SIRI PERAYAAN DI MALAYSIA

Buku Siri Perayaan di Malaysia ini merupakan sebuah set buku yang menyenaraikan 12 buah perayaan utama yang disambut oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Ia mengandungi perayaan-perayaan berikut:
– Hari Raya Aidil Fitri & Hari Raya Aidil Adha
– Tahun Baru Cina & Wesak
– Deepavali & Thaipusam
– Pesta Kaamatan & Hari Gawai
– Hari Kebangsaan & Maulidur Rasul
– Krismas & Vaisakhi

Meskipun terdapat beberapa perayaan berdasarkan agama atau kaum tertentu, Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni telah mengamalkan prinsip 1 Malaysia iaitu menggalakkan penyertaan kaum atau agama lain jika tidak bersalahan dari segi agama atau menghormati kebudayaan dan amalan kaum atau agama lain. Dengan cara ini perpaduan dan sifat kerjasama dapat dipupuk dan dimantapkan demi kelangsungan keharmonian penduduk negara kita yang tercinta ini.

Buku ini adalah sesuai untuk bacaan sekolah rendah dan menengah  yang dihiasi dengan gambar-gambar berwarna bagi memudahkan pembaca memahami kebudayaan dan amalan pelbagai kaum di Malaysia. Lebih-lebih lagi kebanyakan perayaan di atas disambut oleh semua kaum di Malaysia, oleh itu pengetahuan mengenainya adalah penting.

Harga: RM160 (KN) dan RM220 (KT)

Penerbit: Delima Ilmu

Tahap: Sekolah Rendah dan Menengah

Hlm: 40 ms

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s