
Penjajahan Portugis
Peristiwa penjajahan orang Portugis dan Sepanyol ke Asia Tenggara telah lama berlalu. Kebanyakan ahli sejarah menyatakan faktor yang menyebabkan mereka menjajah ialah kerana mahu menguasai perdagangan iaitu untuk menguasai perdagangan rempah di Asia Tenggara yang dikuasai oleh orang Islam dari Arab dan Gujerat pada abad ke 14 hingga ke 15 Masihi. Buku ini cuba menyingkap semula sejauhmana kebenaran tanggapan bahawa rempah atau faktor ekonomi adalah faktor pendorong bagi Portugis dan Sepanyol untuk menakluk negara-negara di Asia Tenggara. Adakah mereka mempunyai motif lain yang tersendiri? Bagaimana pula kaitannya dengan slogan God, Gold and Glory (3G) sebagai motto kepada ekspedisi penjajahan mereka?
Buku ini cuba menyingkap sejelas mungkin faktor-faktor tersebut dan sejarah yang berkaitan dengannya. Penulis juga memasukkan mengenai peristiwa penjajahan Melaka, penjajahan Filipina, kesan kesan penjajahan kedua-dua kuasa Barat ini di Asia Tenggara sama ada dari segi fizikal lebih-lebih lagi kerohanian dan menganalisis pendapat-pendapat sejarawan tempatan yang mengatakan tujuan kedatangan mereka adalah sebab utamanya kerana faktor ekonomi atau perdagangan.
Pen: Maruwiah Ahmat
ISBN 983 195 089 5
Tahun: 2006
Hlm: 214
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM19.80
Like this:
Like Loading...
Related
macam mn nk dapatkan buka ni ?
like it