Ibn Rushd dilahirkan di Cordova pada 1126 M. Ibn Rushd lebih terkenal sebagai seorang ahli falsafah sehingga mendapat gelaran ‘ahli falsafah Muslim, ahli astronomi, ahli fizik dan pengulas falsafah Aristotle yang terhebat’. Beliau juga banyak mengetahui tentang ilmu-ilmu agama seperti ilmu fiqh (hukum), ilmu kalam (teologi), ilmu sastera (al-lughah wal-adab), ilmu tasawwuf dan ilmu politik.
Menurut penyelidikan ahli sejarah, Ibn Abbar hanya dapat menjumpai empat buah buku karangan Ibn Rushd, antara-nya ialah sebuah buku dalam ilmu kedoktoran iaitu Kulliyat, sebuah dalam ilmu hukum fiqh iaitu Bidayat al-Mujtahid, sebuah dalam ilmu fiqh, yang juga merupakan komentar terhadap karangan Imam al-Ghazali, Mukhtasar dari al-Mustasfa Fil Usul al-Ghazali, dan sebuah lagi dalam ilmu sastera Kitab ad-Dharuriy fi al-Nahwi.
Salaam , buku ini juga ingin saya milikinya . Beliaulah yang telah mengesan keistimewaan Ibnu “Araby ketika berusia 10 tahun.