Pengenalan
Jelebu merupakan sebuah daerah di Negeri Sembilan yang terdiri daripada lapan mukim, iaitu Kuala Klawang, Hulu Triang, Kenaboi, Pertang, Peradong, Hilir Triang dan Gelami Lemi. Pembukaan Jelebu berkait rapat dengan sejarah kedatangan orang Minangkabau yang terawal ke Semenanjung Malaysia. Berdasarkan sumber-sumber lisan, Jelebu dibuka oleh orang yang berketurunan Maharaja Alif yang menegakkan kerajaan Pagar Ruyung. Bangsawan itu menggunakan nama Batin Terjali. Dia berkahwin dengan Puteri Embong Sari Alam dan membuka beberapa perkampungan di Tanah Melayu. Batin Terjali telah meninggalkan anaknya menjadi penghulu di setiap tempat yang dibuka di Johor, Klang dan luak-luak yang empat di Negeri Sembilan.
Dalam pengembaraan Batin Terjali untuk meluaskan pemerintahannya, dia sampai ke Bukit Kundang Kundik di Jelebu. Di sinilah isterinya, Puteri Embong Sari Alam telah melahirkan seorang putera yang dinamakan Dato’ Niko Menteri Syah Mangku Alam Raja Sari. Ketika itu, Jelebu didiami oleh Orang Asli, terutama suku Biduanda dan Jakun. Sebelum meneruskan pengembaraannya, Batin Terjali telah meninggalkan putera-puteranya untuk dijaga oleh Batin Lambang Setia, ketua suku Biduanda di situ dan To’ Jerang Singa Raja. Dia berpesan supaya putera-puteranya dijadikan penghulu di situ apabila mereka telah dewasa.
Orang Asli itu benar-benar patuh pada janji mereka dan melaksanakan semua pesanan itu. Maka wujudlah pemerintahan Kelana Putera di Sungai Ujung, Johan Pahlawan Lela Perkasa di Johol dan Dato’ Niko Menteri Syah Mangku Alam Sari di Jelebu. Sebelum Batin Terjali dan isterinya ghaib, mereka telah memanggil semua anak dan kerabatnya yang memerintah di tanah besar ini berhimpun di suatu tempat, iaitu Bukit Pertemuan Raja-raja. Dia ingin menetapkan adat dan peraturan pemerintahan dengan memberi penekanan lebih kepada pengekalan Adat Perpatih.
Batin Terjali berwasiat kepada Dato’ Niko Menteri Syah Mangku Alam Raja Sari, Batin Lambang Setia dan To’ Jerang Singa Raja supaya berusaha membuka negeri yang terdapat sebatang tongkat dan sedulang nasi. Untuk melaksanakan wasiat Batin Terjali, ketiga-tiga mereka keluar mencari tempat tersebut untuk diterokai. Akhirnya mereka berjaya menemui tempat itu dan menamakannya Kampung Kuala Dulang. Maka bermulalah penerokaan Jelebu oleh Dato’ Niko Menteri Syah Mangku Alam Raja Sari, Batin Lambang Setia dan To’ Jerang Singa Raja.
Asal-usul Nama Jelebu
Ketika itu kawasan Jelebu dikenali sebagai Sungai Lumut dan kemunculan nama Jelebu tidak dapat dipastikan. Ada cerita mengatakan Jelebu adalah nama seorang pemuda yang mati lemas di Sungai Teriang di kawasan itu. Dalam catatan Persatuan Sejarah Jelebu mengatakan ceritanya begini; nama Jelebu berasal dari dua kisah yang diceritakan secara lisan sejak dari dahulu hingga ke hari ini. Kisah pertama, pada suatu hari, Tok Batin Jelebu iaitu ketua suku kaum Asli yang mendiami kawasan sekitar Sungai Lumut, sedang berkerja di ladangnya. Setelah berasa penat dia mengajak isterinya berehat sambil melihat pokok labu yang mereka tanam tumbuh dengan suburnya. Apabila hari menjelang petang isterinya mengajak Tok Jelebu pulang ke rumah. Tetapi kata Tok Jelebu dia hendak mandi dahulu di Sungai Lumut.
Maka Tok Batin Jelebu pun turun ke dalam Sungai Lumut untuk mandi dan membersihkan dirinya. Sedang dia asyik mandi tiba-tiba hujan turun dengan lebat diikuti dengan kilat sabung menyabung. Dan dengan tiba-tiba sahaja maka air Sungai Lumut itu pun pasang. Tok Batin Jelebu tidak sempat naik ke darat dan beliau dihanyutkan oleh air sungai yang deras itu.
Isteri Tok Batin Jelebu berasa risau kerana suaminya masih belum pulang ke rumah. Tambahan pula ketika itu hujan turun dengan lebatnya. Sebaik sahaja hujan reda maka isteri Tok Batin Jelebu segera pergi ke Sungai Lumut untuk mencari suaminya. Namun setelah puas dicari dan dipanggil namanya, Tok Batin Jelebu seolah telah hilang ghaib secara tiba-tiba.
Berita hilangnya Tok Batin Jelebu cepat merebak di kalangan orang-orang asli di kawasan tersebut dan mereka keluar beramai-ramai untuk mencari namun tidak berjaya ditemui. Akhirnya mereka yakin bahawa Tok Batin Jelebu mati lemas di Sungai Lumut dan mayatnya dibawa arus. Sebagai mengenang nama Tok Batin Jelebu maka tempat itu dinamakan Jelebu.
Kisah kedua pula ada kaitan dengan nama buah labu. Setelah Tok Batin Jelebu mati maka pokok labu yang ditanam di ladangnya tumbuh subur dan banyak mengeluarkan buah. Maka ramailah orang datang ke situ memungut buah labu tersebut. Mereka namakan tempat itu ‘Jalar Labu’ tetapi akhirnya bertukar menjadi Jelebu.
Penempatan baru di Kampung Kuala Dulang itu berkembang maju lalu Batin Lambang Setia menukarkan namanya kepada Batin Maha Galang.
Pemerintahan Jelebu Peringkat Awal
Selepas kematian Batin Maha Galang, tampuk kuasa Jelebu berpindah kepada Dato’ Niko Menteri Syah Mangku Alam Raja Sari dan To’ Jerang Singa Raja. Apabila Dato’ Niko Menteri Syah Mangku Alam Raja Sari meninggal dunia, Jelebu diperintah oleh anaknya yang bernama Kempai dan dibantu oleh To’ Jerang. Pemimpin baru itu mewarisi gelaran Dato’ Niko Menteri Syah Mangku Alam Raja Sari.
Semasa pemerintahan Raja Seli Kempai ramai orang Minangkabau datang ke Jelebu. Orang pertama tiba di sini ialah dua orang ulama istana yang bertanggungjawab mengislamkan penduduk daerah ini, iaitu Tok Kadi Padang Genting dan Khatib Mudim Sunat. Terdapat juga cerita lain yang mengatakan orang yang mula-mula datang ke Jelebu kononnya datang melalui segenting jalan bernama Langkap. Mereka menghilir kedua tempat bernama Kemin dan Sarin. Di sana mereka bersemenda dengan orang Biduanda waris Menteri dan waris Umbi, iaitu penduduk asal di kedua-dua tempat itu.
