Isu-isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran

Sejarah Pemikiran

Buku sumbangsih ini adalah dihasilkan untuk Dr. Abdul Rahman Bin Abdullah yang telah bersara pada bulan Julai 2007 dari Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM, Pulau Pinang. Dr. Abdul Rahman dilahirkan pada 30 Julai 1951 dan merupakan anak kelahiran negeri Jelapang Padi, Kedah Darul Iman. Beliau memulakan perkhidmatannya sebagai pensyarah sejarah di PPPJJ, USM pada tahun 1984. Sebelum memulakan perkhidmatannya di USM, Dr. Abdul Rahman merupakan bekas guru lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim. Kemudiannya, beliau melanjutkan pelajarannya di USM di peringkat ijazah sarjana muda dan ijazah sarjana sehinggalah ke peringkat doktor falsafah di UKM. Bidang yang menjadi pengkhususan dan minat beliau ialah Sejarah Pemikiran dan Falsafah di Asia Tenggara. Dr. Abdul Rahman merupakan seorang pensyarah sejarah yang dikagumi dan diiktiraf kepakarannya bukan sahaja oleh rakan sejawatnya daripada bidang sejarah tetapi juga oleh rakan sejawat daripada disiplin-disiplin lain. Beliau telah menghasilkan buku-buku akademik terutamanya dalam bidang sejarah yang setakat ini berjumlah sebanyak 22 buah buku. Kecintaan beliau terhada ilmu mendorong beliau untuk terus meneroka bidang ilmu tanpa jemu. Beliau memetik kata-kata Imam Syafie bahawa “Antara nikmat hidup ialah apabila mengetahui benda-benda yang baharu dalam kehidupan ini”. Artikel-artikel yang disumbangkan untuk menghasilkan buku ini adalah hasil inisiatif rakan sejawat dari Program Sejarah PPPJJ, USM dan juga bekas anak murid didikan beliau yang kini merupakan pensyarah di beberapa IPTA tempatan selain sebuah artikel daripada gurunya sendiri iaitu Dr. Fadhlullah Jamil.

Editor: Dr. Azlizan Mat Enh
Harga: RM40.00
ISBN: 978-985-195-491-1
Halaman: 392

Advertisement

4 thoughts on “Isu-isu Terpilih dalam Sejarah Pemikiran

  1. assalamualaikum w.b.t.

    salam perkenalan dari sy, Aisyah Ngadiran, pelajar Master Usuluddin di UM.Di sini saya tertarik dgn blog DR mengenai Islam & sejarah.Ini kerana penyelidikan saya adalah berkaitan bidang tersebut.Tambah menarik lagi saya memang amat mengkagumi karya2 Dr Abdul Rahman Abdullah dan jika berpeluang ingin menemui beliau untuk mengukuhkan lagi kefahaman mengenai kajian saya. Jika tidak keberatan,sy ingin meminta jasa baik DR supaya sy boleh menghubungi beliau.Sekian..=)

  2. sy berhajat utk mendapatkan buku2 karya dr abdul rahman ..mohon bantuan utk dptkan koleksi buku2nya .. no hp saya 0192754924, hakimee abdullah

Leave a Reply to ab hakimee abdullah Cancel reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s