Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.

Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.

Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas.

Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu.

Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang. Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan.

Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.

Berikut adalah jenis-jenis tanjak yang dapat saya paparkan daripada himpunan Encik Mohd Yatim Mustapha di Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, hendaklah terus menghubungi beliau di talian

017-5176530.

Contoh-contoh tanjak pengantin moden.

Jenis-jenis tanjak yang sering digunakan oleh pengantin pada masa ini ialah Dendam Tak Sudah, walaupun terdapat beberapa jenis lain, namun nampaknya banyak kedai-kedai pengantin menawarkan jenis yang sama.

Jika diamati, tanjak-tanjak lain lebih menarik berbanding Dendam Tak Sudah yang sudah amat biasa sekali.

Nota: Diharap pengantin-pengantin di atas ini tiada masalah wajah mereka dipaparkan, ia hanya untuk pendidikan semata-mata.
Rujukan

Teks: http://resam-melayu.com/2009/12/tanjak-warisan-melayu.html

About these ads