Archives

ISLAM PASCA KEMERDEKAAN

Islam Pasca

Buku ini adalah merupakan himpunan kertas kerja Seminar Antarabangsa Agama dan Pembangunan III di UNTAG, Surabaya pada 23 Ogos 2004 dan di IAIN Sunan Ampel, Surabaya, pada 5-6 Jun 2006. Buku ini lahir sempena 50 tahun kemerdekaan negara kita Malaysia dan 60 tahun negara Indonesia. Buku ini cuba meneroka persoalan dan isu perubahan, perkembangan dan pemodenan yang berlaku di dunia Islam kontemporari. Fenomena ini berlaku dalam berbagai-bagai bidang sama ada politik, pendidikan, ekonomi, keagamaan, sosiobudaya, kemasyarakatan, sains dan teknologi serta sebagainya selepas dunia Islam yang rata-ratanya ditakluk dan dijajah oleh kolonialis Barat memperoleh kemerdekaan.

Peny: Mazlan Ibrahim / Kamarudin Salleh
ISBN 978 983 195 366 2
Tahun: 2008
Hlm: 314
Saiz: 7” X 10”
Harga: RM38.00

GERAKAN ISLAM TRADISIONAL DI MALAYSIA

Gerakan Islam Tradisional

Buku ini membahas tentang gerakan Islam yang bercorak tradisional di Malaysia, khususnya kepada kumpulan Jamaat Tabligh dan Darul Arqam. Kajian terhadap kedua-dua gerakan ini penting sekali dilakukan, bukan sahaja kerana pengaruhnya yang besar, bahkan juga untuk mengenal pasti kelebihan dan kekurangannya. Atau, kalau mungkin, untuk mengetahui kebenaran dan kebatilannya. Sebagai sebuah kajian, penulis seberapa bolehnya cuba mendedahkan hakikat dan kenyataan, berasaskan fakta dan data yang diperolehi daripada sumber mereka sendiri, iaitu yang menjadi pegangan atau yang ditulis oleh para pendukung gerakan tersebut. Bahagian pertama membincangkan tentang gerakan tradisonalisme konservatif, manakala bahagian kedua membincangkan tentang gerakan tradisionalisme progresif. Fatwa Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan, Fatwa Majlis Ulama Indonesia (MUI) Propinsi Daerah Istimewa Acheh dan Kenyataan Ketua Pengarah Pusat Islam, Malaysia turut dimuatkan.

Penulis: Dr. Abdul Rahman Hj. Abdullah
ISBN 983 195 242 1
Tahun: 2007
Hlm: 212
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM 18.00

DAKWAH MASYARAKAT ORANG ASLI NEGERI PAHANG

Dakwah Orang Asli

Negeri Pahang merupakan sebuah negeri yang paling ramai didiami oleh masyarakat Orang Asli di Malaysia. Kaum ini terdiri daripada tiga jenis yang terbesar iaitu Negrito, Senoi dan Melayu-Proto. Mereka merupakan antara kelompok sasaran dakwah di Malaysia yang perlu didekati oleh dakwah Islamiah. Di Pahang, terdapat banyak organisasi yang memainkan peranan untuk melakukan dakwah kepada masyarakat tersebut seperti Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Bahagian Pahang, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Negeri Pahang dan Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA). Terdapat pelbagai pendekatan dakwah yang dilakukan oleh organisasi tersebut demi mengembangkan Islam kepada masyarakat Orang Asli di Pahang yang bersesuaian dengan objektif yang dirancang. Usaha dakwah yang dilakukan telah berjaya menarik Orang Asli untuk memeluk Islam.Semoga buku ini dapat membantu usaha dakwah ini supaya ia berterusan.

Penulis: Ahmad Redzuwan Mohd Yunus
ISBN 978 983 195 356 3
Tahun: 2008
Hlm: 126
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM 12.90