Perang Bendahara Pahang

Perang Bendahara

Pemerhatian kepada hampir semua buku-buku sejarah karangan ahli-ahli akademik dan sejarawan tentang peristiwa Perang Saudara Pahang atau Perang Bendahara Pahang yang berlaku antara tahun 1857-1863 dapat membawa kepada suatu kesimpulan. Kebanyakan daripada data dan fakta mengenai peristiwa tersebut diambil terus daripada satu sumber primer, iaitu sebuah manuskrip tempatan bertajuk Hikayat Pahang. Perkara ini tidaklah menghairankan kerana Hikayat Pahang merupakan satu-satunya sumber tunggal pribumi yang mencakupi era tersebut dengan segala perincian sejarahnya. Malangnya manuskrip tersebut terkandung beberapa kecacatan dasar atau akar umbinya yang menyebabkan isu-isu utama yang diketengahkan menjadi jauh terseleweng daripada peristiwa sebenar yang berlaku. Walaupun Hikayat Pahang diakui banyak memberikan sumbangan dalam bentuk perincian data mengenai titik bengik yang berkaitan dengan proses peperangan itu sendiri, bagaimanapun pengkisahannya mengenai latar belakang politik istana serta campur tangan orang luar, khususnya pihak British yang banyak mewarnai peristiwa Perang Saudara Pahang tersebut sama ada menyeleweng dari fakta sebenar, diremeh-temehkan atau disenyapkan terus. Beberapa perkara pokok seperti isu surat wasiat Bendahara Tun Ali, kesan daripada jatuhnya empayar Johor kepada kerajaan Bendahara di Pahang, peranan Tun Mutahir sebagai Bendahara Johor dan Raja Pahang, fakta di sebalik peristiwa pemberontakan dan pembunuhan anak Maharaja Perba, perlanggaran adat Raja-raja Melayu, dan sebagainya juga mengalami nasib& yang sama. Sebagai satu-satunya sumber tunggal pribumi yang memperihalkan data-data terperinci mengenai Perang Bendahara Pahang, manuskrip Hikayat Pahang mendapat advantage yang besar sebagai sumber rujukan primer utama kepada para sejarawan dan ahli akademik yang membuat pengkajian serta penulisan mengenai peristiwa tersebut. Apatah lagi Perang Bendahara Pahang mempunyai kepentingan dan nilai yang tinggi dari sudut sejarah kerana kesan daripada peristiwa tersebut telah membawa kepada era pemerintahan sultan-sultan Pahang daripada keturunan bendahara, bermula dengan Sultan Ahmad Muadzam Shah I (1882-1914) dan berlanjutan sehingga ke hari ini. Kegagalan ketara kepengarangan Hikayat Pahang dalam menelusi latar belakang politik Perang Bendahara Pahang secara tepat dan neutral seharusnya menjatuhkan nilainya sebagai sumber primer bagi pensejarahan negeri Pahang (dalam era berlakunya kejadian itu) dari perspektif tersebut. Apatah lagi penulisannya yang jelas diketahui bersifat prejudis dan berat harus diambil sebagai isyarat untuk dibuat perbandingan dengan sumber-sumber primer yang lain, sama ada bagi mengesahkan kebenarannya ataupun membatalkan mana-mana data yang terbukti menyeleweng yang dipeloporkan dalam penulisan manuskrip tersebut. Buku ini ditulis dengan matlamat mengupas pensejarahan perang saudara di Pahang dari perspektif hubung kaitnya dengan agenda British untuk menghapuskan peranan dan apa jua ;legasi institusi bendahara warisan Melayu Melaka sebagai sebahagian dari landskap ‘Orde Melayu Lama’ (tradisional) demi melaksanakan cita-cita British mengenalkan pemerintahan bercorak sekular di Semenanjung Tanah Melayu.
ISBN 978 983 195 282 5
Tahun: 2007
Hlm:284
Saiz: 7” X 10”
Harga: RM 32.00

Advertisement

One thought on “Perang Bendahara Pahang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s