AKTIVITI PENERJEMAHAN DARI ISLAM KE EROPAH, SEJAUH MANA IMPAKNYA

 

Telah diketahui dalam sejarah, kejayaan dan tamadun Eropah selepas abad pertengahan adalah bersumberkan tamadun Islam yang telah maju lebih dahulu daripada mereka. Bagaimanakah ini terjadi? Selain faktor penghijrahan orang Islam dan Mozarab ke Eropah, dan hubungan diplomatik dan perdagangan, faktor yang paling penting ialah giatnya aktiviti penerjemahan buku-buku Islam ke bahasa-bahasa Eropah terutama bahasa Latin.

Semasa kerajaan Islam bertapak di Andalus, para Amir dan Khalifah juga menggalakkan kegiatan penterjemahan untuk digunakan dalam negara. Sokongan kewangan diberikan kepada usaha-usaha menerjemah buku-buku dari bahasa Latin, Greek dan lain-lain ke bahasa Arab.1

Setelah kawasan-kawasan Islam di Andalus ditawan oleh Kristian mereka pula menerjemahkan karya-karya terutama karya asli orang Arab ke bahasa Latin raja-raja mereka menggalakkan supaya membuat pengajian dan penelitian terhadap karya-karya Islam yang berjaya mereka rampas. Mereka juga turut mengasaskan sekolah dan universiti khusus untuk menerjemahkan karya-karya Arab ke bahasa Latin dan juga menyediakan pendidikan Arab Latin kepada masyarakat Kristian, Sekolah Arab-Latin di Toledo dan Seville telah memainkan peranan penting dalam pengaliran tamadun ilmu pengetahuan Islam ke Eropah.

Toledo yang ditawan oleh Alfonso VI dari Castile pada tahun 477 H/1085 M telah dijadikan sebagai pusat penerjemahan hasil karya ;Islam ke bahasa-bahasa Eropah. Pada umumnya orang Yahudi di Toledo fasih berbahasa Arab dan juga Latin atau Roman. Golongan inilah yang banyak berperanan menerjemahkan buku-buku Arab ke bahasa Latin. Di samping itu Salomon ben Gabriel dan Moses ben Maimon merupakan sarjana dan ahli falsafah mereka yang terkenal.2

Orang Kristian di Andalus sendiri telah menyedari kelebihan orang Islam. Raja Kristian, Alfonso the Great dan Alfonso the Wise telah banyak membuat sumbangan terhadap perkembangan intelektual antara orang Kristian dengan Islam, Alfonso VII pula telah menubuhkan sebuah institusi penerjemahan di Toledo pada tahun 523 H/1130 M. Institusi ini telah mengikut contoh Bayt al-Hikrnah yang dibina di Baghdad beberapa ratus tahun sebelumnya oleh orang Islam. Hasil usaha ahli penerjemah di pusat ini telah membolehkan bahasa Latin dalam bidang astronomi, matematik, falsafah, kedoktoran, kimia dan botani sehinggalah kurun ke 7 H/13 M.3

Antara para sarjana Kristian yang berrninat dalam proses pemindahan ilmu ini ialah Dominicus Gondisalvi, Hugh dari Satella, Petrus Alfose, John Seville, Savasonda dan Abrahan Ezra. Mereka telah menjejaki dan menerjemahkan karya para sarjana Islam di Barcelona, Tarragona, Segovia, Leon, Pamplona dan di kawasan selatan Perancis seperti Tolouse, Baziers, Harbone serta Marseiles. Tetapi pusat yang terpenting sekali masih lagi di Toledo. Mereka telah mendapat sokongan, galakan dan bantuan dari golongan intelektual agama khususnya Reymond Archbishop di Toledo dan Micheal Scot, bishop di Tarragona.4

Pada pertengahan kedua kurun ke 6 H/12 M, penemuan karya terjemahan daripada bahasa Arab ke Latin yang paling banyak sekali diusahakan oleh Gerard dari Carmona m. ke 5 H/11 M). Beliau telah menerjemahkan lebih 70 buah buku Arab ke bahasa Latin. Buku-buku ini meliputi bidang ilmu seperti matematik, astronomi, geografi, perubatan dan lain-lain. Boleh dikatakan lebih banyak ilmu sarnpai ke Eropah melalui usaha Gerard dari yang lain. Antara buku yang beliau terjemahkan ialah Almagest versi Arab karangan Ptolemy yang merupakan karya penting mengenai atronorni. Beliau juga menerjemahkan Kitab al-Qanun fi al- Tib karya Ibn Sina, Appolonius mengenai optalmologi, karya-karya perubatan Gallen dan Hippocrates, Kitab al-Tasrifkarangan al-Zahrawi dan lain-lain. Semua kitab yang diterjemahkan ini berasal daripada teks Arab.5

