Buku ini membicarakan persoalan berkaitan Islam di Tanah Melayu pada abad ke-19. Secara umumnya, masyarakat kita melihat Tanah Melayu pada abad ke-19 sering dikaitkan dengan penjajahan British. Bermula dengan perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874, pelbagai cara dilakukan imperialis tersebut dalam usaha memenangi hati orang Melayu supaya menerima dan menyokong kehadiran mereka. Polisi tidak mencampuri urusan agama dan adat istiadat Melayu ternyata menjadi ‘pemanis mulut’ untuk kuasa tersebut melebarkan pengaruh dan kekuasaannya. Pihak yang berkuasa menerima polisi tersebut dan tanpa disedari kekuasaan British sudah meluas sehingga semua kawasan di Semenanjung Tanah Melayu. Melalui penjajahan itu aspek-aspek penting perkembangan Islam seperti pendidikan, ekonomi dan perundangan Islam yang sedang meningkat maju menjadi tergugat dan merosot. Buku ini juga memaparkan aspek-aspek utama perkembangan Islam di Tanah Melayu pada abad ke-19.
Peny: Farid Mat Zain
ISBN 978 983 195 305 1
Tahun: 2007
Hlm: 228
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM19.80