19 Mac 2012: 10,500 pengedar dadah ditahan sejak 2009

Bagi tempoh 2009 hingga tahun lepas, seramai 10,500 orang ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar dadah sejak 2009.Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata daripada jumlah itu seramai 2,955 ditahan pada 2009, 3,700 orang pada 2010 dan baki 3,845 orang lagi ditangkap sepanjang tahun lepas.

“Statistik PDRM (Polis Diraja Malaysia) bagi kes tersebut (pengedaran dadah) menunjukkan peningkatan disebabkan beberapa faktor antaranya kerana keuntungan yang lumayan dan cepat hasil daripada aktiviti pengedaran dadah,” katanya dalam jawapan bertulis kepada Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), pada persidangan Dewan Rakyat, di Kuala Lumpur hari ini.

Selain itu katanya, dadah jenis sintetik juga mudah diproses pada masa kini berikutan formula dan bahan kimia untuk memproses dadah mudah diperolehi.

— Bernama

Persoalannya:
1. Bagaimana mereka mendapat bahan untuk menghasilkan dadah?
2. Adakah kerajaan gagal mengingatkan/memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia akan bahaya penagihan dadah?
3. Disebab peningkatan pengedaran, bagaimana peranan PDRM bahagian narkotik yang tidak berkesan langsung bagi mengatasi masalah penagihan dan pengedaran dadah malah tidak berkurangpun?
Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s