Dalam daftar nama undang atau penghulu Jelebu, orang yang dicatat sebagai penghulu pertama ialah Tok Gombak yang berasal dari Pagar Ruyung, kemudian disusuli oleh Tok Mentunggang dan Tok Moyang Salleh (undang Jelebu yang pertama memakai gelaran Datuk Mandulika Menteri Akhir Zaman, Sultan Jelebu). Dalam daftar tersebut, dua tokoh yang teratas ialah Tok Gombak dan Tok Metunggang telah pun memakai gelaran Penghulu Jelebu.
Campur Tangan Inggeris Pada Abad ke-19
Pada zaman dahulu Jelebu mempunyai yamtuannya sendiri. Yamtuan pertama Jelebu ialah Raja Adil, adik Raja Melewar. Walau bagaimanapun sejarah menafikan cerita ini. Tokoh sebenarnya ialah Tengku Ahmad Syah yang memerintah sekitar 1820. Pada masa Yamtuan Abdullah, baginda telah melampaui adat dan kuasa yang telah ditentukan. Pada tahun 26 April 1877, Raja Abdullah bertindak sendirian untuk menandatangani satu perjanjian dengan Gabenor Negeri-negeri Selat. Baginda tidak memberitahu datuk-datuk dan orang besar Jelebu berkenaan sebelum membuat perjanjian tersebut. Menurut undang-undang adat, Yamtuan Muda tidak boleh mencampuri urusan negeri atau memungut cukai. Pembesar-pembesar juga tidak berpuas hati dengan syarat perjanjian yang antaranya menetapkan Maharaja Johor sebagai penimbang tara dalam perselisihan yang tercetus.
Pada tahun 1880, baginda menjatuhkan hukuman bunuh terhadap seorang pegawai istana penghulu Jelebu. Akibat daripada itu, timbullah perbalahan dalam pemerintahan Jelebu. Datuk Penghulu Syed Ali Pertolongan Gabenor-gabenor Negeri-negeri Selat diminta untuk menyelesaikan masalah itu. Pada 24 Ogos 1883, orang besar Jelebu telah membuat perjanjian dengan Inggeris dan bermulalah campur tangan Inggeris dalam pentadbiran Jelebu.
Datuk Penghulu Syed Ali cuba menyingkirkan Yam Tuan Muda Tuanku Abdullah tetapi gagal kerana tidak semua pembesar menyokongnya. Antara pembesar yang menyokong Tuanku Abdullah termasuklah Datuk Raja Balang Long Ketua Waris Ulu Jelebu, Dato’ Menteri Ahat, Datuk Maharaja Inda Latif dan Datuk Lela Angsa Haji Othman Ketua Suku Tiga Batu. Apabila perselisihan tidak dapat dicapai semua pihak bersetuju merujuk hal tersebut kepada Inggeris. Satu perjanjian ditandatangani pada 24 Ogos 1883 di mana pihak Inggeris diwakili oleh Sir Frederick Weld. Semua pihak yang bertelingkah bersetuju menerima campur tangan Inggeris dan kedudukan Yam Tuan Muda Tuanku Abdullah kekal. Residen Sungai Ujong dilantik untuk membantu mereka dalam hal-ehwal pentadbiran Jelebu.
Kemangkatan Tuanku Abdullah pada bulan Disember 1884 telah mengeruhkan lagi keadaan. Berlaku persaingan merebut jawatan tersebut. Datuk Penghulu Syed Ali mahu melantik Tuanku Idris tetapi ditentang oleh Tuanku Nambul (anakanda Tuanku Abdullah) dan Tuanku Muda Cik (adinda Tuanku Abdullah). Pada bulan Jun 1885, E. P. Gueritz dihantar ke Jelebu sebagai Pemungut Cukai oleh kerajaan lnggeris. Datuk Syed Ali mencadangkan supaya jawatan Yam Tuan Muda dihapuskan sebagai jalan penyelesaian. Hal ini juga disokong oleh Datuk Yang Berlapan. Semasa lawatan ke Jelebu pada bulan Mac 1886, Gabenor Negeri-Negeri Selat telah bersetuju dengan cadangan tersebut. Seorang Residen lnggeris telah ditempatkan di Jelebu mengikut perjanjian yang ditandatangani pada bulan September 1886.
Penyatuan Jelebu dengan Luak Lain
Pada 13 Julai 1889, Yam Tuan Besar Sri Menanti Tuanku Mohamad Ibni Almarhum Tuanku Antah bersama-sama pemerintah-pemerintah Johol (termasuk Gemenceh), Inas, Ulu Muar, Jempol, Gunung Pasir dan Terachi, Tunku Syed Hamid, Tampin dan Dato’ Setia Raja Rembau dengan rasminya bersetuju menerima perlindungan British dan bersetuju membentuk satu persekutuan yang dinamakan Negeri Sembilan. Persetujuan ini dibuat melalui satu perjanjian yang ditandatangani bersama oleh Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Cecil Clementi Smith. Persekutuan ini mengandungi negeri-negeri dalam kawasan Sri Menanti iaitu Johol (termasuk Gemenceh), Inas, Ulu Muar, Jempol, Gunung Pasir, dan Terachi; negeri-negeri Rembau dan Tampin. Seorang Residen British dipersetujui akan dilantik untuk membantu pentadbiran kerajaan persekutuan ini. Dalam persekutuan ini tidak seorang pun pemerintah yang melebihi kuasanya dari pemerintah yang lain. Dengan ini kawasan Negeri Sembilan terbahagi kepada dua unit pentadbiran yang diakui oleh Inggeris. Pertama ialah kawasan bahagian Timur yang mengandungi Sungai Ujung (termasuk Jelebu) di bawah Residen Sungai Ujung, W.F.B. Paul, dan yang kedua ialah bahagian Barat dengan nama Negeri Sembilan di bawah Residen Negeri Sembilan, Martin Lister. Keadaan ini berkekalan hingga ke tahun 1895 apabila pada 8 Ogos 1895, sekali lagi Yamtuan Besar Sri Menanti bersama-sama Dato’ Sedia Raja Rembau Sirun dan Dato’ Tampin disertai pula oleh Dato’ Bandar Ahmad Sungai Ujung, Dato’ Jelebu Syed Ali, dan Dato’ Johol telah menandatangani perjanjian di hadapan Gabenor Negeri-Negeri Selat, Sir Charlis Bullen Hugh Mitchell, menyatakan menerima perlindungan Kerajaan British dan bersetuju untuk menubuhkan Persekutuan Negeri Sembilan yang lebih besar. Mereka juga bersetuju supaya dilantik seorang Residen dan bersedia menurut nasihat-nasihatnya dalam semua perkara mengenai pentadbiran negeri kecuali yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Dengan termaktubnya perjanjian ini maka tertubuhlah Negeri Sembilan yang wujud hingga sekarang. Martin Lister telah dilantik sebagai Residennya yang pertama. Persekutuan Negeri Sembilan menjadi lebih mantap dengan terbentuknya perlembagaan tahun 1898 di bawah Yang Dipertuan Besar.
Kini terdapat empat luak di Negeri Sembilan yang mempunyai Undang yang berkuasa menentukan perlantikan Yang Dipertuan Besar. Undang-undang itu ialah Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Rembau dan Undang Luak Sungai Ujong.
