memutar belitkannya supaya mereka sampai kepada kesimpulan-kesimpulan yang tertentu.

    Kemudian mereka dakwakan kesimpulan-kesimpulan itu sebagai maksud daripada nas kitab suci itu dan sebagai pengertian-pengertian yang dikehendaki oleh Allah, sedangkan kesimpulan itu bertentengan dengan hakikat agama Allah dari asasnya lagi (mereka berbuat demikian) kerana yakin kebanyakan pendengar tidak dapat membezakan di antara hakikat agama dan maksud-maksud sebenar nas-nas ini dengan kesimpulan-kesimpulan yang dibuat-buat dan pembohongan yang mereka paksakan ke atas nas-nas itu.

    Pada hari ini kita cukup mengetahui contoh golongan ini pada setengah-setengah tokoh yang di hubungkan dengan agama secara zalim. Mereka sebenarnya mencari makan dengan agama.

    Mereka menggunakan agama untuk memenuhi kehendak-kehendak nafsu, mereka menakwilkan nas-nas dan berkejar-kejar membawa nas-nas itu mengikut kehendak-kehendak nafsu apabila mereka nampak ada sesuatu muslihat yang boleh dicapai atau sesuatu habuan kesenangan dunia yang boleh dihasilkan, mereka mentakwilkan nas-nas itu dan berkejar-kejar dengan nas-nas itu dibelakang kehendak hawa nafsu. Mereka mematah-matahkan leher nas supaya sesuai dengan kehendak-kehendak semasa yang dominan. Mereka mengubah ayat-ayat daripada tempatnya yang wajar untuk menyelaraskan di antaranya dengan aliran-aliran yang bertentangan dengan agama ini dan dengan hakikat-hakikat asasinya. Mereka berusaha berhempas pulas untuk mendapat sekecil-kecil hubungan lafzi atau mulabasah lafziyah untuk digunakan mereka bagi menyelaraskan di antara maksud suatu ayat al-Quran dengan kehendak semasa yang dominan yang penting dihampu-hampukan mereka.

    Yusuf al-Qardhawi adalah seorang ulama yang jahat – beliau berjuang dengan sedar, terancang dan gigih untuk merosakkan Aqidah dan Pemikiran Islam serta untuk menyelewengkan massa umat Islam daripada memahami pengertian ﻵﺍﻟﻪﺍﻷﺍﷲ yang sebenar. Seluruh ulama dan intelek Islam kita kini adalah para pengembang ajaran-ajaran yang sesat yang bertujuan untuk merosakkan
    Aqidah dan Pemikiran Islam di kalangan seluruh umat Islam kita. Kejahatan seperti ini tidak mungkin boleh berlaku tanpa galakan dan dorongan daripada kerajaan Malaysia kita ini sendiri yang sememangnya pula adalah didalangi oleh kaum Ahlil Kitab!

    Firman Allah: az-Zukhruf 54
    (Dengan yang demikian), maka Firaun memperbodohkan kaumnya lalu mereka mematuhinya; sesungguhnya mereka itu adalah kaum yang fasik – derhaka.

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran) :
    Tindakan pemerintah-pemerintah yang zalim memperbodohkan rakyat jelata merupakan satu perkara biasa sahaja. Mereka memencilkan rakyat jelata daripada segala punca ilmu pengetahuan, mereka menyembunyikan hakikat-hakikat yang sebenar dariapada mereka supaya mereka lupakannya dan tidak lagi kembali mencarinya. Mereka campakkan di dalam hati mereka berbagai-bagai fikiran dan saranan yang dapat mempengaruhi minda mereka supaya mereka mudah diperbodohkan dan mudah dipimpin ke kiri dan ke kanan dengan tenang dan aman.

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Imran) :
    Dari sini ternyatalah bahawa musuh yang paling besar kepada umat Muslimin ialah musuh yang berusaha MELALAIKAN mereka daripada aqidah keimanan mereka, MEMESONGKAN mereka daripada sistem dan cara hidup yang diatur oleh Allah dan MENGELIRUKAN mereka daripada hakikat musuh-musuh mereka yang sebenar dan matlamat-matlamat mereka yang jauh.

    Saiyyid Qutb (Fizilalil Quran – al-Maidah) :
    Khemah-khemah musuh ini tidak takut sesuatu apa kecuali yang paling ditakuti mereka ialah KESEDARAN kelompok Muslimin walaupun kecil bilangan mereka dan sedikit peralatan mereka.

    Oleh itu orang-orang yang berusaha MEMATIKAN KESEDARAN ini merupakan sebesar-besar MUSUH Islam. Sebahagian daripada orang-orang ini merupakan korban-korban yang tertipu tetapi bahaya mereka di waktu itu lebih besar daripada bahaya musuh Islam yang paling besar, malah bahaya mereka merupakan sebesar-besar bahaya dan kemudharatan.

    Gejala yang paling ditakuti oleh Yahudi dan musuh-musuh Islam ialah KESEDARAN umat Islam kita mengenai Aqidah dan Pemikiran Islam dan yang paling ditakuti mereka ialah KEBANGKITAN umat Islam yang diasaskan kepada Aqidah dan Pemikiran Islam kita ini. Mereka kini sedang berjuang habis-habisan untuk MEMATIKAN kesedaran kita dan untuk MEMBANTUTKAN kebangkitan kita agar ianya tidak akan membawa massa umat Islam untuk menuju ke arah Jihad, Perang dan Revolusi. Mereka membingung dan membodohkan kita dan mereka menyesatkan kita daripada jalan yang benar, mereka menjadikan kita ini sebagai umat Islam yang lemah, lembik dan takut kepada musuh-musuh kita. Inilah di antara tugas-tugas yang jahat yang diserahkan oleh musuh-musuh kita kepada Yusuf al-Qardhawi dan kepada para ulama dan intelek Islam kita yang sama jahat dengan beliau!

    Firman Allah : al-Imran 99
    Katakanlah : ‘Wahai ahlil kitab ! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan Allah (agama Islam ), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya) ?” Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan .

    Firman Allah : al-A’raf 44, 45
    Lalu seorang penyeru (daripada kalangan malaikat) mengumumkan di antara dua golongan itu, “Allah timpakan laknat ke atas orang-orang yang zalim.
    Iaitu orang-orang yang menghalangkan manusia daripada agama Allah dan mengingini agar jalan itu menjadi bengkok, dan mereka tidak percaya (kafir) kepada hari akhirat.

    Yusuf al-Qardhawi adalah seorang ulama yang jahat yang menghalangi orang-orang yang beriman daripada jalan Allah yang benar dan beliau mengingini supaya jalan yang lurus ini menjadi jalan yang bengkok, dan oleh yang demikian Allah menyifatkan seseorang yang seperti beliau ini sebagai seseorang yang tidak percaya kepada hari Akhirat. Alangkah jahatnya beliau di sisi Allah swt!

    Sekian, Terima Kasih.

    Wan Solehah al-Halbani
    Lubok Terua, Temerloh, PAHANG DM.

    • salam, terima kasih dengan artikel atau pendapat ini, secara terus terang saya tidaklah menngenali sangat tokoh ini kecuali ada membaca beberapa tulisan beliau. saya tidak mampu lagi memberi komen tentang beliau, biarlah penialaian dilakukan oleh Allah, dibimbangi tersalah penilaian, kita tersilap menghukum ulama, wallahuaklam

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s