Popia, Popiah, Lumpia atau Bopiah

Sudah lama tidak menulis artikel di blog. Dulu sibuk dengan kuliah. Isu popia ini memanggil-manggil untuk saya menulis. Bukanlah bermaksud apa yang saya tulis pastinya betul. Ia hanyalah kajian sendiri dan sebagai rujukan kepada sesiapa yang tidak dapat mengkaji asal usul popiah yang dihebohkan oleh segelintir masyarakat Indonesia pada masa ini.

Ini bukan pertama kali Indonesia mempertikaikan makanan warisan Malaysia. Sebelum ini mereka mempertikaikan sate yang didakwa berasal dari Indonesia. Maka Malaysia tidak berhak mengisytiharkan sate sebagai makanan warisan Malaysia. Menurut Jennifer Brennan (1988), sate adalah berasal dari India yang diadaptasi daripada kebab orang India. Mereka datang berdagang ke Tanah Melayu berkurun dahulu telah membawa pengaruh makanan mereka. Golongan India Muslim ini yang menerima pengaruh budaya Timur Tengah daripada Arab, telah mengadaptasi kebab Arab kepada sesuatu yang mudah dibawa. Golongan pendatang tersebut yang datang ke Asia Tenggara telah membawa budaya sate ke Nusantara dan diadaptasi pula oleh masyarakat Jawa.

Tapi kali ini saya nak membicarakan soal popia. Kadang-kadang disebut sebagai popiah. Nama popia ini sendiri sudah menunjukkan popia bukan berasal daripada bahasa Melayu.  Perkataan popiah  berasal dari bahasa Cina Fujian (Pe̍h-ōe-jīpȯh-piáⁿ). Dalam dialek Teochew  mereka memanggil 薄餅仔iaitu  bobea atau dikenali sebagai pizza tempatan yang menggunakan kulit tepung (pastri) yang nipis. Popiah di Indonesia dikatakan disebut sebagai lumpia yang terkenal di Semarang (Jawa Tengah). Tak kiralah popia atau lumpia kedua-duanya berasal dari bahasa Cina. Lumpia atau Cinanya  潤餅; pinyinrùnbǐngPe̍h-ōe-jījūn-piáⁿ, lūn-piáⁿ berasal dari dialek Hokkien. Popiah hanya dijadikan bahasa Melayu secara rasmi pada 1986.

Spring roll China

Spring roll China

Meskipun sama-sama menggunakan kulit tepung yang nipis dengan variasi inti mengikut cita rasa, perbezaan popiah dan lumpia sangat ketara. Lazimnya popia menggunakan sengkuang (gicama), lobak (resepi baharu), taugeh, timun dan lain-lain mengikut cita rasa. Perlu diingat sengkuang ini juga dikenali sebagai sengkuang cina yang menunjukkan ia adalah bahan tradisi dalam masakan Cina. Manakala lumpia pula menggunakan daun lik sebagai bahan utama selain bahan-bahan lain.

Lumpia Semarang

Lumpia Semarang

Maka Cina dari mana-mana tempat juga mengatakan popia sebagai makanan tradisi mereka, tidak kira dari tanah besar, Taiwan, Hongkong, mahupun di Asia Tenggara. Tidak pula mampu Indonesia membantah hal ini. Dalam Wikipedia juga melaporkan popiah ialah ‘spring rolls Chinese’ termasuk juga lumpia. Di Vietnam, popiah dipanggil cha gou (chả giò) yang mempunyai isi daging khinzir cincang atau dipanggil  gỏi cuốn iaitu versi basah.

Cha_gio vietnam

Cja gio Vietnam hampir sama bentuk luarnya seperti popiah Malaysia.

Goi coun Vietnam atau popia basah.

Goi coun Vietnam atau popia basah.

Dalam masakan Cina, popia gulung yang diisi dengan hirisan kubis dan sayur-sayuran lain di dalam satu gulungan pastri yang nipis. Dari kawasan seperti Zhejiang di timur China dan utara China biasanya dimakan semasa Festival Spring (musim bunga) di China, dengan itu namanya dikenali sebagai ‘spring roll’ dalam bahasa Inggeris.

Di Eropah, Amerika Utara dan Selatan, spring roll ditemui secara meluas dengan pelbagai nama dan isi yang berlainan. Kebanyakannya terdapat di restoran Cina.   Misalnya di Uruguay dan Argentina, popia dinamakan sebagai Arrollados Primavera  yang dibawa oleh orang Cina dan banyak disediakan di restoran Cina.