Penutup
Suatu masa dahulu iaitu sebelum abad ke-21, biasanya Jelebu sinomim sebagai kawasan yang sukar dikunjungi, jalannya berliku-liku persis Cameron Highlands. Namun kini Jelebu telah menjadi jalan pintas ke beberapa kawasan di Batu Kikir, Bahau dan Gemas. Oleh itu, jalan di hadapan rumah saya yang kira-kira 9 km dari bandar Kuala Klawang semakin sibuk. Jalan berliku telah tiada lagi. Jalan-jalan yang berbentuk U telah diluruskan memendekkan perjalanan likuan dari 15 km kepada 8 km sahaja. Jelebu makin mudah didatangi. Selain melalui Bukit Tangga dari arah Seremban, Jelebu boleh dimasuki melalui Segenting Pras yang boleh keluar di Ampang, Hulu Langat, dan melalui Kuala Pilah terus ke Batu Kikir dan seterusnya ke Simpang Pertang. Jelebu tercatat dalam buku-buku geografi tempatan sebagai tempat paling kering di Malaysia. Ini kerana ia berada di penghujung Banjaran Titiwangsa di mana udara terhalang menghampirinya, namun jika berlaku hujan monsun, Jelebu paling lambat kering kerana ia seolah-olah berada dalam kawasan lembah.
Beberapa tempat menarik di Jelebu yang biasa dikunjungi ialah Jeram Toi dan Lata Kijang. Terdapat juga Jeram Gading, Muzium Adat yang kini memasuki peta pelancongan Malaysia selain Masjid Kuala Dulang dan Makam Moyang Salleh yang mempunyai sejarah tersendiri.

YANG TERAMAT MULIA DATO’ MENDIKA MENTERI AKHIRUL ZAMAN DATO’ MUSA BIN WAHAB, D.T.N.S., PJK, UNDANG LUAK JELEBU

Antara jalan lurus yang agak berbahaya kepada kenderaan berat. Sila hati-hati sebab di penghujung jalan ada selekoh tajam menanti.
Rujukan
Ensiklopedia Malaysiana, 1996, Anzagain, Kuala Lumpur.
Mohd Isa Othman, 2002, Sejarah Malaysia (1800-1963), Utusan, Kuala Lumpur.
Majlis Kebudayaan Negeri Sembilan, http://www.mkns.com.my (29 April 2011)
Persatuan Sejarah Jelebu, http://psbjelebu.blogspot.com/ (29 April 2011)
jANGAN TERTARIK PADA KEPENTINGAN CERITA ORANG PENDATANG ( ORANG MENYEMENDA ) TAPI FIKIR PERASAAN ORANG TEMPAT SEMENDA YANG MEMBAWA DIRI — MAKA TAK DIKATA ORANG PERPATEH DAN TEM,ENGGUNG…BANYAK CERITA DIVERITA ORANG MENYEMENDA, TAPI ORANG TEMPAT SEMENDA ( MELAYU PERIBUMI . MELAYU ASLI / JAKUN / BIDUANDA ) BERDIAM DIRI…PERANGAI ORANG MENYEMENDA MACAM KADOK NAIK JUNJUNG…tengok potopages sejarah jelebu
Saya setuju benar dengan kenyataan ini.
Salam Syawal. Tidak terlambat Ucapan Selamat Hari Raya Aidul Fitri 1432H, Dalam Kehangatan Mohd Sabu mengatakan Peristiwa Bukit Kepong, Maka terjawap sudah oleh Pakar Pakar Sejarah bahawa TANAH MELAYU tidak dijajah oleh pihak British…Kita MENUNG SEJENAK…apa cerita disebalik cerita yang tidak dicatit dan dijadikan sejarah dalam negeri ini….Apa perlu nya kita pergi ke Britain mohon MERDEKA, dimana WASIAT RAJA RAJA MELAYU, DENGAN TUJUH ( 7 ) SYARAT PEMBERIAN KEMERDEKAAN, Untuk apa dikatakan merdeka kira nya kita MELAYU PERIBUMI terjajah dengan Sistem yang mereka buat, Siapa Melayu Pendatang…kenapa mereka melanggar Tujuh ( 7 ) syarat / wasiat Raja Raja Melayu. Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Hak Istimewa Melayu Peribumi, Ketuanan Melayu dan Hak Istimewa Raja Raja Melayu….Moga di akhir kata BERITAHU HANTAR SURAT atau pun SURAT PERINGATAN dalam bahasa Inggeris nya REMINDER telah kita sampaikan untuk mereka Orang Orang Melayu dan Orang Orang Melayu Pendatang ke Tanah Melayu ( Tanah Jawi ), menilai dan mengukur diri…kita bukan kembali ke zaman silam tetapi sejarah zaman silam menghukum kita dizaman ini. dalam perjalanan kita menuju ke AKHIR ZAMAN… Salam
wsalam, saya setuju dengan pandangan anda, kuasa British selama lebih 100 tahun di sini menunjukkan dengan jelas kita dijajah dan kuasa-kuasa sultan terhad dan hanya boleh ditentukan oleh British, bagi saya pandangan yang mengatakan kita tidak pernah dijajah dibuat secara tiba-tiba kini adalah pandangan yang terdesak, yang mungkin mempunyai maksud tersirat atau mungkin memang ada fakta sejarah yang telah diselewengkan… buku lengkap tentang sejarah Tanah Melayu pun ditulis oleh British (R.O Winstedt), itu yang kita pegang sampai kini.. wallahuaklam
Salam Kita berkisar pada Sejarah Jelebu. Penulis Sinar Harian menyatakan bahawa Undang Jelebu yang Pertama adalah Dato Mentunggang dan Undang Jelebu kedua adalah Dato Gombah, dan Ketiga adalah Moyang Salleh yang tertera di Pejabat Daerah Jelebu, mengikut penulis British, tetapi British itu mengikut kata kata dari pihak mana dan menulis nya, Buku Buyong Adil menyatakan Dato Gombah datang ke Jelebu dan Berkahwin dengan Bathin Moyang Angsa, manakala Bathin Moyang Delapan berkahwin dengan sesuku nya dan mendapat anak Moyang Salleh, dan datang Dato Mentunggung membawa Adat Perpateh dan Kebenaran Agama Islam kononnya…. pada awalnya Jelebu tidak mempunyai Undang… pelik juga bila Moyang Salleh MEMUTUS TALI KE JOHOR DAN MEMBAWA COP MOHOR SULTAN MAHARAJA DIRAJA ALLIF SULTAN JELEBU,..sedangkan pada masa itu mengguna nama PENGHULU LUAK…dengan tetiba pulak pihak British boleh tulis Undang Jelebu Pertama Dato Mentunggang dan Undang Kedua Dato Gombah…kita tengok ISLAM yang mereka bawa kalau Di Pagar Ruyong Lelaki dikata Syura dan Perempuan di Kata Adat….Jangan kita mengaku dan UMAT MUHAMMAD, tetapi sebaliknya NABI MUHAMMAD SAW tidak mengaku kita manusia UMAT nya..kita mengagung dan mendewakan Nabi Mohammad SAW.. tetapi segala Larangan, tegahan, peraturan dan ketetapan Nabi Mohammad SAW di dalam Kitab Al Quran Nur Qariim ..kita sanggah dan persendakan…kita manusia ini hari mengaku ngaku UMAT MUHAMMAD…tunjukkan yang benar KEBENARAN KITAB AL QURAN NUR QARIIM.. sepertimana mereka Orang Pagar Ruyong mengatakan AGAMA ISLAM YANG MEREKA BAWA BENAR…KITA DISINI MELAYU ASLI BERTULISAN JAWI – BANI JAWI.serta menerima kedatangan ADAT PERPATEH DAN AGAMA ISLAM itu…saudara lelaki terbuang, saudara perempuan bersuami dan anaknya bakal menjadi pemerintah… apakah mereka sedar… orang menyemenda di tempat semenda..macam kadok naik junjung..bila anak mereka memerintah…saudara saudar lelaki yang lagi kedin membawa diri….ajaran macam mana yang mereka kata betul ini…wsallam
