Ibn Zuhr dilahirkan di Seville pada 1091 M. Beliau merupakan tokoh perubatan yang masyhur. Ibn Zuhr merupakan saintis yang berbeza dibandingkan saintis Muslim pada umumnya. Sebab biasanya saintis Muslim menguasai sejumlah bidang pengetahuan namun Ibn Zuhr hanya memfokuskan diri dalam bidang perubatan. Oleh yang demikian, dia membuat pelbagai penemuan dan eksperimen di bidang perubatan.
Ibnu Zuhr turut menyumbang dalam mengembangkan anatomi, fisiologi, etiologi, dan parasitologi. Karyanya yang masyhur ialah Kitab al-Taysir fi al-Mudawat wa al-Tadbir, Kitab al-Iqtisad fi Islah al-Anfus wa al-Ajsad dan Kitab al-Aghaziyah.
Tahniah, harap boleh tambah lagi artikel berkaitan anak pintar islam dan rahsia ilmuan islam