APRIL FOOL’S DAY & VALENTINE’S DAY

April Fool’s Day

Perayaan April Fool’s Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Andalus. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Andalus terpaksa berlindung di dalam rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan usaha untuk menghapuskan orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Islam ini diberitahu bahawa mereka boleh belayar keluar dari Andalus dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. Orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu helah semata-mata telah pergi meninjau ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya pada 1 April, mereka mengambi semua barangan keperluan masing-masing lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah-rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar ketika mereka dalam perjalanan. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh semuanya termasuk perempuan dan anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Andalus (Sepanyol) tetapi juga di serata dunia. Apa yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool’s Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seagama mereka sendiri.1

Valentine’s Day

Valentine adalah nama seorang paderi iaitu Pedro St. Valentino. 14 Februari 1492 adalah hari kejatuhan Kerajaan Islam Andalus sepenuhnya apabila Granada yang dikuasai oleh Bani Ahmar jatuh ke tangan Kristian. Paderi tersebut mengumumkan hari tersebut sebagai hari ‘kasih sayang’ kerana padanya Islam adalah sebuah kerajaan yang zalim yang mendiskriminasi bangsa Barbar dan penganut Kristian. Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.2

Menurut pensyarah Perbadingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk dalam kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi. Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekali gus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova. Sehingga ke hari ini, peristiwa kemenangan St. Valentino tersebut terus diingati dan rakyat Cordova mengingatinya semula dengan melakonkan semula kejayaan tentera Cordova Ratu Isabella itu.

Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu. Ini terus menimbulkan kegemparan dalam kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan, apatah lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang ditujukan khas untuk St. Valentino sendiri.3 Valentine’s Day juga adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan ‘supercalis’ bangsa Rumawi kuno di mana setelah mereka masuk Agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine. Penerimaan upacara kematian St. Valentine sebagai ‘hari kasih sayang’ juga dikaitkan dengan kepercayaan orang Eropah bahawa waktu ‘kasih sayang’ itu mulai bersemi bagai burung jantan dan betina’ pada tanggal 14 Februari. Dalam bahasa Perancis Normandia, pada abad pertengahan terdapat kata ‘galentine’ yang bererti ‘galant’ atau ‘cinta’. Persamaan bunyi antara galentine dan valentine menyebabkan orang berfikir bahawa seelok-eloknya para pemuda mencari pasangan hidupnya hendaklah pada 14 Februari. Manusia pada zaman sekarang tidak lagi mengetahui dengan jelas asal-usul hari Valentine. Pada zaman sekarang ini orang mengenal dan menyambut Valentine dengan menghantar kad ucapan, pesta persaudaraan, bertukar-tukar memberi hadiah dan sebagainya tanpa ingin mengetahui latar belakang sejarahnya lebih dari 1700 tahun yang lalu.4 Ini tidak terkecuali kepada masyarakat Islam. Orang Islam tidak sepatutnya meletakkan hari Valentine sebagai hari berkasih sayang, kerana dalam Islam hari berkasih sayang adalah sepanjang hari dan sepanjang tahun. Adanya galakan Islam untuk kunjung-mengunjung dan memberi hadiah (atau buah tangan) semasa musim perayaan atau menyambut majlis tertentu terutamanya bolehlah diambil kira sebagai hari berkasih sayang, selain hari-hari lainnya.

Nota hujung
1 Diambil daripada Risalah Fikrah; lihat juga lrum Sarfaraz, Nothing Funny About 1st April. dlm www.islamiccenterofpeoria.org/artic1e5.html; Zubair Musba, April Fool Celebration, Islamic Youth Movement dlm http://www.islamicyouthmovement.20m.com/articengl april; http://mindarakyat2. tripod.coml i2000_0334.htm
2 muzakarah.tripod.coml valentine2.html
3 http://www.geocities.com/CollegePark/Union/ 26411/valentine.html
4 http://tanbihul_ghafilin.tripod.com/valentineday.htm

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s