Assallamuallaikum Wrwt
Utk semua anak waris TALI BENIH – Waris Lelaki, TALI TANAH – Waris Perempuan, DYMM Sultan Kedah akan dimasyurkan sebagai SPB YDP Agung Malaysia pada 13hb Disember 2011, Menjunjung DAULAH DAN DAULAT, Kuasa DUA EKAR HARIMAU PEJUANG DENGAN LIMA BILAH KERIS TANPA LIMA PEMUDA, seperti mana sessi temubual dengan Ketua KCKD IPD Kajang, serta apa yang dinyatakan bahawa DYMM Sultan Kedah akan memperbetulkan serta memertabatkan kembali SYIAR ISLAM serta Kedaulatan Raja Raja Melayu setelah dicabar oleh persatuan atau kesatuan badan politik serta membawa kepada IMUNITY RAJA RAJA, Atas PERINTAH BERITAHU HANTAR SURAT – REMINDER DIBAWAH PENGAWASAN ALAM TINGGI DAN PAWANG DIRAJA IMAM PERANG JELEBU dihantar dari tahun 1990 sehingga kini membawa sessi temubual, WARIS IMAM PERANG MENUNTUT TUNTUTAN HAK PERJANJIAN GUNUNG PERTEMUAN SIAPA RAJA KEPADA SEGALA RAJA – Serta Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan Hak Istimewa Orang Melayu Peribumi, Ketuanan Melayu dan Hak Raja Raja Melayu dengan 7 WASIAT RAJA RAJA MELAYU…Dibawah Kuasa BATHIN SANG SANGKAR PURBA – HULUBALANG DIRAIA – PASUKAN POLIS DIRAJA MALAYSIA dimaklumkan kepada hamba telah diserahkan kembali kepada Kuasa Raja Raja Melayu pada tahun 2009, Alhamdullillah atas kuasa ALLAH SWT, DATO DATO LAKSAMANA – ANGKATAN TENTERA DIRAJA MALAYSIA dan DATO DATO HULUBALANG POLIS DIRAJA MALAYSIA telah berada di kedudukan asalnya, seperti mana penyerahan UNDANG DATO NAN EMPAT beri ketika mahu mencapai KEMERDEKAAN, Walhal TANAH MELAYU tidak pernah dijajah oleh pihak British….Kini terpulang kepada pihak MUFTI DAN PIHAK BERKUASA AGAMA SERTA PEGUAM NEGERA untuk menilai serta memperbetulkan SALAHLAKU SALAHLAKU yang telah mereka lakukan untuk tempoh 10 tahun dihadapan. Kerana ATAS PERMOHONAN MEREKA JUA , MEMOHON DUNIA BARU.. DIDALAM KITAB AL QURAN NUR QARIIM , Dunia baru selain dunia ini adalah SYURGA DAN NERAKA,,,Wassallam,
Assallamuallaikum wrwt
Tali Benih Tali Tanah – Sudut susur menyusur tali tali tali sudut galur anak anak bumi bertuah Tanah Mengandung Tanah Jawi, Di seru Atas Kuasa Mu Ya Allah Raja Kepada Seluruh Alam yang memerintah Seluruh Alam – Nagi Alam Alam Beraja yang dibernaung dibawah Mu Ya Allah, dilawan Potopages Sejarah Jelebu. Ahli Jawatankuasa Sejarah Jelebu di lengkapkan urusan mu, untuk turun ke bawah Kebawah DASAR KUN ( KUN PAYAKUN ) dan untuk berundur dibawa naik ke PUNCAK KUN Penghakiman ke hadapan Mu Ya Allah – Bahawa benar kamu Mu Ya Allah – Iblis itu ENGKAR, maka Manusia Iblis itu juga ENGKAR… Maka Tuntutan Hak Perjanjian Gunung Pertemuan Siapa Raja Kepada Segala Raja Manusia Malaikat dan Jin di Hadapan Mu Ya Allah Mohon di Adakan dengan sepenuh nya.
Wassallamuallaikum wrwt.
wsalam, terima kasih
Assallamuallaikum wrwt
Maha Berkuasa Allahv SWT itu dalam PENTADBIRAN NYA MEMERINTAH SEKELIAN ALAM, Alam Malaikat, Alam Manusia, Alam Jin, Alam Kubur, Alam Haiwan, Alam Tumbuhan dan berbagai Alam, Yang bernaung di bawah KEKUASAAN DAN KEAGUNGAN NYA,
Dulu PM Ke 3, Pasal Kayu Golf, semua RAJA RAJA MELAYU kena IMUNUTY, Kita UNDANG NAN EMPAT juga buat BANTAHAN, Tapi YDB N9, ketika itu tutup pintu PAGAR, ORANG POLITIK BUKAN MAIN SUKA LAGI, Skrg ATAS KUASA ALLAH SWT, DYMM SULTAN JOHOR ( Anaknda Almarhum Tuanku Sultan Johor ) kene fitnah pasal nombor plat, maka seluruh rakyat johor bangun menentang ahli politik, begitulah kuasa Allah SWT meletakkan HUKUM KARMA nya, Maka 6 PM, Bukan MELAYU PERIBUMI, Kerana HURUF BA DENGAN KERIS BERSILANG, Warisan Nenek Moyang Peribumi dibatalkan MAKA HILANG MELAYU DIDUNIA, Maka Allah SWT memerintahkan sekelian Alam utk tinjau dan tengok PERANGI MANUSIA INSANI DAN MANUSIA HAIWANI, Kita di Jelebu tidak MEMERINTAH ALAM NYATA, Hanya PAWANG DIRAJA SG UJUNG yang memerintahnya bagi ALAM NYATA, tercabar KERAJAAN SULTAN MAHARAJA DIRAJA ALLIF SULTAN JELEBU, maka semua CUCUNDA RAJA RAJA MELAYU , di lihat dan diperhatikan, SIAPA KAH YANG MENGADAI DAN MENJUAL TANAH MELAYU ini, mereka bersumpah SUMPAH AL QURAN 30 JUS LILLAH HITAALLA, kita Melayu Peribumi, tidak membuat TULISAN tetapi mereka MELAYU PENDATANG mengubah dengan membuat tulisan. kita MELAYU PERIBUMI TIDAK LUPA, tetapi mereka MELAYU PENDATANG MUDAH LUPA DAN RAKUS mengaut keuntungan bak kata pepatah ‘ AYAM MAKAN MEMENUHKAN TEMPOLOK SENDIRI’ maka akan terbungkarlah segala kepalsuan mereka, keangkuhan mereka didunia ini untuk diperlihatkan SALAHLAKU MEREKA mencabar RAJA RAJA MELAYU, PARA MUFTI DAN KITAB AL QURAN NUR QARIIM, sebagai HUKUMAN ALLAH SWT, sementara kita menanti PENGESAHAN KAD PENGENALAN QARIS RAJA MELAKA DARI KDN DAN JPN, kita akan memanggil 4 negara yang terlibat BRISTISH, BELANDA, JEPAN DAN AUSTRALIA, untuk hadir semula ke TANAH MELAYU, MALAYSIA itu tidak ujud.
