Buku Siri Sejarah Penjajahan Tanah Melayu ini merupakan sebuah set buku yang menyenaraikan empat buah negara yang pernah menjajah Tanah Melayu dengan menceritakan detik-detik semasa proses penjajahan dan selepas penjajahan. Ia merangkumi latar belakang pentadbiran Tanah Melayu sebelum dijajah negara-negara tersebut dan serba sedikit mengenai negara penjajah. Negara-negara tersebut ialah Portugis, Belanda, British, dan Jepun.

Tujuan buku ini ditulis agar generasi kini terutama para pelajar sekolah menengah mengetahui tentang detik-detik pahit pada era penjajahan yang mengubah landskap politik negara. Dengan menghayati kesan negatif di sebalik penjajahan diharapkan generasi muda akan menjadi individu yang cemerlang dan seterusnya berbakti kepada bangsa dan negara untuk menutup peluang negara ini yang telah merdeka akan dijajah semula meskipun penjajahan minda dan pemikiran.

Buku ini adalah sesuai untuk bacaan sekolah menengah yang dihiasi dengan gambar-gambar bagi memudahkan para pelajar memahami plot detik berlakunya penjajahan di Tanah Melayu. Ia diharapkan menghilangkan tanggapan buruk pelajar bahawa belajar sejarah adalah sesuatu yang membosankan. Buku ini secara tidak langsung memberi pengetahuan bahawa kepentingan perpaduan kepada semua kaum di Malaysia di mana apabila negara kita kucar-kacir dan tidak bersatu maka ia memudahkan kuasa asing memasukinya dan menguasai negara kita.

Penerbit: Mega Publications
Tahun: 2012

About these ads