Kiwi mampu cegah penyakit nyanyuk

Walaupun mungkin ramai yang tidak menggemari buah kiwi kerana rasanya yang agak masam, namun tahniah kepada mereka yang sememangnya menggemari buah kiwi.

Kiwi adalah sejenis buah beri dengan kelompok kultivar dari kayu pohon anggur Actinidia deliciosa dan hibrida dari spesies pada famili Actinidia. Actinidia asli berasal dari Shaanxi, Cina.

Buah kiwi yang normal berbentuk oval, kira-kira sebesar telur ayam (5–8 cm / 2–3 in dan diameter 4.5–5.5 cm / 1¾–2 ). Buah ini kaya serat, kulit berwarna hijau-kecokelatan dan daging buah berwarna hijau terang atau keemasan dengan biji kecil, hitam, dan bisa dimakan. Tekstur buah ini sangat halus dan rasanya yang unik, saat ini buah kiwi sudah ditanam di berbagai negara.

Buah ini awalnya bernama Gosberi Cina, buah ini dinamai kembali dengan untuk tujuan pemasaran pada tahun 1950-an, menjadi melonette, kemudian kiwi. Nama buah ini berasal dari kiwi iaitu sejenis burung yang tidak boleh terbang.

Buah Kiwi bukan sahaja sedap (bagi mereka yang menggemari) malahan mempunyai pelbagai khasiat tersembunyi khasnya kepada mereka yang menghidap penyakit Parkinson dan Alzheimer.

Buah kiwi merupakan buah yang kaya dengan vitamin dan dapat membantu mendapatkan tubuh yang sihat.

Vitamin C
Vitamin C merupakan agen anti oksida yang dapat melindungi dari terdedah kepada ancaman radikal penyakit seperti barah dan sakit jantung. Selain itu, khasiat yang terdapat di dalam buah kiwi ialah dapat mencegah daripada penyakit Parkinson dan Alzheimer.

Mata sihat
Bukan sahaja lobak merah yang bermanfaat untuk kesihatan mata. Buah kiwi juga dapat membantu mendapatkan mata yang sihat kerana ia mengandungi Lutein dan Vitamin A. Lutein dapat membantu mata dalam penyerapan cahaya biru yang merosakkan mata, dan dapat mencegah degenerasi makula iaitu penyakit yang boleh menyebabkan kebutaan kepada golongan dewasa dan mereka yang berumur 55 tahun ke atas.

Penghadaman protein
Buah kiwi dapat membantu dalam penghadaman protein tubuh. Anda perlu tahu bahawa penghadaman protein yang tidak baik boleh menyebabkan pengeluaran toksin dalam badan dan boleh menyebabkan masalah seperti pertambahan berat badan, masalah badan berbau, dan juga nafas berbau.

Sumber: Yahoo! dan wikipedia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s