Wassallamuallaikum wrwt.
Salam, tumpang lalu diruang ini,
Moga Allah SWT merahmati kita semua dalam perjalanan kehidupan di Alam Manusia sebelum KONTRAK menjadi MANUSIA ditamatkan oleh Allah SWT, Ketika itu Rakid dan Atid akan menyempurnakan tugas amalan yang dicatit bagi setiap amalan dan perbuatan Manusia ketika hidupnya termasuk apa jua yang dilakukan dalam semua kehidupannya.
Maka terbinalah Panglima Sembilan Selindang Merah, Datang Parameswara memijak kakinya ke Melaka dengan meminta izin Pawang Asal Daratan ( Sg. Ujong ) maka memerintah ia di Melaka dengan di bantu oleh lima sahabat dari Melayu Peribumi, siapakah melatih dan mengajar mereka berlima, Atas kuasa Allah SWT jua, hukum karma akan dilaksanakan, Salah siapa dan dimanakah silapnya…?
Moga Allah SWT telah bersedia untuk menghukum mereka yang membatalkan hak dan menghalalkan yang bathil.
Engkau lah Yang Allah Penguasa dan Pengadil yang Maha Adil melaksanakan hukuman. Wassallammuallaikum wrwt
Salam Aidul Fitri 1 Syawal 1433 Muslimin Muslimat, Para Sahabat dan Ahli Bait,
Mohon tompang lalu diruang ini, mengkaji dan mengaji kebenaran daripada menilai kepalsuan xdan pembohongan, Menghilang yang hak dan meghalalkan yang bathil.
Jabatan Arkiology mengistiharkan bahawa Manusia pertama di dunia adalah di Tanah Melayu,..Maka zaman berlalu dan mgirasi berlaku, akhirnya manusia berhijrah daripada ketinggian 50 kaki dan mengecil kepada kurang 10 kaki, itulah perjalanan manusia diera zaman, maka kehadiran para pendatang dan pedagang memasuki Tanah Melayu dan menulis konon nya mereka peneroka Tanah Melayu..bertentangan dengan apa yang mereka temui di Lembah Bujang, dan Batu Bersurat di Terengganu, mereka mengubah dan meminda semua sejarah dan menghalalkan yang bathil pembohongan dan penipuan, dengan menghilangkan yang hak, Tulisan jawi ( Bani Jawi Tanah Melayu ) dilupuska untuk kepentingan kaum pen datang dan seterusnya menjadi Penjajah mengantikan Penjajahan British dengan mengubah segala bentuk penulisan sejarah jatik diri dan mendabik dada mereka lah yang membuka Tanah Melayu Walhal mereka tahu Jabatan terbabit telah mengesahkan Penemuan Manusia Tertua Di Dunia, begitu lah penipuan dan pembohong dilakukan oleh pihak pendatang dan penjajah baru yang mengatikan British, memmbatalkan yang hak, Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dijelaskan untuk mendapat hak dan taraf Melayu, cara hidup, pegangan dan kepercayaan. kini mereka bangga dengan perkataan MELAYU BARU, hasil daripada Manusia Klon yang tidak mengetahu ASAL JATI DIRI, maka berlakulah KECELARUAN IDENTITY MELAYU, kerena BANI JAWI sendiri telah dilupakan dengan Tulisan Jawi, Tanah Melayu tidak pernah dijajah oleh mana mana kuasa dunia, telah disahkan oleh Jabatan Kaji Sejarah, bahawa Tanah Melayu hanya menerima Resident iaitu penasihat daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura, British masa itu maseh kekalkan Askar Melayu Di Raja, Polis Malaya..tidak dikata Askar British dan Polis British..begitulah pembohongan dan penipuan yang dibuat sehingga kita dilupakan akan asal usul dan jati diri Melayu, perkataan Melayu Peribumi di hilangkan terus walhal PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN 153 disebut Melayu Peribumi, SUHAKAM MALAYSIA membisu dan hanya bercakap hal PERIBUMI SABAH DAN SERAWAK sahaja, kalau berat sebelah dalam mempengerusikan SUHAkAM, letak jawatan balik Sabah dan Serawak , biar Tanah Melayu daripada keturunan Temuan, Semai, dan lain lain eknit Melayu Peribumi Tanah Melayu uruskan. Di Tanah Melayu hanya ada dua Pawang yang menjaga dan megawal nya, maka kita naikkan Panglima Sembilan Selindang Merah, asal nya sebelum kedatangan Pelarian daripada Pelembang dan naik di melaka, kemudian nya dibenar menjadi Raja di Melaka, awalnya kedatangan Agama Islam, Tumbang Melaka Penghulu Nan Empat beralih taat ke Johor, tapi Johor melarikan anak Penghulu Undang Rembau, maka Penghulu Jelebu memutus tali ke Johor, pesan pawang asal usul Tanah Melayu, kita perlu Raja, maka kita ambil Raja Pagar Ruyong, tapi mati dipertengahan jalan, maka Penghulu Jelebu berkata, tak beraja pun tak per lah, tapi datang lain lain rombongan raja dan ada yang mengaku raja daripada Pagar Ruyong, sebagai Undang Jelebu , Dato Undang Yang Tua. tak mahu campur tangan dalam urusan DARATAN ( Manausia ), maka Undang Rembau melantik Yang Di Pertuan Seri Menanti ( Sahaja ), tapi tak tahu macam mana Dato Undang Sg Ujung melantik Yang Di Pertuan Seri Menanti menjadi Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan..Cerita kenapa Jelebu ada tiga ( 3 ) Waris Ber Undang ni, kita diam diam sajalah..?. Kita Melayu Peribumi Tanah Melayu, Gambar Duit Malaysia gambar Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Wasiat Raja Raja Melayu kita dah jelaskan , tetapi Raja Raja Melayu dan Kerajaan Malaysia mengubahnya menjadi KONTRAK SOSIAL…mereka orang orang pagar ruyong mengatakan agama Islam ini benar, kita nak tahu lah, Kalau WASIAT RAJA RAJA MELAYU, dalam ISTILAH ISLAM, apa makna Wasiat ini…apa hukum hakam nya kalau ianya di ubah dan di pinta…betulkan mereka penganut agama Islam, Apa yang benar tentang Islam yang mereka kata benar,…? membatalkan yang hak dan menghalalkan yang bathil. BERITAHU HANTAR SURAT – PERINGATAN telah diberi tetapi semua berdiam diri, kerana mereka takut kehilangan kemewahan dan kekayaan yang mereka miliki malah takut kehilangan kuasa,mereka melaungkan mereka ISLAM dan pengikut umat Muhammad SAW, agak agak Nabi Muhammad SAW mahu mengaku mereka umat nya…Fikir fikir kan lah..Fasa Ketiga berjalan sepenuh nya 2000 – 2020 Panglima Selindang Merah di wujud kan untuk pertembungan terakhir antara HAK DENGAN BATHIIL.
Wasiat Raja-raja Melayu
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Wasiat Raja-raja Melayu merujuk kepada 7 wasiat yang disampaikan semasa Raja-Raja Melayu semasa menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 .
