PROMOSI: CHINA

PROMOSI: CHINA

Kejarlah ilmu sampai ke Negeri China, begitu kata pepatah. Terdapat juga Hadis yang menyebut mengenainya. Apa ya maksud daripada pepatah tersebut? Mengapa harus jauh-jauh mengejar ilmu sampai ke China? Pepatah tersebut adalah untuk menggambarkan betapa hebatnya peradaban tamadun China.

China diakui sebagai antara kawasan peradaban tertua di dunia oleh sejarawan dan para penyelidik ketamadunan. Negara ini dipercayai menjadi pusat sejarah dan budaya yang tersebar pengaruhnya ke seluruh penjuru dunia. Banyak penemuan-penemuan dunia yang berasal dari China. Kertas yang sekarang kita gunakan juga merupakan penemuan bangsa China. Juga teknik mencetak buku, kompas untuk memandu arah, sampai kepada pembuatan senjata awal.

Dari catatan sejarah, peradaban China bermula sejak 1.7 juta tahun yang lalu di sepanjang Sungai Kuning (Hwang Ho). Pada masa ini pun budaya China ternyata sudah berkembang pesat, terutama dalam bidang sastera dan falsafah. Pertambahan penduduk dan pengaruh budaya dari wilayah lain di Asia membuat budaya China kemudian berkembang menjadi lebih moden.

Kebesaran peradaban China ternyata menggamit bangsa lain untuk menguasainya seperti usaha yang dilakukan oleh bangsa Monggol terhadap wilayah China. Untuk menghalang usaha ini, tembok besar China telah didirikan yang boleh diihat dari satelit sepanjang 6400 km dengan tinggi 8 m.

Terdapat 4 sebab mengapa Nabi Muhammad SAW menggesa umat Islam pergi ke China untuk berdakwah (An Wan Seng: 2010).

  1. Supaya umat Islam belajar cara membuat kertas kerana bangsa Cina paling awal tahu membuatnya. Supaya dapatlah Al-Quran ditulis dengan sempurna.
  2. Supaya umat Islam belajar membuat sutera bagi penyimpanan senjata.
  3. Supaya umat Islam belajar membuat mercun, kerana pada peringkat awal umat Islam memerlukan pertahanan, mercun boleh menjadi bahan letupan mengelirukan musuh.
  4. Supaya umat Islam belajar cara membuat tembikar bagi penyimpanan air.

Cerita Dongeng Rakyat Cina: Puteri dan Putera Pelangi
(free reading)

Ying Tai baharu sahaja lulus sekolah rendah. Naun, pada masa lalu, anak perempuan dianggap tidak perlu bersekolah tinggi-tinggi. Makanya, Ying Tai pun tidak diizinkan untuk melanjutkan sekolahnya. Beza dengan zaman sekarang, di mana lelaki dan perempuan mendapat hak yang sama. Namun tekad Ying Tai untuk mengejar cita-citanya sangat besar. Ying Tai lalu menyamar menjadi anak lelaki supaya boleh diterima di sekolah menengah di bandar. Akhirnya dia dapat melanjutkan persekolahannya.

Semua pelajar dari luar daerah tinggal di asrama. Ying Tai mendapat bilik bersebelahan dengan Hsien Po, seorang pemuda tampan. Setiap hari mereka belajar bersama-sama, sehingga lama-kelamaan mereka menjadi akrab. Waktu berjalan tanpa terasa, musim silih berganti, Selama itu pula tiada yang curiga bahawa Ying Tai adalah perempuan. Tingkah lakunya memang dibuat seperti seorang lelaki. Cuma lebih santum, budi pekertinya yang halus, dan wajahnya lebih manis daripada lelaki umumnya.

Suatu hari, abang Ying Tai datang ke asrama membawa khabar buruk. Ayahnya telah meninggal dunia. Ying Tai harus segera pulang. Hati Ying Tai berasa robek. Dia berasa tidak hanya kehilangan ayah, tetapi juga masa depannya. Selama ini hanya ayahnya yang setuju dia meneruskan persekolahannya. Sementara ibunya mahu dia terus berkahwin. Dengan berat hati Ying Tai meninggalkan Hsien Po, sahabatnya di asrama. Walau bagaimanapun Ying Tai tetap berasa ragu akan perkhabaran abangnya itu.

