Archives

Abu Bakar al-Baqir

Abu Bakar Baqir

Abu Bakar al-Baqir mempunyai jasa yang amat besar kepada bidang pendidikan, khususnya kepada umat Islam. Beliau turut terlibat dalam aktiviti mengembangkan agama, memimpin masyarakat setempat dan memikirkan masalah kemunduran umat Melayu khususnya dalam sektor pendidikan dan ekonomi. Beliau juga turut terlibat secara langsung dalam gerakan mencetus dan membangkitkan semangat dan kesedaran bangsa Melayu agar kembali menguasai negara pada ketika negara masih dijajah. Dalam buku ini penulis memberikan perhatian kepada sumbangan beliau dalam bidang pendidikan. Aspek pemikiran serta pengalaman beliau dikongsikan bersama buku ini terbahagi kepada ketokohan dan pemikiran.
Pen: Khairul Nizam Zainal Badri
ISBN 978 983 195 366 2
Tahun: 2008
Hlm: 130
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM20.00

Advertisements

Dr. Burhanuddin Helmi

Burhanuddin Helmi

Perjuangan menuntut kemerdekaan dan pembelaan nasib bangsa Melayu seringkali ditonjolkan tokoh-tokoh tertentu dalam kalangan pihak yang menang. Pihak yang menang seringkali memaparkan sesuatu mengikut persepsi mereka. Dalam konteks ini, UMNO dan tokoh-tokoh awalnya seringkali dijelmakan sebagai pejuang kemerdekaan negara. Malah Tunku Abdul Rahman juga telah dianggap sebagai ‘Bapa Kemerdekaan’ negara. Nama-nama seperti Ibrahim Haji Yaakob, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Ishak Haji Mohamad, Dr. Burhanuddin al-Helmi dan Ahmad Boestamam dilupai, mereka dianggap golongan kiri atau golongan arus bawah yang tidak berfungsi langsung dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Apakah tanggapan ini benar? Buku ini cuba menjawab pertanyaan ini dengan memfokuskan kepada perjuangan Dr. Burhanuddin al-Helmi semasa berada dalam PKMM dan PAS.
Pen: Ismail Said
ISBN 978 983 195 372 3
Tahun: 2008
Hlm: 190
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM20.00