[sunting] 7 wasiat
1. Kami namakan dan kami panggil dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;
4. Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;
5. Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan;
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).[1]
[sunting] Peringatan Raja Nazrin Shah
Wasiat sembilan Raja Melayu itu terdiri dari empat Negeri Melayu Bersekutu dan lima Negeri Melayu Tidak Bersekutu, disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu, yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu.
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan, dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaultan negara kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.
Raja Nazrin Shah telah merujuk kepada :
• Perkara 3 (1) (2) (3) dan (5)
• Perkara 11
• Perkara 12
• Perkara 38 (5)
• Perkara 152
• Perkara 153
• Perkara 181 (1).
Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan.
[sunting] Rujukan
1. ↑ Rakyat Diingat Mengenai Tujuh Wasiat Raja-raja Melayu
Diambil daripada “http://ms.wikipedia.org/wiki/Wasiat_Raja-raja_Melayu”
Kategori: Tanah Melayu
salam, saya pernah baca pasal wasiat ni, memang banyak kena kekalkan, namun sistem beraja itu sendiri tiada zaman Rasulullah, saya tidak setuju jika raja disembah, kedudukan istimewa orang Melayu itu bagi saya dah tak relecva lagi, lebih2 lagi selepas lebih 50 tahun merdeka, jika dikaji sejarah, ada raja yang baru datang dan ada bangsa (rumpun melayu) yang berhijrah ke tanah Melayu pada abad ke -19, tetapi kaum Tamil dan Cina ada yang dah datang sezaman dengan parameswara atau telah ada zaman sultan2 melaka selepasnya,… minta maaflah cakap banyak nanti kena ISA pulak, dan orang melayu yang taasub dengan ‘kebangsaan’ tidak boleh terima.. wallahuaklam
Fungsi & Kuasa SURUHANJAYA HAK ASASI MALAYSIA
Fungsi
SUHAKAM ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597. Seksyen 2 Akta ini mentakrif “hak asasi manusia” sebagai merujuk kepada “kebebasan asas sebagaimana yang termaktub dalam Bahagian II Perlembagaan Persekutuan”.
Fungsi SUHAKAM sebagaimana dinyatakan dalam Seksyen 4(1) adalah:
Untuk memupuk kesedaran dan menyediakan pendidikan yang berhubung hak asasi manusia;
Untuk menasihati dan membantu Kerajaan dalam merumuskan perundangan dan arahan dan tatacara pentadbiran dan mengesyorkan langkah-langkah yang perlu diambil;
Untuk mengesyorkan kepada Kerajaan berkenaan dengan penandatanganan atau penyertaan dalam perjanjian dan suratcara antarabangsa yang lain dalam bidang hak asasi manusia;
Untuk menyiasat aduan berkenaan dengan pelanggaran hak asasi manusia.
Selain daripada itu, Seksyen 4(4) Akta berkenaan menegaskan bahawa hendaklah diberi perhatian berat kepada Pengisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat 1948 (UDHR) selagi Pengisytiharan itu tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Ini bermakna, apa jua hak dan kebebasan yang tidak disebut dalam Bahagian II tetapi ada dirujuk dalam UDHR mesti dipertimbangkan dengan syarat tidak ada percanggahan dengan Perlembagaan Persekutuan.
Fungsi menyiasat aduan berhubung dengan pelanggaran hak asasi manusia tertakluk kepada syarat yang dikenakan oleh Seksyen 12 Akta tersebut. Seksyen 12 memberi SUHAKAM kuasa memulakan sendiri penyiasatan terhadap tuduhan wujudnya pelanggaran hak asasi manusia, di samping bertindak berasaskan aduan yang dibuat kepadanya. Bagaimanapun, SUHAKAM tidak boleh menyiasat aduan yang menjadi perkara prosiding yang sedang menunggu keputusan mana-mana mahkamah undang-undang atau yang sudah diputuskan dengan muktamad oleh mahkamah. Penyiasatan mesti dihentikan sekiranya perkara yang sedang disiasat dibawa ke mahkamah.
Kuasa
Akta penubuhan telah memberi SUHAKAM kuasa yang membolehkannya menjalankan fungsinya dengan efektif. Di bawah Seksyen 4(2) dalam Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia 1999, Akta 597, SUHAKAM diberikan kuasa:
Untuk memupuk kesedaran mengenai hak asasi manusia dan untuk mengaku janji mengadakan penyelidikan dengan mengendalikan program, seminar dan bengkel dan untuk menyebarkan dan mengedarkan hasil penyelidikan itu;
Untuk menasihati Kerajaan dan / atau pihak berkuasa yang berkaitan mengenai aduan terhadap pihak berkuasa dan mengesyorkan kepada Kerajaan dan / atau pihak berkuasa itu langkah-langkah sesuai yang hendaklah diambil;
Untuk mengkaji dan menentusahkan apa-apa pelanggaran hak asasi manusia mengikut peruntukan Akta ini;
Untuk melawat tempat tahanan mengikut tatacara yang ditetapkan oleh undang-undang yang berhubungan dengan tempat tahanan itu dan untuk membuat syor yang perlu;
Untuk mengeluarkan pernyataan awam mengenai hak asasi manusia apabila perlu; dan
Untuk mengaku janji apa-apa aktiviti sesuai lain yang perlu mengikut undang-undang bertulis yang berkuat kuasa, jika ada, berhubung dengan aktiviti itu.
bagaimana saya nak tahu lebih banyak tentang sejarah jelebu ini ??? nak buat pbs stpm ,,, 🙂 mohon balas
saya tak ada pula buku pasal jelebu, cuba tengok link ni (sejarah jelebu) ada memasukkan beberapa buah buku mengenai sejarah jelebu, mungkin sdr boleh cari…
terima kasih, 🙂
Apa kaitan kisah Dato Ma’akir..
Terima Kasih
hi….boleh saya tahu tentang persoalan tentang jelebu ,titi di negeri sembilan ??
ye, titi adalah sebahagian dripada daerah jelebu,
Assalamualaikum… saya sedang membuat salasilah keluarga yg asal dari Jelebu. Arwah Ibu saya berasal dr Kg. Jelin, Mukim Kuala Klawang, Jelebu. Secara tak langsung saya menjejak keturunan arwah ibu saya di mana moyang saya mempunyai nama yang pelik seperti Ismail bin Kusang dan isterinya Itut binti Gading. Pada pendapat saudari adakah nama pelik ini keturunan orang orang asli Jelebu. Arwah Ismail bin Kusang ini menetap dan meninggal di Kampung Peradong. Pernah membela anjing untuk mengawal dusun duriannya.
wsalam, saya tak pasti tentang itu, tidak semestinya nama orang asli, yang saya tahu orang asli di jelebu hanya di satu kawasan sahaja, dan tidak bertebaran di kawasan lain iaitu di Paritgong, ada juga nama orang kampung saya yang pelik2 tetapi bukan orang asli misalnya Tiawa, Tiaso, Talon, Tundot dan Tijah, kami gelar ‘Black T’, :), kebanyakannya dah meninggal dunia. Mereka semua tinggal di Kampung Pergai. Kalau ikutkan memang nama orang-orang dulu begitu, nama arwah moyang saya pun Sitam.Mereka meletakkan apa sahaja yang terfikir sebagai nama. Wallahuaklam
kenapa panggil nama gelaran black-t?
Saya pun kurang pasti..
