Penulis: Salmah Omar
ISBN 978 983 195 409 6
Tahun: 2009
Hlm: 256
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM20.00
Andalus Semarak Tamadun di Eropah
Andalus merupakan satu-satunya wilayah pemerintahan Islam yang terletak di benua Eropah. Kemunculannya sebagai pusat intelektual Islam pada Zaman Pertengahan. Tamadun Islam Andalus melahirkan ramai sarjana Islam yang pakar dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan termasuklah bidang sains tulen dan falsafah. Namun, fenomena yang berlaku pada hari ini menggambarkan seolah-olah tradisi keilmuan itu datangnya dari tamadun Barat. Sumbangan sarjana Islam Andalus dan Timur pada Zaman Pertengahan tidak ditonjolkan dan terus dinafikan peranannya. Menyedari akan hakikat inilah, maka melalui penulisan ini penulis akan menonjolkan kembali kegemilangan tamadun Islam Andalus dengan tumpuan kepada peranannya sebagai pusat pengaliran ilmu dari tamadun Islam ke Eropah pada abad ke-10 M hingga 13 M.