YANG DIPERTUANAN NEGERI SEMBILAN

Penghijrahan Orang Minangkabau 

Pada permulaan abad ke-14 M, orang Sumatera dari Tanah Minangkabau mulai tiba di Negeri Sembilan melalui Melaka dan sampai ke Rembau. Orang Minangkabau ini lebih bertamadun daripada Orang Asli ini dan berjaya memujuk hati orang Asli. Dengan itu berlakulah nikah kahwin antara orang Minangkabau ini dengan penduduk asli dan daripada keturunan mereka dinamakan suku Biduanda. Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. Orang Minangkabau yang datang kemudian adalah dari suku kampung-kampung asal mereka di Minangkabau. Pada peringkat awal kebanyakan yang tiba adalah dari Tanah Datar dan Payakumbuh.

Dari suku Biduanda inilah asalnya pembesar-pembesar Negeri Sembilan yang dipanggil Penghulu dan kemudiannya Undang. Sebelum wujudnya Yang DiPertuan Besar, Negeri Sembilan adalah di bawah naungan Kesultanan Johor. Kesultanan Johor yang memberi gelaran Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Sejarah Yang Dipertuan Besar

Raja Melewar

Ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau pada 1773, memulakan institusi beraja di Negeri Sembilan. Uniknya ialah raja di Negeri Sembilan adalah yang dijemput oleh pembesar-pembesar negeri (Penghulu) dari Pagar Ruyung dan dirajakan di Negeri Sembilan. Sebab itulah raja tidak digelar Sultan tetapi memakai gelaran Yang DiPertuan atau Yamtuan. Sedangkan semua negeri di Malaysia dan Brunei menggunakan istilah Sultan atau raja.

Nama Negeri Sembilan mula digunakan pada abad ke-16 untuk merujuk kepada persekutuan negeri-negeri yang telah dibuka oleh orang Minangkabau di Semenanjung Tanah Melayu iaitu Segamat yang kini menjadi sebahagian daripada Johor, Naning yang kini menjadi sebahagian daripada Melaka, Rembau, Sungai Ujong, Johol dan Jelebu yang kini adalah sebahagaian daripada Negeri Sembilan, Hulu Pahang dan Jelai yang kini menjadi sebahagian daripada Pahang, dan Kelang yang kini menjadi sebahagian daripada Selangor.

Rembau dan Naning merupakan dua kawasan yang banyak disebut dalam sumber Belanda sepanjang abad ke-17 iaitu selepas kuasa Belanda menakluki Melaka pada tahun 1641. Tetapi hubungan orang Minangkabau dengan Belanda sentiasa renggang. Melaka berasa teracam. Kerajaan Johor pula berbaik-baik dengan Belanda sejak 1630-an kerana sering memberi bantuan kepada Belanda menentang Portugis di Melaka.

Pada tahun 1673, Johor Lama telah dimusnahkan oleh orang Jambi. Sultan Abdul Jalil (1623-1677) terpaksa melarikan diri dan menetap di Pahang dan mangkat di sana. Orang Minangkabau di Rembau, Sungai Ujong dan Naning mengambil kesempatan untuk menjemput seorang anak raja dari Pagar Ruyong bagi memerintah negeri-negeri yang didiami orang Minangkabau di Semenanjung. Itu merupakan kali pertama percubaan untuk mewujudkan sebuah kerajaan Minangkabau di Semenanjung. Anak raja Pagar Ruyung, Raja Ibrahim tiba pada tahun 1677, diiringi menurut laporang Belanda oleh 3770 orang Sumatera. Orang Belanda di Melaka berasa cemas, kebimbangan kerajaan Johor lebih ketara lagi kerana pengaruh dan kewibawaannya ke atas petempatan-petempatan Minangkabau itu terancam. (Kim, 1990: 4)