Perlu diingatkan bahawa Eropah tidak boleh memahami falsafah Yunani kecuali menerusi ilmu pengetahuan Islam, ini kerana kitab-kitab falsafah seperti karangan Plato dan Aristotle yang berbahasa Latin tidak pernah diterjemahkan terus ke bahasa Eropah yang lain melainkan orang Eropah mengambilnya dari terjemahan orang Arab yang telah ditambah oleh penulisan-penulisan ulama Islam.6 Sebagai contoh Michael Scot dari Scotland (m. 650 H/1253 M) telah banyak membuat ulasan mengenai hasil-hasil karya falsafah Aristotle yang dibuat oleh sarjana-sarjana Islam dan hasil-hasil karya Abu Ishaq al-Bitruji telah beliau terjemahkan ke bahasa Latin. Beliau juga menerjemah ulasan Ibn Rushd mengenai De Code et Munde karya Aristotle dan lain-lain lagi. Beliau juga dikatakan seorang daripada pengasas aliran falsafah Ibn Rushd di Barat.7

Montpellier dan diikuti oleh Paris, muncul sebagai pusat pengajian ilmu pengetahuan yang terkenal di Eropah. Bahasa Arab dijadikan mata pelajaran di beberapa buah universiti di Eropah seperti Toledo, Narbonne, Neples, Bologne dan Paris. Hasil-hasil karya sarjana agung Islam di pelbagai bidang telah diterjemahkan ke bahasa Latin dijadikan bahan teks utama sehingga abad ke-16 M. Abad berikut barulah pengaruh bahasa Raab berkurangan setelah sarjana-sarjana Barat seperti Copernicus, Vesalius, Micheal Servetus, Nocolaus Messa, Galileo Galilei dan lain-lain lagi membawa arah baru.8

Kesan tamadun dan kebudayaan Islam ke atas Barat telah banyak dibuktikan. Contohnya dalam abad ke-12 H/18 M, Jesuir Juan Andres dalam bukunya bertajuk Origin, Progress and Present State of World Literature mengenengahkan pelbagai elemen Arab-Islam yang terdapat dalam kesusasteraan Eropah.9 Dalam abad ke 19 M, Sarton seorang sarjana Barat telah mendedahkan sumbangan tamadun Barat. Demikian juga hasil-hasil karya Asin Palacias, Ribera, Gonzales Palencia, Farmer, Nykl dan lain-lain yang telah membincangkan pelbagai aspek pengaruh kebudayaan Arab-Islam ke atas Eropah.10

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa Kristian Eropah banyak terhutang budi kepada umat Islam, khususnya sarjana-sarjana Islam Andalus dalam bidang perkembangan intelektual dan kebudayaan. Ini kerana Andalus menjadi pusat tumpuan mereka untuk mencari dan mendalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan.

KEBANGKITAN TAMADUN EROPAH

Setelah kejayaan Islam di Andalus bermula dari 93 H/711 M sehngga abad ke 6 H/11 M, Eropah mula belajar dari faktor-faktor kemajuan Islam untuk membuat sebarang modernisasi dalam negara mereka sendiri. Apabila kerajaan Islam mula mengalami zaman kemunduran dan kemerosotan, negara-negara Eropah mahu mengejar pelbagai kemajuan dalam bidang politik, ekonomi dan sosial. Setelah negara Islam jatuh mereka mengambil segala ilmu-ilmu Islam dan seterusnya memindahkan ke Eropah. Di bawah pemerintahan Bani Umayyah umat Islam telah membina institusi pengajian dan sistem pelajaran yang terbaik di seluruh dunia dan ramai penuntut Eropah mengunjungi universiti-universiti Islam di Andalus.11

Henry Grady Weaver dalam bukunya The Mainspring of Human Progresssemasa membincangkan tentang sumbangan umat Islam di Andalus (yang juga dikenali sebagai Saracen di Eropah) kepada kebangkitan Eropah di bawah tajuk ‘Contributions of the Saracens’ berkata:

“Buku-buku teks sekolah menekankan kepada sejarah Eropah silam dan moden tetapi tidak menegaskan sejarah semasa Eropah beku dalam zaman kegelapannya. Dunia sebenarnya sudah bersinar dengan suatu tamadun yang lebih hampir kepada apa yang terdapat di Amerika kini. Tiga puluh generasi manusia yang menaruh keyakinan kepada kebebasan individu telah mewujudkan tamadun itu dan berterusan selama 800 tahun.