20140806_114139

Popia goreng versi Thai.

Popia basah versi Thai.

Popia basah versi Thai.

Maka jelaslah, popia adalah berasal dari China yang didiasporakan oleh masyarakat Cina yang berhijrah ke serata dunia termasuk Asia Tenggara. Disebabkan lamanya ia telah sampai ke bumi kita, tidak salah untuk kita menamakan popia sebagai makanan tradisi kita, apatah lagi negara-negara di Asia Tenggara turut dihuni oleh masyarakat Cina sebagai minoriti terbesar, dan majoriti di Singapura.  Tiada sesiapa pun di Asia Tenggara boleh mengatakan popia adalah hak milik mereka sahaja sedangkan ia dibawa oleh golongan pendatang pada asalnya, yang kini telah pun menjadi warganegara atau penduduk tetap. Dakwaan Indonesia tersebut menunjukkan mereka tidak mempelajari sejarah dan tidak mengenal bangsa sendiri. Saya pasti cerdik pandai Indonesia tidak terlibat dengan hal ini.  Golongan yang sibuk dengan propaganda membenci Malaysia atau sering menimbulkan isu remeh seperti soal sate, tarian pendet dan popia ini adalah golongan kurang berpendidikan. Banyaknya pengangguran di sana (lebih 16 juta orang) menyebabkan terbukanya ruang untuk melakukan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Pengalaman saya sendiri ketika ke Bangkok pada tahun 2010, yang ketika itu Indonesia sedang membantah tentang tarian pendet diisytiharkan sebagai budaya Malaysia (secara tersilap oleh media Singapura), terdapat orang Indonesia sendiri yang merungut dengan tindakan sesetengah masyarakat Indonesia tersebut, kerana mereka mendakwa kita satu rumpun, tiada sesiapa yang boleh mendakwa sesuatu budaya mutlak miliknya. Dalam isu tarian pendet, Malaysia langsung tidak berminat dengan tarian yang mengandungi unsur pemujaan itu (dan berkemban), malah Malaysia sendiri mengharamkan beberapa jenis tarian walaupun telah ditarikan berkurun lamanya di negara ini disebabkan bertentangan dengan nilai-nilai Islam seperti Ulik Mayang dan Kuda Kepang.

Sejarah telah membuktikan kita satu rumpun. Kita bangsa Austronesia yang merangkumi seluruh Nusantara termasuk di Filipina, Kemboja dan selatan Thai. Orang Melayu sebelum terbentuknya negara bangsa yang merdeka bebas bergerak di Nusantara malah berdiaspora hingga ke Eropah, Afrika Selatan dan Australia tanpa sekatan visa dan imegresen. Maka nilai-nilai Melayu adalah hampir sama kecuali dipengaruhi serba sedikit oleh persekitaran. Persekitaran jugalah menyebabkan Melayu menerima baik makanan Cina dan India yang sama-sama tinggal di bumi Nusantara. Buktinya laksa telah menjadi makanan tradisi Melayu yang asalnya makanan bermi (ramen) adalah dari China. Bukan makanan sahaja, budaya lain turut mempengaruhi masyarakat Melayu seperti pemberian duit raya, bermain mercun dan bertocang. Perkongsian secara sihat ini patut diraikan bersama untuk kepelbagaian, faham-memahami dan keamanan sejagat. Persamaan budaya bermakna kita mempunyai ikatan sejarah yang kuat, bukan ia dijadikan isu untuk berbalah dan bersaing sesama sendiri. Adalah lebih baik kita meluangkan masa yang ‘terluang’ itu untuk meningkatkan ekonomi bangsa Melayu, meningkatkan pendidikan atau meningkatkan ketinggian sosial masyarakat Melayu supaya menjadi suatu bangsa yang lebih tinggi peradabannya, lebih tinggi jati dirinya dan lebih tinggi budi pekertinya.

Popiah versi Hong Kong.

Popiah versi Hong Kong.

Popia versi Malaysia (Shah Alam). Popiah Malaysia ada tiga versi, celup, siap calit kuah dan basah.

Popia versi Malaysia (Kelana Jaya). Popiah Malaysia ada tiga versi, cicah, siap calit kuah dan basah.

Rujukan

Pelbagai sumber

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s