Pada awal abad ke-18, Raja Kechil dari Siak berjaya merampas takhta Johor menjadikan kedudukan orang Minangkabau lebih kukuh di Semenanjung. Pada awal 1721, orang Bugis mula mencabar kewibaan dan kuasa Raja Kechil. Mereka diketuai oleh Daeng Marewa. Raja Kechil berhasrat membunuh Sultan Abdul Jalil di Pahang dan menyerang Linggi pada tahun yang sama, usaha ini gagal. Oleh itu Orang Bugis melanggar Riau dan membunuh ramai orang Minangkabau di sana. Setelah itu orang Bugis mengangkat Raja Sulaiman, putera Sultan Abdul Jalil sebagai sultan Johor yang baharu. Daeng Marewa, ketua orang Bugis dilantik sebagai Yamtuan Muda.

Tetapi persaingan orang Bugis dan Raja Kechil belum berakhir. Raja Kecil cuba menyerang orang Bugis dengan menggunakan angkatan laut yang kuat. Raja Kechil cuba mendapatkan sokongan orang Minangkabau di Semenanjung. Sumber Belanda pada waktu itu menyatakan Raja Rembau ialah Raja Melewar. Raja Melewar tidak menyokong Raja Kechil kerana sumber Belanda mengatakan Raja Kechil menghantar Raja Khatib untuk menentang Raja Melewar. Pada awalnya Raja Khatib berjaya meluaskan pengaruhnya ke naning serta kawasan-kawasan lain seperti Seri menanti, Johol dan Tampin. Tetapi dalam serangan balas yang dilancarkan oleh Raja Melewar, Raja Khatib tewas, kemudian diberkas oleh orang Belanda dan dihantar balik ke Siak pada 1728. (ibid, 5)

Tidak dapat dipastikan tarikh yang tepat ketibaan Raja Melewar dari Pagar Ruyung, Minangkabau. Pada tarikh 1727 hingga 1728 dikatakan beginda telah memerintah Rembau. (Ibid, 6). Mengikut salasilah Raja-raja Minangkabau Sultan Abdul Jalil Johan, Raja alam Minangkabau yang bertakhta di Istana Gudam Pagaruyung telah memilih anakandanya Raja Mahmud yang lebh dikenali dengan nama Raja Melewar. Pemergian Raja Melewar dibekalkan oleh ayahandanya sehelai rambut panjang kepunyaan Sultan Abdul Jalil Johan seabagi simbol keturunan dan kebesaran. Baginda telah dilantik dan diabalkan sebagai Yamtuan oleh Undang Yang Empat pada tahun 1773 dan memegang jawatan sehingga kemangkatannya pada tahun 1795. (Nadzan, 2005:, 335)

Istana Ampang Tinggi yang telah dipindahkan pernah menjadi istana.

Pada 1773 lagi, institusi beraja telah wujud secara rasmi di Negeri Sembilan apabila negeri itu ditubuhkan dengan gabungan sembilan buah daerah iaitu Rembau, Tampin, Jelebu, Johol, Jempol, Sungai Ujong, Inas dan Terachi, Hulu Muar dan Gunung Pasir. Tetapi kini pembahagian daerah telah ditukar untuk tujuan pentadbiran.

Pada awalnya jawatan Yamtuan ini tidak jatuh pada keturunan. Bila Yamtuan Melewar mangkat sipohon seorang lagi penggantinya dari Minangkabau. Anak raja yang didatangkan terus dari Pagaruyung kali ini bernama Raja Hitam yang menduduki takhta Sri Menanti antara tahun 1795-1808. Selepas kemangkatan baginda, diutuskan seorang lagi anak Raja Pagaruyung bernama Raja Lenggang yang menjadi Yamtuan dari tahun 1808 hingga tahun 1824. Ketiga-tiga anak raja yang dijemput telah diberi sambutan di Kampung Penajis dalam luak Rembau di mana didirikan sebuah istana untuk kemudahan persinggahan sebelum meneruskan perjalanan merentas hutan dan bukit-bukau ke Seri Menanti. (ibid, 335)

Istana Seri Menanti yang kini menjadi muzium.

