Archives

Gagasan Nasionalisme Melayu Raya

Gagasan Nasionalisme

Buku ini cuba memaparkan perjuangan bangsa Melayu yang bersandarkan kepada nasionalisme Melayu Raya. Nasionalis yang berpegang kepada faham ini bercita-cita menyatukan semua umat Melayu di Nusantara di bawah satu entiti politik. Sejarah silam Alam Melayu dijadikan pedoman dan penggerak dalam menghadapi penjajahan Barat. Perjuangan nasionalisme Melayu Raya sering dikaitkan dengan golongan radikal seperti KMM, PKMM, AWAS dan sebagainya. Fahaman ini digarap oleh tokoh-tokoh politik seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ahmad Boestamam dan Dr. Burhanuddin, yang kemudiannya dimanifestasikan pula dalam bentuk perjuangan politik. Tokoh-tokoh radikal ini telah menghadapi pelbagai rintangan dalam mencapai impian. Selepas era kemerdekaan, istilah Melayu Raya sebagai agenda politik semakin pudar dan terus lenyap beberapa dekad selepas itu. Konsep gagasan Melayu Raya hanya relevan dalam konteks bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan. Hubungan negara-negara di Nusantara dalam konteks ini boleh dilihat melalui program-program kerjasama, konvensyen, seminar dan sebagainya.

Kandungan

BAB 1    SEJARAH INTELEKTUAL DAN PERMASALAHAN  NASIONALISME (PENGENALAN RINGKAS)
1.1    Sejarah Intelektual (Intellectual History)
1.2     Permasalahan Nasionalisme 14
1.3     Aliran-aliran Nasionalisme  15

BAB 2    LATAR BELAKANG PENGARUH
2.1     Pengenalan   20
2.2     Pengaruh Politik Indonesia  20
2.3     Pengaruh Kesusasteraan Indonesia    50
2.4     Muhammad Yamin dan Sumpah Pemuda 1928 63
2.5     Jose Rizal dan Gagasan Melayu Raya 72

BAB 3    PERTUMBUHAN GAGASAN MELAYU RAYA
3.1     Pengenalan 78
3.2     Sultan Idris Training College (SITC)  78
3.3     Cikgu Abdul Hadi Haji Hassan dan Gagasan Melayu Raya 88
3.4     Cikgu Harun Muhammad Amin dan Gagasan Melayu Raya 94
3.5     Buyong Adil dan Penulisan Sejarah Alam Melayu  104

BAB 4    PERKEMBANGAN GAGASAN  NASIONALISME  MELAYU RAYA: SEBELUM PERANG
4.1     Pengenalan 110
4.2     Kesatuan Melayu Muda (KMM) 110
4.3     Perjuangan Ibrahim Yaakob di  Tanah Melayu  121
4.4     Pemikiran Ibrahim Haji Yaakob 131

BAB 5    PERKEMBANGAN GAGASAN NASIONALISME  MELAYU RAYA: SELEPAS PERANG
5.1     Pengenalan 175
5.2     Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) 175
5.3     Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) 183
5.4     Dr. Burhanuddin al-Helmy dan Parti Islam Se-Malaya (PAS) 198
5.5     Ahmad Boestamam dan Parti Rakyat Malaya (PRM)  213
5.6     Perjuangan Ibrahim Haji Yaakob di Indonesia 225

BAB 6    PENERUSAN SEMANGAT MELAYU RAYA
6.1     Pengenalan   241
6.2     Kerjasama Politik 242
6.3     Kerjasama Bahasa  247
6.4     Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA)  256
6.5     Badan-badan Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan di Negara-negara Lain di Nusantara  266
6.6     Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA)  272

BAB 7    GAGASAN MELAYU RAYA
7.1     Gagasan Melayu Raya: Antara Impian dan Realiti 285
7.2     Kesimpulan  292

BIBLIOGRAFI  295

Pen: Roslan Saadon
ISBN 978 983 195 403 4
Tahun: 2009
Hlm: 340
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM 25.00

Advertisements

Perkahwinan Raja-raja Melayu

Kahwin Raja

Buku ini meninjau khusus tentang perkahwinan dan kekeluargaan Raja-raja Melayu Melaka sebagaimana yang dicatatkan oleh Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu. Sebelum meneroka persoalan yang berkenaan, terlebih dahulu akan ditelusuri perkahwinan dan kekeluargaan Raja-raja Palembang-Jambi dan Singapura Tua yang menjadi punca kekeluargaan Raja-raja Melayu Melaka. Sama ada disedari ataupun tidak, perkahwinan Raja-raja ketiga-tiga buah kerajaan itu berlaku dalam bentuk atau pola tertentu.

Penulis: Ismail Azman Omar
ISBN 978 983 195 407 2
Tahun: 2009
Hlm: 212
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM22.00

Sejarah Islam di Asia Tenggara

Sejarah Islam di AT

Asia Tenggara terletak di kawasan yang sangat strategik yang menjadi jambatan antara Benua Asia di utara dan Benua Australia di selatan, penghubung antara Lautan Pasifik di timur dan Lautan Hindi di barat. Asia Tenggara adalah sebenar-benarnya penghubung Timur-Barat. Itulah sebabnya dalam sejarah kita dapati, bahawa Asia Tenggara sangat diminati oleh semua suku bangsa di dunia, yang menyebabkan Asia Tenggara dijajah oleh bangsa-bangsa Barat selama berabad-abad lamanya. Dari aspek geo-politik, geo-strategis dan geo-ekonomi maka Asia Tenggara memanglah merupakan kawasan yang teramat penting, baik pada masa lampau, masa kini dan masa hadapan. Buku ini dimulakan dengan pengenalan secara umum tentang Islam di Asia Tenggara, kemudian secara lebih terperinci diikuti dengan huraian Sejarah dan Tamadun Islam di masing-masing sepuluh negara Asia Tenggara.
Pen: Saifullah Mohd Sawi / Samsu Adabi Mamat
ISBN 978 983 195 420 1
Tahun: 2009
Hlm: 198
Saiz: 7” X 10”
Harga: RM25.00