Di padang pasir, gunung-gunung dan di lembah sungai yang subur dari Ganges ke Atlantik, orang ini meliputi semua bangsa, warna dan kelas yang dahulunya daripada pelbagai agama, budaya dan empayar kerajaan) yang terdahulu. Golongan ini terdiri daripada orang yang menganut agama Buddha, Kristian, Islam, Hindu, Yahudi dan berbangsa Mongol, Parsi, Medes, Arab, Yunani, Mesir, Phoenica, Mitti, Afrika dan ratusan keturunan bangsa lagi yang wujud sebelum permulaan sejarah bertulis.

Tidak ada satu nama yang wajar diberi kepada golongan ini, Penduduk Eropah yang bencikan mereka menamakan mereka sebagai Saracen. Rekod-rekod mengenai Saracen yang dibenci ini banyak diputarbelitkan mereka mempunyai tamadun selama 800 tahun, institusi-institusi, kaedah-kaedah, cara hidup mereka semuanya terpendam dalam bahasa perhubungan mereka iaitu Arab. Oleh kerana sejarawan-sejarawan Amerika berfikiran sama seperti orang Eropah, kita hanya mengetahui sedikit sahaja mengenai dunia Saracen yang dilihat melalui fahaman Eropah yang salah dan kebencian yang bermula dari zaman Peperangan Salib. Disebabkan pandangan prejudis yang mendalam ini maka untuk memberi keadilan adalah wajar diubah gambaran ini dengan mengutarakannya melalui perspektif Saracen. Dunia kini sangat terhutang kepada Saracen dalam bidang sains, matematik, astronomi, ilmu pelayaran, perubatan moden, pembedahan, pertanian saintifik dan pengaruhnya yang menuju kepada penemuan dan penjelajahan Amerika. Dalam dunia Saracen, tidak ada kuasa yang menekan saintis-saintis, tidak ada polis mengacau mereka dan tidak ada kerajaan yang menjaga mereka. Sekolah-sekolah yang dibuka dari Baghdad ke Granada banyak dikunjungi oleh penuntut-penuntut. Ada di antara sekolah-sekolah tersebut menjadi universiti-universiti yang terkenal, dan selama ratusan tahun mereka terus berkembang. Organisasi formal tidak wujud bagi universiti-universiti Saracen. Muhammad berpendapat bahawa terlampau banyak organisasi akan membawa kepada rasuah. Peraturan-peraturannya sedikit. Tidak ada program yang standard, tidak ada kurikulum biasa, tidak ada peperiksaaan. Untuk menghindarkan idea bahawa pendidikan akhir dengan penganugerahan ijazah, sekolah-sekolah Saracen tidak memberi diploma atau ijazah. Ia bukannya institusi untuk mengajar tetapi belajar. Penuntut-penuntut belajar untuk mendapat ilmu seperti mana penduduk Amerika pergi ke kedai runcit untuk membeli makanan. Kelas-kelas diadakan secara terbuka. Sesiapa yang mahu mencari ilmu boleh duduk dan mendengar. Jika dia memilih untuk belajar dia akan memilih guru dan berbincang secara peribadi dengannya apa yang hendak dipelajari dan bayarannya dipersetujui. Jjka sekiranya selepas masuk kelas, murid berasa dia tidak dapat ilmu yang dicarinya, dia berhenti membayar guru itu dan pergi ke guru yang lain atau universiti yang lain. Apabila selesai pelajaran yang diperlukan, dia berhenti sekolah dan menguji ilmu barunya secara praktikal.

Selama 800 tahun, sekolah-sekolah Saracen dan universiti-unversitinya berjalan atas prinsip kebebasan, berdasarkan perjanjian sukarela antara guru dan murid. Mereka menawarkan semua ilmu pengetahuan yang lalu dengan penekanan khas kepada ilmu sains. Satu daripada keistimewaan sifat-sifat Saracen ialah kebolehan mereka untuk memanfaatkan pengalaman orang lain. Mereka mengkaji karya-karya Aristotle, Galen dan Euclid. Mereka menumpukan perhatian kepada penemuan-penemuan silam dan teknik Yunani, China, Romawi dan selalu berusaha mencari cara untuk memperbaikinya. Umpamanya mengenai angka-angka bilangan. Angka-angka yang anda dapat dalam mesin kira atau angka-angka di barisan atasan kunci-kunci mesin taip atau di muka surat buku dikenali sebagai angka Arab. Sungguhpun disampaikan kepada kita oleh Arab Saracen yang sebenarnya angka-angka kita ini berasal dari bahasa Hindu. Bangsa Yunani dan Roman telah melihat simbol-simbol Hindu di India tetapi masih terus bergantung kepada angka-angka Romawi yang sukar untuk perkiraan campur, tolak, dan darab dengan menggunakan bola-bola kecil di atas wayar seperti yang masih dilakukan oleh orang China sedangkan orang Saracen telah mengambil angka Hindu yang mudah tetapi kemudiannya membuat perubahan yang membina. Jelas, apabila manusia diberi kebebasan mereka akan mencari cara-cara bagi memudahkan kerja.

