Kenapa Bunohan Tidak Menarik Penonton?

5 Apr– Filem “Bunohan” yang diarahkan oleh pengarah hebat, Dain Said boleh dikategorikan sebagai antara filem tempatan yang berjaya menarik perhatian pihak luar sehingga filem “Bunohan” ini telah berjaya meraih anugerah NETPAC di Festival Filem Golden Horse Taipei.

Walaupun mendapat reaksi positif dan pengiktarafan dari luar negara, namun ia seperti tidak memberi sebarang kesan kepada penonton tempatan apabila filem ini mendapat sambutan dingin daripada penonton.

Filem ini dikatakan tidak menepati citarasa penonton tempatan kerana jalan cerita yang berat dan memerlukukan penonton untuk berfikir ketika menonton filem ini. Jadi, penonton-penonton filem tempatan ini rata- rata lebih menggemari filem bergenre komedi kerana ia tidak memerlukan mereka untuk berfikir.

Bagi penerbit filem, Nandita, dia menjelaskan bahawa matlamat utama filem ini adalah untuk menghasilkan sebuah karya yang baik dan berkualiti.

“Bertahun lamanya kami merancang untuk menghasilkan filem ini untuk dibawa ke layar perak. Pada sudut penghasilan kami sendiri tidak pernah meletakkan harapan tinggi untuk meraih kutipan berjuta ringgit kerana pada kami apa yang penting adalah kualiti sesebuah filem itu sendiri.”

“Walaupun tidak berjaya meraih kutipan berjuta ringgit seperti filem tempatan lain, kami yakin mereka yang pergi menonton filem ini mempunyai sebab yang kukuh untuk memartabatkan lagi industri perfileman kita yang semakin dihimpit kecaman meraih untung dari menjadikan sesebuah filem itu berkualiti,” jelasnya.

Tambahnya lagi, jika ada pihak yang menyalahkan pihak publisiti membuat kurang membuat promosi, ia tidak benar kerana filem ini sebenarnya telah berjaya di mata dunia apabila menerima anugerah di festival filem Golden Horse di Taipei yang lepas.

“Kami tidak nampak dari segi kekurangan promosi dan publisiti, malahan berasa terkejut apabila menerima banyak kritikan dari penggiat seni yang lain serta dapat liputan meluas dari media cetak dan elektronik. Kami sendiri tidak sangka akan menerima sokongan yang begitu pada dari penonton tempatan setelah mereka sendiri pergi menonton filem ini”

Jelas Nandita lagi, pihak mereka kini sedang dalam proses menghasilkan sebuah lagi filem terbitan Apparat Sdn Bhd.

“Apa yang kami kecapi dari filem “Bunohan” ini benar-benar memberikan inspirasi untuk menghasilkan filem yang lebih berkualiti. Kami kini sedang sibuk dalam menghasilkan sebuah lagi filem yang sebegitu,” ujar Nandita.

Sumber: Yahoo Malaysia, 5 April 2012

Mungkin Bunohan tidak menarik penonton ialah bagi saya (saya melanggan filem ini di Astro First saya tidak tahu berapa keuntungan yang diperoleh oleh penerbit dan berapa pula habuan Astro, minta maaf):

1. Kurangnya promosi, hanya seketika dulu keluar promonya di TV.

2. Target utama Bunohan ialah golongan Melayu, malangnya pada masa kini orang Melayu lebih suka melihat cerita seram, hantu, khurafat atau cerita-cerita mengarut lain, terlalu banyak saingannya di pasaran.

3. Minda orang Melayu hanya untuk berhibur bukan untuk belajar, kalau cerita mengarut dan lawak, ramailah yang menonton, kalau cerita yang bermanfaat, maka sebaliknya, contohnya berapa ramai suka melihat ceramah agama berbanding konsert hiburan, berapa ramai mengunjungi pesta buku berbanding pesta hiburan seperti pesta yang dianjurkan syarikat TV swasta, dan lain-lain perbandingan lagi. Hinggakan Hikyat Merong Mahawangsa juga terpaksa diselitkan unsur-unsur hiburan dan jenaka.

Dissebabkan sikap orang Melayu yang leka dan tak tahu arah tuju, dari pelbagai aspek banyak ketinggalan seperti ekonomi,sukan hatta pendidikan sekalipun. Entah di mana silapnya.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s