Buku ini cuba memaparkan perjuangan bangsa Melayu yang bersandarkan kepada nasionalisme Melayu Raya. Nasionalis yang berpegang kepada faham ini bercita-cita menyatukan semua umat Melayu di Nusantara di bawah satu entiti politik. Sejarah silam Alam Melayu dijadikan pedoman dan penggerak dalam menghadapi penjajahan Barat. Perjuangan nasionalisme Melayu Raya sering dikaitkan dengan golongan radikal seperti KMM, PKMM, AWAS dan sebagainya. Fahaman ini digarap oleh tokoh-tokoh politik seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin, yang kemudiannya dimanifestasikan pula dalam bentuk perjuangan politik. Tokoh-tokoh radikal ini telah menghadapi pelbagai rintangan dalam mencapai impian. Selepas era kemerdekaan, istilah Melayu Raya sebagai agenda politik semakin pudar dan terus lenyap beberapa dekad selepas itu. Konsep gagasan Melayu Raya hanya relevan dalam konteks bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Hubungan negara-negara di Nusantara dalam konteks ini boleh dilihat melalui program-program kerjasama, konvensyen, seminar dan sebagainya.
Kandungan
BAB 1 SEJARAH INTELEKTUAL DAN PERMASALAHAN NASIONALISME (PENGENALAN RINGKAS)
1.1 Sejarah Intelektual (Intellectual History)
1.2 Permasalahan Nasionalisme 14
1.3 Aliran-aliran Nasionalisme 15
BAB 2 LATAR BELAKANG PENGARUH
2.1 Pengenalan 20
2.2 Pengaruh Politik Indonesia 20
2.3 Pengaruh Kesusasteraan Indonesia 50
2.4 Muhammad Yamin dan Sumpah Pemuda 1928 63
2.5 Jose Rizal dan Gagasan Melayu Raya 72
BAB 3 PERTUMBUHAN GAGASAN MELAYU RAYA
3.1 Pengenalan 78
3.2 Sultan Idris Training College (SITC) 78
3.3 Cikgu Abdul Hadi Haji Hassan dan Gagasan Melayu Raya 88
3.4 Cikgu Harun Muhammad Amin dan Gagasan Melayu Raya 94
3.5 Buyong Adil dan Penulisan Sejarah Alam Melayu 104
BAB 4 PERKEMBANGAN GAGASAN NASIONALISME MELAYU RAYA: SEBELUM PERANG
4.1 Pengenalan 110
4.2 Kesatuan Melayu Muda (KMM) 110
4.3 Perjuangan Ibrahim Yaakob di Tanah Melayu 121
4.4 Pemikiran Ibrahim Haji Yaakob 131
BAB 5 PERKEMBANGAN GAGASAN NASIONALISME MELAYU RAYA: SELEPAS PERANG
5.1 Pengenalan 175
5.2 Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) 175
5.3 Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) 183
5.4 Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Parti Islam Se-Malaya (PAS) 198
5.5 Ahmad Boestamam dan Parti Rakyat Malaya (PRM) 213
5.6 Perjuangan Ibrahim Haji Yaakob di Indonesia 225
BAB 6 PENERUSAN SEMANGAT MELAYU RAYA
6.1 Pengenalan 241
6.2 Kerjasama Politik 242
6.3 Kerjasama Bahasa 247
6.4 Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) 256
6.5 Badan-badan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan di Negara-negara Lain di Nusantara 266
6.6 Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) 272
BAB 7 GAGASAN MELAYU RAYA
7.1 Gagasan Melayu Raya: Antara Impian dan Realiti 285
7.2 Kesimpulan 292
BIBLIOGRAFI 295
Pen: Roslan Saadon
ISBN 978 983 195 403 4
Tahun: 2009
Hlm: 340
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM 25.00