Archives

HAMAS Perjuangan dari Buaian Hingga Titis Darah Terakhir

HAMAS

Isu Palestin merupakan isu umat Islam sedunia. Mengapa tidak, kerana di sanalah terdapatnya Qiblat umat Islam yang pertama dan juga tempat berlakunya Isra’ dan Mi’raj, iaitu Masjid al-Aqsa. Palestin juga merupakan tanah milik umat Islam sejak dari zaman Nabi Allah Sulaiman lagi. Ia kemudian silih berganti dijajah oleh bangsa Yahudi, Rom dan Parsi sehingga kembali menjadi milik umat Islam. Kini, semenjak tahun 1948 Masjid al-Aqsa dan bumi Palestin sekali lagi dijajah oleh rejim Zionis Yahudi. Malangnya, masih ramai dalam kalangan masyarakat Islam di Malaysia masih naif tentang apa yang berlaku di Palestin, malah jauh sekali untuk menghayati isu tersebut. Ramai yang mengatakan isu ini adalah isu rakyat Palestin atau isu kaum Arab. Media yang dikuasai Barat dan Yahudi pula, lantas mengatakan umat Islam di Palestin adalah golongan pengganas yang mengganggu kaum Yahudi yang merupakan rakyat sebenar bumi Palestin. Kemunculan HAMAS sekitar 1987 telah menyuntik semangat bagi pejuang dan pencinta Islam di bumi Palestin bagi membebaskan diri dari cengkaman rejim Zionis Yahudi. Buku ini merupakan huraian tentang sejarah dan peranan gerakan HAMAS dalam membebaskan bumi Palestin.

Penulis: Dr. Saifullah Mohd Sawi / Munirah Atirah Zakariah
Harga: RM25.00
ISBN: 978-983-195-480-5
Halaman: 256
Tahun: 2010

Islam dan Idealisme Zaman Moden

Islam dan Idealisme Zaman Moden

Buku ini merupakan hasil kajian penulis tentang Islam pada zaman moden. Zaman moden yang bermula sekitar tahun 1800 M, umat Islam di seluruh dunia sering dilanda dengan pelbagai ancaman dan konflik. Ancaman dan konflik itu biasanya berkait rapat dengan kegiatan jahat lagi khianat pihak penjajah Barat dan sekutu mereka yang enggan menghormati hak umat Islam untuk mengamalkan cara hidup Islam yang sejati. Akibatnya, pergolakan dan krisis tidak pernah tamat. Dalam hal ini, tumpuan diberi kepada soal ancaman Zionisme, Qadianisme, Sekularisme serta gerakan yang bercorak tentera di wilayah-wilayah kediamanan umat Islam, kekeliruan yang dicetuskan oleh modernisme dan berikutnya tindak balas umat Islam dalam bentuk pan-Islamisme, gerakan Islah dan tajdid, dan intifadah. Bab-bab yang lain ialah mengenai gerakan Muhammadiyah di Indonesia, Pemikiran dan perjuangan Allamah Muhammad Iqbal, Pemikiran Sayyid Ahmad Khan, Pemikiran dan Perjuangan Sayyid Jamaluddin al-Afghani dan kes Intifadah di Palestine.

Penulis: Dr. Fadhlullah Jamil
ISBN 978 983 195 298 6
Tahun: 2010
Hlm: 256
Saiz: 7” X 10”
Harga: RM28.00 (SM)/RM31.00 (S/S)