Buku Siri Rukun Negara Malaysia ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang kepentingan memahami dan menghayati maksud yang tersirat dan tersurat dalam setiap prinsip Rukun Negara Malaysia. Bukan itu sahaja, setiap prinsip itu akan dihuraikan secara terperinci menjurus kepada pemahaman yang lebih jelas dan sebab mengapa prinsip tersebut wajar dihayati.
Buku 1 menerangkan tentang prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dan memahami kepelbagaian agama di negara ini. Walau bagaimanapun tumpuan hanya diberikan kepada agama-agama yang lebih dominan di Malaysia. Ajaran secara ringkas setiap agama juga diberikan agar murid-murid tidak memandang hina kepada agama lain. Manakala buku 2 adalah mengenai prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Pengetahun mengenai sistem perlembagaan dan kedudukan raja-raja yang perlu diketahui oleh murid-murid diketengahkan.
Buku 3 pula adalah tentang prinsip Kedaulatan Undang-undang di mana murid-murid diberi kefahaman mengenai undang-undang negara dan mengetahui kepentingannya. Manakala buku 4 yang mengandungi prinsip Keluhuran Perlembagaan pula menerangkan tentang perlembagaan negara Malaysia. Buku yang terakhir, Kesopanan dan Kesusilaan menerangkan pentingnya rakyat Malaysia hidup aman dan harmoni dalam satu negara yang bersatu padu.
Dengan penghasilan buku ini adalah diharapkan ia dapat membantu murid-murid untuk memahami semua prinsip-prinsip di atas dan seterusnya menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, mempunyai jati diri dan boleh hidup dalam suasana harmoni dan aman damai tanpa sifat prejudis dan prasangka antara kaum. Semoga buku ini dapat memberi faedah kepada pembaca.
Penerbit: PUSTAKA GEDUNG ILMU (001827626-H)
Harga: RM170
Kulit Lembut
Saiz: 7″ x 10″