Assalamualaikum.untuk makluman penulis.Orang Asli Jelebu terdapat juga di Kg Kelaka,Kg.Kemin,Kg.Tohor,Kg Rangoi,Kg Sawah dan byk lg kg.Orang Asli itu juga etnik Melayu yg asal tidak ada beza dgn Melayu yg ada pada hari ini.Cuma beza krn ada yg Islam dan sejak kedatangan Islam mereka ini terpisah dan tinggal di pinggir hutan.Hari ini ada yg masih mengamalkan adat Mempatih.Adat Asal.Nama2 yg ganjil adalah nama asal Melayu dulukala.Jgn lihat org.asli hari ini.LIhat Melayu asal iaitu Temuan,Jakun.dll.Bila dtg Inggeris mereka istilahkan Melayu Asal ini orang asli (aborigines) dlm sejarah tulisan mereka.
assalammualaikum,saya suka tentang sejarah tetapi ada tak sejarah yang seorang lelaki pernah dilempang oleh seseorang yang misteri sampai sebelah kanan mukanya hitam di masjid kuala dulang?
wsalam, saya dah bertanya beberapa orang, tetapi tidak pernah mendengar cerita tersebut.
Assallamualaikum,
Ada dalam simpanan saya buku dan artikel yang boleh saya kongsikan bagi tujuan pembetulan faksa penulisan saudara/saudari. Wallahualam
Pingback: sejarah 9/11Referensi Sejarah | Referensi Sejarah
Pingback: sejarah terbentuknya wahabiReferensi Sejarah | Referensi Sejarah
Pingback: sejarah terbentuknya 7 iconsReferensi Sejarah | Referensi Sejarah
Pingback: sejarah terbentuknya 7 iconReferensi Sejarah | Referensi Sejarah
Assalammualaikum…
Saya nk tahu siapa Ma’akir bin Sutan Karang.
Tak pasti.., beliau penduduk kg. Chenah..
Waktu perang komunis.., beliau berpihak kepada raja dan waktu getir., beliau terpaksa menyorokkan anak2ya di pahang.., kerana pihak komunis berjanji tidak ada keturunan Ma’akir lagi di masa akan datang..
Sebilangan pihak komunis adalah orang2 kampung itu juga dan penduduk berhampiran..,juga ada talian persaudaraan..
Cuma ingin tahu…terima kasih..
wslam, saya tidak pernah dengar nama tersebut, minta maaf banyak2
T.kasih atas maklum balas dari anda…
Assallammuallaikum warahmatullah Hiwabarakaattuh
Bismillah Dengan Nama Allah
DEMI MASA YANG BERLALU
Adapun hamba mohon ampun dan maaf tompang lalu diruang SEJARAH JELEBU , BLOGGER MILIK TUANPUNYA MARUWIAH AHMAT , kerana hamba menumpang lalu , blooger orang kampong PERGAI sementara hamba di Batu 4 3/4 Peradung Solok Temoi tempat kelahiran Allahyarham Ayahnda tercinta di Kampong Kemin Beringin tempat kelahiran Allahyarhammah Ibunda dikaseh.
Adapun Bahan Rujukan Sejarah Jelebu banyak dan boleh diperolihi dan lihat lah catatan Prof Mustaffa Ibrahim dan lain lain yang telah dicatat oleh penulis penulis sejarah Jelebu..
Adapun hamba berdiam diri kerana TUGASAN BERITAHU HANTAR SURAT TELAH DI TAMAT KAN SELEPAS PILIHAN RAYA UMUM KE 13.. dan URUSAN KE ALAM DARATAN YAKNI
ALAM MANUSIA NYATA
ALAM GHAIB
ALAM DAIK
telah ditamatkan
MAKA ALAM TINGGI TELAH MEMERINTAH SEMUA KETUA KETUA JABATAN DIPERINTAHKAN TURUN KE ALAM DARATAN , Maka bermula dari tahun 2013, maka urusan berjalan secara WHATSAPP dan Bertemu semua PETUGAS PETUGAS KERAJAAN ALAM TINGGI
MAKA MANA MANA PIHAK YANG TEMBUS MATA DAN DI BERI HIJAB MEMASUKKI ALAM ALAM YANG BERNAUNG DI BAWAH KERAJAAN ALLAH SWT SERTA MEMPUNYAI KAD PENGENALAN DAN PASSDWORD BOLEH MELEPASI PENGAWAL PENGAWAL DAN PENJAGA PENJAGA ALAM TINGGI.
Berikut di serta kan butiran terakhir PETUGAS DAN PEMAIN PEMAIN ALAM TINGGI.
Dari tarikh 15/ 10/ 2015 hingga 22/ 10/ 2015
Waallaikummussallam warahmatullah hiwabarakattuh.
*** Mohon tuanpunya memberi keizizan untuk memasukkan PERGERAKAN PETUGAS PETUGAS DAN PEMAIN PEMAIN ALAM TINGGI DI ATAS PAPAN CATUR PENTAS DUNIA, DUNIA BUMI DI HAMPAR KAN SEPERTI SEHELAI PERMADANI ATAUPUN PAPAN CATUR..
PETUGAS PETUGAS DAN PEMAIN PEMAIN PAPAN CATUR
ASSALLAMUALLAIKUM WRWT
BISMILLAH
DENGAN NAMA ALLAH
Yang ditunjuk dan yg diberitahu malam tadi ialah Juzud 18 Ayat Al Mukminuun ayat 59 hingga ayat 66
WAHAI ORANG ORANG MUKMIN
PERINGKAT KEDUA SELEPAS PENGASINGAN ORANG ORANG MUHLISHIN/MOHLESHIN ORANG YANG DIPELIHARA DAN DILINDUNGI ALLAH SWT.
PENGASINGAN PUAK PUAK PENDURHAKA DAN PUAK PUAK PENENTANG YG BERPAKAT DAN BERSEKONGKOL DENGAN RAJA IBLIS..
INGATLAH DALAM URUSAN KAMU MEMBERITAHU DAN MENEGUR SEMUA SALAHLAKU SALAHLAKU HENDAKLAH IANYA BERPAKSI KEPADA KEBENARAN KITAB AL QURAN NUR QARIIM QALAM ALLAH
59.. JANGANLAH BERLAKU SYIRIK DAN MEMPERSEKUTUKAN AKU ALLAH TETAPI IANYALAH BAHAWA AKU ALLAH MENTADBIR BUMI DAN LANGIT SERTA SELURUH ISI ALAM DENGAN NAMA AKU ALLAH DENGAN 99 NAMA AKU ASMA HUSNA..
60. MEREKA YANG TERPILIH UNTUK BERJUANG DIATAS KEBENARAN KITAB AL QURAN NUR QARIIM QALAM AKU ALLAH..MENEGAKKAN AGAMA DAN SYIAR ALLAH YANG DIBAWA JUNJUNGAN BESAR NABI MOHAMMAD SAW SERTA KITAB KITAB YANG DIBAWA OLIH PARA NABI DAN RASUL MEREKA BERSEDEKAH BERDERMA KE JALAN AKU ALLAH DAN MEREKA REDHA..MAKA MEREKA LAH ORANG ORANG YANG BERUNTUNG YANG BERJIHAD DI JALAN AGAMA ALLAH.
