Siri Kenali Perdana Menteri Malaysia ini mempunyai enam buah selaras dengan enam orang Perdana Menteri yang memaparkan aspek asas tentang biodata, keluarga, dan karier selain sumbangan keenam-enam Perdana Menteri Malaysia baik dalam politik negara, mahupun dalam parti. Buku ini dipersembahkan dalam bentuk bergambar untuk lebih menarik dan memudahkan pemahaman pembaca. Tujuan buku ini diterbitkan untuk menyediakan bahan bacaan tambahan yang berkualiti dan penuh maklumat kepada pelajar selain mengingatkan para pelajar tentang siapa dan sumbangan para Perdana Menteri Malaysia dari yang pertama hingga kini. Sumbangan mereka tersebut tidak harus dilupakan begitu sahaja malah perlu dicontohi agar mampu mendidik generasi muda bersemangat untuk menjadi individu yang cemerlang dari segala aspek kehidupan.
Penulis: Maruwiah Ahmat
ISBN SET: 978 983 3537 81 5
HARGA: RM290 PERSET