Wang Kertas Baharu: Suatu Pembaziran

Bukan asyik nak komen je apa yang kerajaan buat. Banyak juga yang baik. Tapi yang satu ni aku tak berkenan, takde kepentingan pun nak tukar duit. Asal gabenor baru je tukar duit, asal baru je tukar. Apa masalah yang lama? Kerana nak nama? Nak nampak signature sendiri atas duit? Sudah-sudahlah tu memikirkan pasal dunia.

Banyak masalah lain kat Malaysia ni yang patut diberi keutamaan. Banyak lagi sekolah yang masih daif di Malaysia Timur sana. Masiah ada penduduk belum berjalan raya, nak pergi sekolah pun naik bot. Masih ada belum terima air bersih. Kenapa nak membazirkan wang negara membuat sesuatu yang tiada manfaatnya, semata-mata kerana nama.

Untuk tukar bukan sedikit perbelanjaannya, dari kos merekabentuk, mencetak, membuat plat, dan lain-lain kos pengurusan, jutaan ringgit dihabiskan begitu sahaja. Ia juga menyusahkan beberapa perniagaan apabila saiz wang syiling tidak lagi sama dengan saiz lama, akibatnya mesin yang menerima wang syiling kena ditukar pula. Harap kerajaan lebih prihatin kepada rakyat daripada membuat perkara-perkara sebegini lagi. Rakyatkan diberi keutamaan….

 

Advertisement

One thought on “Wang Kertas Baharu: Suatu Pembaziran

  1. bagi saya mungkin benar ia satu pembaziran, tapi mungkin jika difikirkan secara positive, peningkatan ciri-ciri keselamatan dari dipalsukan mungkin dapat di lihat dengan kualiti dan jenis kertas yang digunakkan, mungkin boleh buat “awang2 hitam” sakit kepala nak mencari kualititi sedemikian.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s