Rasa khawatir Ying Tai terbukti apabila sampai di rumah, ia telah dijodohkan dengan Doktor Ma. Doktor Ma telah memberi perubatan percuma kepada ayahnya dan perkahwinannya dianggap membayar hutang-hutang ayahnya.

Di asrama, berkali-kali Hsien menulis surat kepada Ying Tai, tetapi tidak mendapat sebarang balasan. Sampai akhirnya dia memutuskan untuk mencari Ying Tai di kampungnya. Kedatanganya disambut oleh orang gaji.

“Encik Ying Tai ada di rumah?” tanyanya pada orang gaji tersebut.
“Encik Ying Tai? Yang ada Cik Ying Tai. Namun dia tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki. Sebentar lagi dia akan menjadi Puan Ma, kerana akan berkahwin dengan Doktor M,” jawab orang gaji itu.

Orang gaji itu dengan cepat menutup pintu. Dugaan Hsien Po bahawa Ying Tai bukan lelaki terbukti benar. Semala ini ia memang sudah curiga, Bahkan diam-diam dia menyukai Ying Tai.

Untuk melupakan masa lalunya bersama Ying Tai, Hsien Po belajar dengan bersungguh-sungguh, namun dia tidak dapat melupakan Ying Tai. Sehingga akhirnya dia jatuh sakit dan meninggal dunia.(So sad)

Meninggalnya Hsien Po bersamaan dengan persiapan pesta perkahwinan Ying Tai. Sebagai orang paling kaya di wilayahnya, Doktor Ma berniat menyelenggarakan pesta perkahwinan secara besar-besaran.

Ying Tai diusung tandu diiringi dua dayang ke rumah Doktor Ma. Laluan perlajanan kebetulan melewati kubur Hsien Po. Ying Tai meminta dia diturunkan sebentar di kubur tersebut. (mana dia tahu tak tahulah)

“Dia teman sekelasku. Aku akan mendoakan rohnya,” pinta Ying Tai. Para dayang dan mengusung tandu tidak berasa curiga. Dengan kepala tertunduk dan air mata berlinang, Ying Tai mengucap sesuatu dengan syahdu.

“Jika kita ada jodoh, berilah tanda…..”

Tiba-tiba berhembus taufan badai, kilat sabung menyabung. Guruh terdengar berdentum-dentu,. Kubur Hsien Po terbuka dengan suara bergemuruh. Ying Tai mencampakkan dirinya ke dalam liang kubur dan kubur itu tertutup kembali.

Dayang-dayang berusaha mencapai Ying Tai, namun hanya berjaya mendapat dua cebisan sutera merah yang dipakai oleh Ying Tai. Cebisan sutera itu terlepas menjadi sepasang kupu-kupu. Setelah terbang berpusing-pusing di atas kubur seketika, kedua kupu-kupu itu terbang tinggi ke langit biru.

Doktor Ma menjadi berang (marah sangatlah). Disuruhnya para pengikutnya menggali kubur itu. Namun, mereka tidak menemui apa-apa kecuali keranda kosong dan dua batu putih. Doktor Ma melempar dua batu putih itu jauh-jauh. Di tempat jatuhnya batu tersebut tumbuh dua tunas buluh (bambu, orang senia kata).

Doktor Ma berasa dipermainkan. Lali dia memerintahkan orangnya menebas tunas buluhn= itu, Namun setiap kai ditebang, muncul tunas yang baharu di tempat yang sama, Begitulah seterusnya sehinga anak buah Doktor Ma tidak sanggup lagi menebang.

Kedua tunas itu terus tumbuh menjadi sepasang pohon buluh (pohon bambu) yang daunnya lebat. Hujung daun-daunnya seakan menyentuh langit, membentuk sebuah lengkung berlapis tujuh warna yang indah, Konon, itulah yang kita lihat sebagai pelangi. Menurut kepercayaan setempat, warna merah adalah susuk Ying Tai, sedangkan yang biru adalah Hsien Po. Mereka puteri dan putera pelangi yang bersanding dalam warna-warni nan indah. (namanya cerita dongeng, happy reading)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s