Pakaian Tradisional Etnik-etnik di Sabah

Saya ingin berkongsi maklumat dengan para pencari maklumat terutama sekali golongan pelajar mengenai jenis dan bentuk pakaian etnik-etnik yang terdapat di Sabah. Telah ada dan mungkin banyak blog atau laman sesawang yang memaparkan info mengenai pakaian ini tetapi tidak lengkap. Maklumat saya ini juga tidak lengkap meskipun telah beberapa kali saya telah ke Pesta Menuai untuk mengumpul jenis-jenis pakaian tersebut. Namun saya cuba memaparkan semaksimum mungkin. Tetapi saya tidak lagi mampu memaparkan secara detail nama jenis kain dan aksesori yang digunakan oleh mereka. Jika ada yang silap, saya berharap kaum tersebut boleh memaklumkan kepada saya agar para pelajar tidak tersalah maklumat dan membantu saya mengenali beberapa kaum yang saya tidak pasti namanya. Halaman ini akan diperbaiki dari semasa ke semasa, Insyallah.

Kepelbagaian Etnik di Sabah

Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai suku kaum. Antaranya adalah Kadazandusun, Bajau, Murut, Kedayan, Bisaya, Irranun, Rungus, Kimarang, Kwijau, Lundayeh, Ubian, Binadan, Orang Sungai, Tatana, Tagaas, Brunei, Suluk dan lain-lain.

Perbezaan antara berbagai-bagai suku kaum tersebut adalah ketara terutama sekali dari segi bahasa, agama, adat istiadat, corak dan pegangan hidup termasuklah pakaian tradisi mereka.

Penggunaan pakaian-pakaian tradisional tersebut boleh dilihat dari dua sudut zaman iaitu zaman klasik dan zaman moden. Pada zaman dahulu, pakaian-pakaian tradisional ini dipakai semasa uparaca-upacara ritual, hari perkahwinan dan sebagai pakaian seharian. Di zaman moden pula pakaian-pakaian tradisional ini hanya dipakai untuk tujuan-tujuan yang tertentu seperti di hari perkahwinan oleh pengantin lelaki dan perempuan (kadangkala juga oleh pengapit pengantin) serta untuk acara-acara kebudayaan.

Kebanyakan suku kaum di Sabah memilih hitam sebagai warna pakaian tradisional mereka. Penggunaan warna hitam asalnya daripada kepercayaan bahawa warna hitam adalah lambang kekuasaan atau warna ketuhanan yang dapat melindungi si pemakai daripada makhluk-makhluk halus yang jahat. Ada setengah-tengah pihak mengatakan bahawa penggunaan warna hitam adalah disesuaikan dengan cara hidup dan keadaan semula jadi di waktu itu.

Kadazandusun

Suku Kadazandusun ini adalah rangkuman dua suka utama iaitu Kadazan dan Dusun, di mana ia masih mempunyai banyak cabang. Terdapat juga perbezaan dari segi pakaian mengikut daerah/residensi atau mukim kediaman Antara subetnik Kadazandusun ialah Murut. Murut ini juga mempunyai sub-subnya yang tersendiri.

33 thoughts on “Pakaian Tradisional Etnik-etnik di Sabah

    • macam2, paling lazim tarian kebudayaan mana-mana etnik yang mengambil bahagian, ada juga permainan tradisional msy kadazan dusun, geraii-gerai pmeran di mana rumah2 masing2 akan memaparkan kraftangan etnik masing2, termasuk juga makanan tradisional… yang paling ditunggu2 ialah acara kemuncak Ratu Unduk Ngadau.. kalau nak gambar tu saya boleh bagi tapi bukan yg 2012, sebab tak sempat tgk, 2011 adalah..

  1. salam maruwiah , sye ada pertanyaan berkenaan pakaian tradisional bisaya . ada tak artikel atau kajian yg detail mengenai setiap pakaian tradisional ni , terutamanya pakaian tradisional BISAYA ?? mohon pertolongan..tq

  2. salam kak maruwiah, saya nk tnya apa perkembangan adat perkahwinan suku kaum dusun ya? harap dapat reply secepat mngkn sebab bnda ni untuk kerja projek saya.. Tq kak.

    • wsalam, minta maaf, saya tidak pernah mengkaji hal tersebut, namun pernah memasukkan sedikit mengenainya dalam buku saya bertajuk KadazanDusun dan Iban, bginilah bunyinya:

      Pada zaman dahulu, adat istiadat perkahwinan orang Kadazandusun terbahagi kepada dua bentuk iaitu kahwin paksa dan kahwin dengan persetujuan kedua-dua pihak.
      Lazimnya orang Kadazandusun berkahwin ketika umur mereka meningkat 16 tahun atau selepas 21 tahun. Ada juga yang berkahwin melalui perjanjian yang dipersetujui oleh ibu bapa kedua-dua pihak semasa mereka masih kecil lagi. Sebelum sesuatu upacara perkah-winan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki.

      Lazimnya, mas kahwin atau ‘nopung’ masyarakat kaum Kadazandusun terdiri daripada empat buah tajau, sebuah gong, tiga ekor ayam dan empat ekor babi. Namun, di setengah-setengah tempat, mas kahwin yang dipersetujui adalah dua ekor kerbau bertanduk sejengkal, sebuah gong, sebuah tajau dan pada masa sekarang, mereka juga menerima wang ringgit sekiranya barang-barang tadi tidak diperoleh.

      Dalam kalangan suku kaum Kadazan Papar, mas kahwin ini terdiri daripada gong, canang, manain, languai, tajau, kumanggi, tanah, kerbau dan babi. Mas kahwin ini mestilah dihantar kepada pengantin perempuan sekurang-kurangnya seminggu sebelum hari perkhawinan itu dilangsungkan.

