1 Malaysia Cultural Village

Baguslah ada sebuah Kampung Budaya di Kuala Lumpur, namun nampaknya memberi keutamaan kepada pelancong, kalau tidak, masakan dinamakan sebagai ‘Cultural Village’ bukan Kampung Budaya. Walau bagaimanapun, usaha ini tetap disanjung, lebih-lebih lagi masuk percuma. Ini kerana kampung budaya di tempat lain mengenakan bayaran masuk lebih RM50 seorang.

Di dalam Kampung Budaya 1 Malaysia ini terdapat rumah-rumah semua negeri di Malaysia namun hanya bahagian hadapan sahaja, semua rumah tidak boleh dimasuki, mungkin kawasan yang terhad, maka cukuplah memperkenalkan bentuk hadapan sahaja. Kadang-kadang bahagian lain tidak seragam, oleh itu tidak begitu penting untuk diketengahkan.

Selain itu terdapat persembahan tarian, irama Melayu dan gamelan yang dibuat dua kali sehari. Malangnya semasa saya mengunjunginya pada hari Selasa 9 Mei 2011, tiada persembahan gamelan diadakan sama ada pagi dan petang. Tidak diketahui sebabnya, dan pekerja-pekerja di kaunter juga tidak tahu menahu. Yang mereka tahu cuma ada dalam jadual. Tapi mereka sudah berusaha membantu setakat yang mampu.

Selain persembahan kebudayaan, terdapat beberapa permainan tradisional ditunjukkan seperti congkak, sepak raga, batu seremban, dan konda kondi. Cuma saya tak berpuas hati konda kondi ini tidak menggunakan bahan yang tradisional. Tempurung digantikan dengan mangkuk plastik, beralaskan tikar getah. Pihak pengurusan patut menambahkan lagi permainan tradisional ini sebab ia susah nak jumpa dah di bandar seperti galah panjang (tak pasti ada ke takde, tak nampak galah pun), dan lain-lain.

Usaha pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur ini patut diteruskan dan ditambah baik. Biar bayar pun takpe, ataupun sesiapa yang memegang tiket ‘Deck’ boleh memasukinya macam masuk Taman Reptilia. Memang tidak dinafikan untuk membuat sesuatu seperti itu mesti menggunakan kos yang tinggi.

2 thoughts on “1 Malaysia Cultural Village

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s