Sumbangan Saracen yang tidak ;kurang nilainya kepada tamadun moden kita ialah daya pemikiran yang bebas. Mereka yang pada pertama sekali memahami konsep matematik bahawa tidak adanya bilangan-kosong adalah dengan sendirinya satu nombor. Mereka mencipta sifar yang jika ia tidak ada maka sukar bagi sains untuk mewujudkan tamadun moden kini sepertimana yang kita ketahui hari ini.”12

Maka jelaslah dari petikan di atas bagaimana sumbangan tamadun Islam di Andalus terhadap tamadun intelektual terutamanya di Eropah. Maka bermula dari abad ke-15 M terutama selepas Peperangan Salib timbul zaman Renaisance di Eropah untuk lari dari zaman kegelapannya ke zaman modennya. Perubahan dari zaman kegelapan telah mengambil masa yang panjang. Sungguhpun demikian Renaisance telah memberi lebih peluang kebebasan individu dari segi agama, penulisan, kebudayaan serta kesedaran dan pencapaian yang cemerlang dalam sastera dan sains. Seterusnya jadilah negara-negara Eropah pada abad-abad berikutnya sepertimana yang kita lihat hari ini.

Kini, negara-negara Eropah dianggap lebih maju daripada negara-negara Islam. Maka adakah pada masa ini adalah relevan untuk para intelek negara Islam untuk menrjemahkan karya-karya Eropah ke bahasa umat Islam, atau mempelajari bahasa itu sahaja sudah cukup untuk kita memahami ilmu yang disampaikan oleh mereka. Telah ada usaha-usaha penerjemahan dilakukan tetapi tidaklah segiat usaha penerjemahan orang Eropah dahulu. Fikir-fikirkanlah. Wallahuaklam.

Nota Hujung
1, Balqis Haji Abu Bakar, Dr., Pengaruh Tamadun Islam terhadap Perkembangan Dunia, dlm Seminar Dunia Melayu Dunia Islam, Maktab Perguruan Islam Melaka, Melaka, 24-25 November 1992, him: 4.
2. Jan Read, The Moors in Spain and Portugal,Faber and Faber, London, 1974, hlm: 175.
3. Bammate H., Muslim Contribution to Civilization, t. tp., 1962, him: 16.
4. Lewis, A., The Islamic World and The West, John Wiley and Sons Inc., New York, 1970, hlm: 81.
5 Sarton, International to The History of Science, The Williams and Wilkins Co., Baltimore, 1931, hlm: 312.
6. Sohair Abdel Moneim Sery, Datin, Terjemahan dan Kemajuan dlm Diskusi Ilmiah Pengajian Islam, siri 3, UKM, Bangi, 1993, hlm: 9.
7. Aziz Ahmad, A History of Islamic Sicily, Edinburgh University Press, Edinburgh, 1975, hlm: 90.
8. Kabir Ahmad Khan, Library Movement in the Muslim World dlm Islamic Culture, Hyderabad, October 1982, Vol. LVI, no. 4, hlm: 113.
9. Anwar G. Chejne, Islamization and Arabization at Andalus, dlm Speros Vryonis, Jr., ed., Islam and Cultural Change in The Middle Ages, Otto Marroswitz, Weisbaden, 1974, hlm: 397.
10. Ibid., hlm: 397-403.
11. Sulaiman Noordin, Dr., Sains Falsafah dan Islam,Pusat Pengajian Umum, UKM, Bangi, 1993, hlm: 173.
12. Weaver, Henry Grady, The Mainspring of Human Progress, The Foundation for Economic Education, New York, 1984, hlm: 104-107.

Dipetik daripada Maruwiah Ahmat, Sejarah Bani Umayyah di Andalus, Karisma, 2003.

4 thoughts on “AKTIVITI PENERJEMAHAN DARI ISLAM KE EROPAH, SEJAUH MANA IMPAKNYA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s