      Adat istiadat lama mengenai mas kahwin dalam kalangan orang Dusun Tambunan dan Ranau ialah ‘berian’ atau mas kahwin itu mestilah dibayar penuh sebelum pengantin perempuan mengikuti suaminya pulang ke rumah. Kadangkala berlaku juga mas kahwin itu tidak dapat dibayar pada tempoh yang ditetapkan dan sebagai gantinya pengantin lelaki akan tinggal sementara waktu di rumah pengantin perempuan untuk membantu keluarga isterinya membuat kerja-kerja ladang atau di sawah.

      Jumlah mas kahwin yang mesti dibayar atau berapa lama tempoh baki mas kahwin itu harus dibayar adalah tertakluk kepada perundingan. Lazimnya, tempoh yang diberi adalah tetap atau sehingga mereka mendapat anak pertama atau kedua. Bagi perawan yang lanjut usia dan janda, mas kahwin mereka selalunya terdiri daripada sebuah tajau dan dua ekor kerbau.

      Mas kahwin diambil oleh ibu bapa atau keluarga perempuan. Sekiranya terjadi penceraian, mas kahwin itu akan dibahagi dua. Jika penceraian itu diminta oleh suaminya, semua mas kahwin itu terbatal dan bakinya, sekiranya ada, mestilah dibayar. Sebaliknya, jika penceraian itu diminta oleh isterinya dan mereka tidak mempunyai anak, mas kahwin itu mesti dibayar balik atau dipulangkan semula kepada suaminya. Tetapi sekiranya mereka mempunyai anak, mas kahwin itu menjadi milik isterinya. Isterinya juga akan menyimpan ‘ampur’ atau ‘noitah’ iaitu harta yang diberikan oleh keluarga isterinya.

      Majlis perkahwinan orang Kadazan adalah satu majlis yang meriah. Semua orang tanpa mengira kaum dan agama dijemput menghadirinya. Majlis ini diiringi dengan paluan gong dan tarian Sumazau. Penduduk-penduduk kampung akan datang beramai-ramai dan membawa hadiah seperti beras dan ayam.
      Pada pagi di hari pertama perkahwinan itu dilangsungkan, seekor kerbau akan dikorbankan dan air tapai yang banyak dijamu kepada tetamu-tetamu yang hadir. Biasanya, majlis perkahwinan orang Kadazan berlangsung selama tiga hari dan tiga malam.

      Pada hari yang kedua sebelum matahari terbenam, pengantin perempuan akan menyiapkan dirinya untuk meninggalkan rumah dan ibu bapanya untuk memulakan penghidupan baru bersama suaminya. Pengantin perempuan itu akan membawa ‘wakid’ mamakai ‘sirung’ dan membawa sebilah parang bagi kegunaannya bekerja di sawah atau ladang serta membawa satu set sirih pinang. Di setengah-setengah tempat, pengantin lelaki dikehendaki mengangkat (bagi pihak isterinya) padi yang telah dibuang hampa dari rumah isterinya hingga tiba di rumahnya tanpa berhenti di tengah jalan atau menoleh ke belakang. Padi itu adalah sumbangan daripada isterinya bagi pasangan itu memulakan alam berumah tangga dan untuk ditanam pada musim menanam yang akan tiba.

      Pada malam itu, pengantin perempuan itu tidur semalam di rumah suaminya. Kadangkala dia akan diminta oleh keluarga suaminya bermalam selama dua hingga tiga malam. Dan buat pertama kalinya, pengantin perempuan itu akan bekerja untuk keluarga suaminya seperti membasuh pinggan-mangkuk, periuk-belanga dan membersihkan rumah. Pada hari yang ketiga iaitu sewaktu matahari mulai terbenam, pengantin perempuan itu akan pulang ke rumahnya seorang diri. Menurut adat istiadat perkahwinan pada zaman lampau, pasangan itu ditegah melakukan hubungan kelamin di minggu pertama perkahwinan mereka. Pada hari yang keempat, ipar pengantin perempuan atau suaminya pergi ke rumah pengantin perempuan dan menjemputnya balik ke rumah suaminya.

      Sila letak rujukan sebagai, Maruwiah Ahmat, 2012, Siri Adat dan Budaya Kaum Utama, Kadazandusun dan Iban, Goodwill Publications: Seremban.

  3. assalamualaikum saya nak tanya ada tak gambar baju tradisional dan makanan suku kaum sungai pitas sabah??? dan muzik tradisional mereka??

  4. Assalamualaikum…saya anak jati dumpas,ingin respon daripada pengkaji tentang meletakkan perkataan ‘dusun dumpas” dalam arikel di atas…agak konfius bagi saya bagaimana perkataan dusun itu di letakkan bersama perkataan dumpas sedangkan dalam konteks gambar itu sepatutnya diletakan “tarian Sowan” yang selalunya di tarikan masa perkahwinan suku kaum dumpas di jalankan…

    • Wslam, saya memang tak kisah pasal tarian, yg penting org tahu pakaian dusun dumpas tu mcmmana gayaanya, nama dusun dumpas tu ada pada papan tanda di situ, oleh itu sy menyangka mrk juga termasuk dlm golongan dusun,klu ikut Wikipedia, dumpas termasuk dlm kalangan dusun, minta maaf klu saya tersilap, terima kasih dgn info….

  5. Terima kasih banyak2.Info-info dan gambar-gambar ni sememangnya sangat membantu.Lagi satu,saya mau minta izin untuk copy sesetengah gambar tersebut.Terima kasih ya..God bless.=)

  6. assalamualaikum. boleh tak saya nak tahu lebih lagi bekaitan permakian ni contohnya warna tu apa fungsi nya,aksesori dia utuk apa, kepelbagian dia, kesenian dia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s