Tuanku Muhammad

Dinasti Seri Menanti bermula dari Yamtuan keempat iaitu Yamtuan Radin anak Yamtuan Lenggang yang menaiki takhta pada tahun 1830. Kemangkatan Yamtuan Radin pada tahun 1861 telah dilantik pula Yamtuan Imam, adinda Yamtuan Radin yang menduduki takhta dari tahun 1861 sehingga 1869. Berlaku kekosongan untuk beberapa tahun disebabkan putera Yamtuan Imam yang menuntut takhta kerajaan telah tidak dilantik oleh Undang Yang Empat. Kekosongan ini berlarutan beberapa tahun sehingga Tuanku Antah putera Yamtuan Radin dipilih dari tahun 1872 hingga 1888. Ketika ini pengaruh British telah meluas ke seluruh Negeri Sembilan, Tuanku Muhammad iaitu anak Yamtuan Antah telah dilantik menduduki takhta kerajaan. Oleh kerana usia baginda masih muda tatkala menaiki takhta Yamtuan Muhammad kekal sebagai Yamtuan Seri Menanti dan kemudiannya Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selama 45 tahun (1888-1933).

Tuanku Abdul Rahman menjadi Yang di-Pertuan Agong pertama.

Selepas kemangkatan baginda, terdapat beberapa calon bagi takhta Yamtuan, antaranya dua calon terkemuka iaitu adinda almarhum. Tuanku Besar Burhanuddin dan putera sulung almarhum bernama Tuanku Abdul Rahman. Undang yang empat telah memilih dan melantik putera almarhum, Tuanku Abdul Rahman dan kekal menjadi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan selama 27 tahun (1933-1960). Apabila baginda mangkat, anakanda baginda yang sulung, Tunku Munawir telah dilantik menggantikannya dan menaiki takhta selama tujuh tahun sebelum mangkat. (ibid, 336)

Pengganti Tunku Munawir ialah Tunku Jaafar yang menaiki takhta pada 1960 hingga mangkat pada 2008. Apabila

Tuanku Munawir

Tunku Jaafar mangkat, Undang Yang Empat Negeri Sembilan telah memilih Tunku Mukhriz ibn Almarhum Tunku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang baharu.

Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan adalah raja berperlembagaan di Negeri Sembilan sejak 1957. Sebelum itu, Yang di-Pertuan Besar adalah raja yang memerintah semua tanah jajahan adat di Negeri Sembilan.

Tuanku Jaafar menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-10 Malaysia.

Tuanku Mukhriz memegang jawatan Yang Dipertuan Besar sejak 2008.

SALASILAH YANG DIPERTUANAN NEGERI SEMBILAN

1. Raja Melewar 1773-1795
2. Raja Hitam 1795-1808
3. Raja Lenggang 1808-1824
4. Raja Radin 1824-1861
5. Yamtuan Imam 1861-1869
6. Tengku Ampuan Intan (Pemangku Raja) 1869-1872
7. Yamtuan Antah 1872-1888
8. Tuanku Muhammad 1888-1933
9. Tuanku Abdul Rahman 1933-1960
10. Tuanku Munawir 1960-1967
11. Tuanku Jaafar 1967-2008
12. Tuanku Mukhriz 2008-kini

Rujukan

Khoo Kay Kim (Prof. Dato’), 2004, Negeri Sembilan: Sejarah Awal dan Sistem Politiknya, dalam Norazit Selat (ed.), Negeri Sembilan Dahulu dan Sekarang, Persatuan Muzium Malaysia, Muzium Negara, Kuala Lumpur.

Nadzan Haron (Prof. Madya Dr.), 2005, Institusi Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan: Sejarah dan Adat Istiadatnya, Kertas Kerja Seminar Kesultanan Melayu Nusantara, Anjuran UKM & Muzium Negeri Pahang, Kuantan, 2005.

dan pelbagai sumber.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s