Asia Tenggara terletak di kawasan yang sangat strategik yang menjadi jambatan antara Benua Asia di utara dan Benua Australia di selatan, penghubung antara Lautan Pasifik di timur dan Lautan Hindi di barat. Asia Tenggara adalah sebenar-benarnya penghubung Timur-Barat. Itulah sebabnya dalam sejarah kita dapati, bahawa Asia Tenggara sangat diminati oleh semua suku bangsa di dunia, yang menyebabkan Asia Tenggara dijajah oleh bangsa-bangsa Barat selama berabad-abad lamanya. Dari aspek geo-politik, geo-strategis dan geo-ekonomi maka Asia Tenggara memanglah merupakan kawasan yang teramat penting, baik pada masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Buku ini dimulakan dengan pengenalan secara umum tentang Islam di Asia Tenggara, kemudian secara lebih terperinci diikuti dengan huraian Sejarah dan Tamadun Islam di masing-masing sepuluh negara Asia Tenggara.
Pen: Saifullah Mohd Sawi / Samsu Adabi Mamat
ISBN 978 983 195 420 1
Tahun: 2009
Hlm: 198
Saiz: 7” X 10”
Harga: RM25.00