Tanjak Warisan Melayu

Tanjak, tengkolok atau destar adalah salah satu busana pada bahagian kepala lelaki Melayu yang sering dikaitkan dengan istana, kepahlawanan dan dipakai dalam pelbagai acara adat istiadat bangsa Melayu.

Tanjak pada kebiasaanya akan dipadankan dengan bengkung, sampin dan baju Melayu beserta keris selit bagi pakaian lelaki Melayu.

Tanjak belum lagi dicipta pada zaman sebelum zaman kesultanan Melayu Melaka. Pada zaman itu, hanya sehelai kain digunakan dan diikat di kepala untuk menutup rambut supaya kelihatan kemas.

Ikatan kain ini lama kelamaan berubah dan menjadi semakin cantik mengikut peredaran zaman, diolah dan diubahsuai mengikut taraf seseorang itu.

Orang Melayu Melaka telah menggunakan kebijaksanaan mereka untuk mengubah sehelai kain untuk dipakai sebagai penutup kepala. Tanjak dahulunya merupakan lambang status seseorang. Hanya yang berada sahaja pada ketika itu mampu memakainya dan tanjak juga merupakan sebahagian pakaian raja atau sultan.

Tanjak raja pada zaman Melaka dibuat dari kain sutera dari China atau India manakala orang kebanyakan menggunakan tanjak dari kain biasa.

Berikut adalah jenis-jenis tanjak yang dapat saya paparkan daripada himpunan Encik Mohd Yatim Mustapha di Tongkang Yard, Alor Setar, Kedah. Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan, hendaklah terus menghubungi beliau di talian

017-5176530.

Contoh-contoh tanjak pengantin moden.

Jenis-jenis tanjak yang sering digunakan oleh pengantin pada masa ini ialah Dendam Tak Sudah, walaupun terdapat beberapa jenis lain, namun nampaknya banyak kedai-kedai pengantin menawarkan jenis yang sama.

Jika diamati, tanjak-tanjak lain lebih menarik berbanding Dendam Tak Sudah yang sudah amat biasa sekali.

Nota: Diharap pengantin-pengantin di atas ini tiada masalah wajah mereka dipaparkan, ia hanya untuk pendidikan semata-mata.
Rujukan

Teks: http://resam-melayu.com/2009/12/tanjak-warisan-melayu.html

Advertisement

9 thoughts on “Tanjak Warisan Melayu

      • Assalamualaikum puan..mmg betul tak boleh ambil gambar dalam muzium diraja..saya pun dah jumpa dengan encik ahmad yatim..dan saya ada tempah dua jenis tanjak yg jarang orang pakai agaknya..dan saya juga dah meminta izin dari tuan pembuat untuk saya mempelajari dan mewarisi cara membuat tanjak kerana saya ingin mempelajari dan berharap dapat membuatnya di masa akan datang dan tak ingin ilmu ni pupus..terima kasih jugak kerana puan memperkenalkan tuan pembuat tanjak..dapat jugak saya berbual dengan beliau tentang sejarah tanjak..

  1. Assalamualaikum..hari ni baru habis majlis di sebelah lelaki..pengantin memakai tanjak balung raja dan naga emas buatan en mohd yatim..ada gambar untuk tatapan ouan dan pembuatnya tapi tak tahu mana nak letakkan..terima kasih puan kerana kenalkan pembuat tanjak yang cukup kemas..

  2. Jilbab might be easily worn over everyday clothes. The fundamental concept behind that is to help keep the whole body covered when girls are out in a public spot. Instances have changed, so have the tastes of girls around the globe. Which is why jilbabs are now getting created along modern and elegant lines so that they look fashionable and attain their objective as well.

  3. banyak yg tak betul tanjak diatas. ade juga yg tak cukup syarat dipanggil tanjak. bahagian simpul mempunyai peranan penting kerana ia melambangkan asal usul. tak boleh pakai simpul sebarangan. salah simpul ibarat tidak ada asal usul atau tiada keturunan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s