Archives

Dakwah dan Cabaran De-Islamisasi di Malaysia

De-Islamisasi

Islam sebagai ad-din menawarkan satu pakej kehidupan yang lengkap untuk kesejahteraan dan kebahagiaan manusia. Pertembungan Islam dengan nilai-nilai hidup yang bobrok sama ada berbentuk ideologi atau isme ciptaan manusia ataupun elemen ajaran sesat telah berlangsung dalam perjalanan sejarah yang panjang. Cuma, dalam konteks pertembungan dalam era moden kini, de-Islamisasi sebagai satu proses menghakis nilai-nilai Islam telah mengambil satu bentuk, versi, corak dan wajah baru sesuai dengan perkembangan dan keperluan zaman. Buku ini adalah satu cubaan dan inisiatif yang menarik dalam menggarap isu-isu de-Islamisasi dan bagaimana de-islamisasi dengan pelbagai bentuk dan dalam pelbagai aspek, sosial, politik, pendidikan, kepercayaan, teknologi maklumat dan lain-lain telah bertembung dengan Islam dan memberi impak dan cabaran besar kepada perkembangan dan usaha-usaha dakwah khususnya di Malaysia.

Pen: Abdul Ghafar Don / Zaleha Mohd Ali
ISBN 978 983 195 405 8
Tahun: 2008
Hlm: 160
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM16.00

Dinamisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa

Dinamisme Gerakan Islam

Buku ini menyingkap pelbagai aspek dalam gerakan Islam termasuk yang telah lalu dan yang dialami kini. Antara topik dibincangkan mengenai perjuangan gerakan Islam dalam kemerdekaan, politik, ekonomi, pendidikan dan kesenian, selain menyentuh tentang pengaruh gerakan Timur Tengah di Malaysia dan isu-isu semasa umat Islam di Malaysia. Buku ini juga menyentuh kegiatan reformasi pendidikan dan ekonomi yang diusahakan oleh gerakan Islam dan menilai kembali perspektif gerakan Islam terhadap kesenian serta menyorot peranan dan penglibatan gerakan mahasiswa Pengajian Islam dalam isu-isu semasa.

Penulis: Badlihisham Mohd Nasir (Prof. Madya Dr.)
ISBN 978 983 195 361 7
Tahun: 2009
Hlm: 196
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM18.00

Sejarah Ikhtilaf Mazhab di Malaysia

Sejarah Ikhtilaf Mazhab

Untuk menjejaki latar belakang konflik dan kontroversi mazhab di Malaysia, pihak penulis telah menyusun risalah tentang sejarah dan pemikiran tajdid atau islah, agar para pembaca dapat memahami arah perjuangannya serta titik-titik perbezaannya dengan aliran tradisional mengenai isu-isu khilafiah tersebut. Bahagian pertama membahas perkembangan latar belakang sejarah gerakan islah. Bahagian kedua membahas secara menyeluruh gerakan tajdid atau islah di Malaysia. Manakala bahagian ketiga membahas secara khusus perkembangannya di Perlis, iaitu negeri yang secara rasmi dalam Perlembagaan Negerinya mendaulatkan ajaran islah dan menolak amalan bermazhab (Syafie).

Penulis: Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah
ISBN 978 983 195 305 1
Tahun: 2010
Hlm: 354
Harga: RM30.00 (SM)/RM33.00 (S/S)