Andalus merupakan sebuah wilayah yang pernah dikuasai oleh kerajaan Islam yang maju dalam pelbagai bidang. Kegemilangan yang dicapai menjadikan Andalus sebuah wilayah yang terkenal sehingga ke seluruh pelusuk dunia. Antara kemajuan yang telah dicapai oleh umat Islam pada zaman kegemilangan Islam itu ialah kemajuan intelektual.
Kehebatan tokoh-tokoh ilmuan Andalus dalam pelbagai bidang bukan lagi perkara asing dan ia sering diperkatakan. Usaha dan karya peninggalan mereka masih digunakan sehingga ke hari ini sama ada dalam bentuk asli atau telah dikembangkan oleh sarjana-sarjana kemudiannya. Namun cukupkah generasi muda mengenali kehebatan dan usaha tokoh-tokoh ini? Oleh itu buku-buku ini diharap dapat membantu para pelajar untuk mengenali tokoh-tokoh agung dari Andalus tersebut.
Antara tokoh agung dalam sejarah tamadun Islam di Andalus termasuklah Ibn Arabi, Ibn Bajjah, Ibn Hazm, Ibn Rushd, Ibn Tufayl, Ibn Zuhr, al-Idrisi dan al-Zahrawi.
Penerbit: Aspirasi Ent.
Harga: RM200 per set (Kulit tebal)
Tahap: Sekolah Menengah/Umum
Hlm: 28 ms
BOLEH SAYA DAPATKAN NO TEL PENERBIT ASPIRASI ENTERPRISE?
terima kasih atas maklumat ini..sgt bergna dan dpt menghargai tokoh-tokoh islam kita:)