Sejarah Masih Relevan

Sejarah Relevan

Sejarah sering dianggap suatu subjek yang tidak mempunyai nilai komersil. Ramai yang lupa bahawa sejarah merupakan kajian tentang masa lampau yang meliputi semua aktiviti manusia yang relevan bagi masa kini dan masa akan datang. Sejarah penting kepada individu, keluarga, institusi, negara dan hubungan antarabangsa. Harus diingat bahawa tanpa memahami masa lampau, kita tidak dapat memahami masa sekarang dan tanpa memahami masa kini kita tidak dapat menentukan masa akan datang. Kemampuan sejarah untuk menggunakan pengalaman masa lampau bagi memberi petunjuk kepada masa depan dan menggunakan masa kini untuk menjelaskan masa lampau menyebabkan sejarah amat berguna dalam semua disiplin akademik. Buku ini merupakan satu koleksi kertas kerja yang meliputi bidang politik, ekonomi dan sosial negara Malaysia dan dunia. Ia sesuai untuk dijadikan rujukan kepada para pelajar yang mengikuti mata pelajaran Sejarah sama ada di peringkat sekolah, maktab, kolej dan universiti. Buku ini juga sesuai dijadikan bahan bacaan umum untuk menambahkan lagi kefahaman sejarah dalam kalangan pembaca.

Peny: Sivachandralingam et al.
ISBN 978 983 195 367 9
Tahun: 2008
Hlm: 398
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM30.00

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s