61. MEREKA YANG SEDAR DAN YAKIN AKAN KEBENARAN KITAB AL QURAN NUR QARIM QALAM ALLAH SERTA BILA DIBERI PERINGATAN DAN AMARAN MAKA MEREKA BERSEGERA BERBUAT KEBAJIKAN KEBAIKAN DAN KEMBALI KEPADA KEBENARAN .MAKA MEREKA LAH ORANG ORANG YANG BERUNTUNG DAN MENANG.
62. MAKA AKU ALLAH UJI DAN PILIH DI KALANGAN KAMU UNTUK MENJADI SAKSI DAN WALI AKU ALLAH DENGAN TUGASAN YANG DIBERI MENGIKUT KADAR KEMAMPUAN DIRI KAMU MENJALANKAN TUGAS DAN AMANAT SERTA AMANAH AKU ALLAH BEGITU JUGA MEMPERTEGUHKAN KEIMANAN DAN KETAKWAAN KAMU MANUSIA DAN KAMU BUKAN LAH ORANG ORANG YANG TERANIAYA.
63. WALAUPUN TUGASAN BERITAHU HANTAR SURAT SERTA PERINGATAN PERINGATAN YANG DIBERITAHU SECARA BERSURAT BERTULISAN KATA KATA KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT..NAMUN ADA DI ANTARA MEREKA TERTAWAKAN KAMU. MEMPERLEKEHKAN KAMU.MEMPERSENDAKAN KAMU MALAH MENGANGGA P KAMU DAN PETUGAS PETUGAS LAIN SEBAGAI ORANG G1L0 .MAKA MEREKA LAH ORANG ORANG YANG RUGI.
64. INGATLAN BAHAWA KAMI TIDAK CUAI DAN ALPA DALAM MEMBERI SETIAP HUKUMAN KEATAS DIRI MEREKA SEMASA HAYAT MEREKA ATAUPUN SEMASA HIDUP MEREKA KERANA MEREKA ANGKOH BONGKAK DAN SOMBONG SERTA MEMPERMAIN MAINKAN UTUSAN UTUSAN KAMI YANG TELAH MEMBERI PERINGATAN DAN TEGURAN.MEREKA AKAN RASA AZAB DAN SENGSARA NYA MEMEKIK MEMINTA TOLONG SEDANG MEREKA CUAI LALAI ALPA SETELAH 23 TAHUN DIBERITAHU DENGAN HANTAR SURAT.
65. JANGAN KALIAN MEMEKIK MEMINTA PERTOLONGAN SESUNGGUHNYA KALIAN ORANG ORANG YANG MENGANIAYAKAN DIRI SENDIRI..SETELAH DIBERI PERINGATAN BERITAHU HANTAR SURAT DAN DIBERITAHU OLIH UTUSAN UTUSAN KAMI..KALIAN MEMPERSENDAKAN NYA..MAKA RASA LAH AZAB SENGSARA NYA.
66. MAKA SEMUA AYAT AYAT AKU ALLAH DIBACA DICATIT DITULIS OLIH TUKANG TULIS..TETAPI KALI MASEH ENGKAR BONGKAK ANGKOH DAN SOMBONG..MAKA TUNGGULAH HARI HARI PERHITUNGAN ITU..
MAKA MALAM TADI AYAT AYAT INI DIBERI SETELAH BAB QALBU DIBUKA DAN DIBENTANGKAN
MAKA TERPULANG KEPADA HATI QALBU MEREKA YANG MENDAPAT RAHMAT DAN HIDAYAT ALLAH SWT
ATAU
MENDAPAT KEMURKAAN ALLAH SWT.
Wassallamuallaikum wrwt
Assallamuallaikum wrwt
Adapun bagi mana mana yg berkesempatan ..bagi urusan susur galur dan pewarisan bolih lawati
LAMAN PAHANG..NEGUAI..
Adat kita orang melayu..adat bertanya kita menumpang lalu bertandang bersua muka.
Petugas dan Pewarisan
JELEBU TETAP JELEBU
DI DALAM QALBU
HULU PAHANG..PEWARISAN
ANTARA DUA BERADIK
TOK RAJA
TOK PADUKA
GENDANG SELABUH
MAKA AKAN BERBUNYI KE DUA DUA NYA
PERSEMPADANAN DIBUAT OLIH PIHAK BRITISH DAN DATO BENDAHARA MELAYU BERKAHWIN DENGAN WARIS ..MAKA ANAK LELAKI DI LANTIK MENJADI RAJA..
Jika ada yg Mata Tembus dan Bolih Buka Hijab bolih teruskan menyusun PEWARISAN susur galur 20 pasang 40 beradik/pupu anak cucu Nabi Adam A.S..dipersilakan..
Waallaikummussallam wrwt
Assallamuallaikum wrwt
Adapun hamba maseh menunggu keizinan tuan empunya blogger utk memuat turun pergerakan petugas petugas dan pemain pemain Alam Tinggi atas PAPAN CATUR PENTAS DUNIA..
Jika ada kesempatan untuk sebarang pertanyaan pewarisan bolih berhubung dengan blogger Laman Pahang Neguai dan juga Seramemas ( jas salleh )..
Pertahanan Terakhir Kerajaan Nabi Allah Adam A.S dalam era nya NIKA MENDELIKA MENTERI AKHIRUL ZAMAN..
AKHIR ZAMAN yg di maksud kan dalam TUNTUTAN HAQ PERJANJIAN GUNUNG PERTEMUAN PERHIMPUNAN PADANG MASYAR..
Insyaallah ..aamin
Hamba maseh menunggu keizinan tuan empunya blogger ..kerana beliau PENULIS SEJARAH ..MESTI ATAU WAJIB ETIKA KEWARTAWANAN DAN PENULIS..MENULIS PERKARA YANG BENAR DAN DI PERTANGGUNGJAWAPKAN DI HADAPAN ALLAH SWT.
Wassallamuallaikum wrwt.
Assallammuallaikum wrwt
BISMILLAH
DENGAN NAMA ALLAH
Siri IBLIS BERTEMU MANUSIA
Menjawap Dua Persoalan yg dikemukakan
KENAPA KERAJAAN NABI ALLAH ADAM A.S KERAJAAN SULTAN MAHARAJA DIRAJA ALLIF SULTAN JELEBU TUMBANG.
DAN
KENAPA IBLIS MENCABAR ALLAH SWT SALAH DAN SILAP MENCIPTA NABI ALLAH ADAM A.S SERTA ANAKCUCU ADAM A.S LEBIH HINA DARIPADA BANGSA IBLIS
SEPERTI DIJANJIKAN DIRUANG BLIGGER INI.SILA LAYARI BLOGGER DIBAWAH.
http://semaremas.blogspot.my/?m=1
TERIMA KASEH.
kenapa hendak putar belitkan sejarah.keturunan kami yang membina masjid kuala dulang dulang.keturunan kami yang menyebarkan islam.kalau kamu tidak tahu tentang sejarah masjid kuala dulang.jangan menyebarkan fitnah
salam… tiada siapa yang mahu memutar belitkan fakta, saya orang sejarah tiada langsung mahu menyebarkan fitnah…. lihatlah sumbermya… jika perkara ini berkaitan dgn pihak tuan… maka kemukakanlah yang sebenarnya… saya rasa ramai yang nak tahu…. ia lebih baik daripada menuduh sembarangan… tapi malangnya ramai orang suka mencerca tapi tidak suka membaca apatah lagi menulis…. silakan tuan… tulislah kebenrannya… saya menunggu…