Archives

Siri Warisan Kebangsaan

Sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai bangsa dan budaya, Malaysia mempunyai pelbagai seni budaya dan kesan tinggalan sejarah yang menarik minat pelancong. Kepelbagaian adat resam yang terhasil daripada penduduk yang pelbagai bangsa dan etnik menghasilkan pelbagai produk budaya tradisional yang pelbagai pula.

Kepelbagaian kaum di Malaysia mencorakkan kepelbagaian dari aspek pakaian tradisional, makanan tradisi, seni muzik, perayaan, dan lain-lain. Peredaran zaman dan globalisasi melanda dunia, masyarakat negara ini turut menerima pengaruh luar yang sedikit sebanyak melupakan budaya tempatan. Walau bagaimanapun sehingga kini, budaya dan warisan tradisional bangsa-bangsa di Malaysia masih mampu dipertahankan kerana antaranya faktor agama dan budaya masyarakat itu sendiri. Selain itu ia amat penting bagi sektor pelancongan. Bangsa-bangsa di Malaysia berbangga dengan adat budaya mereka sendiri dan berharap ia terus dipertahankan.

Buku-buku dalam Siri Warisan Kebangsaan ini juga dihasilkan bagi menyahut seruan kerajaan agar membanyakkan penghasilan buku seni dan budaya untuk tatapan generasi muda. Siri ini mendedahkan kepada murid-murid mengenai kraf tangan dan muzik tradisi, makanan dan pakaian tradisional, lokasi warisan, dan terakhir sekali permainan tradisional dan seni silat. Dengan memahami aspek-aspek tradisi dalam budaya sesuatu bangsa, diharapkan murid-murid dapat memahami budaya etnik lain.

Penerbit: MEGA PUBLICATIONS (co. no. 001782504-V)

Harga: RM259

Kulit Keras

Saiz: A4

Advertisement

Siri Rukun Negara Malaysia

Buku Siri Rukun Negara Malaysia ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang kepentingan memahami dan menghayati maksud yang tersirat dan tersurat dalam setiap prinsip Rukun Negara Malaysia. Bukan itu sahaja, setiap prinsip itu akan dihuraikan secara terperinci menjurus kepada pemahaman yang lebih jelas dan sebab mengapa prinsip tersebut wajar dihayati.

Buku 1 menerangkan tentang prinsip Kepercayaan kepada Tuhan dan memahami kepelbagaian agama di negara ini. Walau bagaimanapun tumpuan hanya diberikan kepada agama-agama yang lebih dominan di Malaysia. Ajaran secara ringkas setiap agama juga diberikan agar murid-murid tidak memandang hina kepada agama lain. Manakala buku 2 adalah mengenai prinsip Kesetiaan kepada Raja dan Negara. Pengetahun mengenai sistem perlembagaan dan kedudukan raja-raja yang perlu diketahui oleh murid-murid diketengahkan.

Buku 3 pula adalah tentang prinsip Kedaulatan Undang-undang di mana murid-murid diberi kefahaman mengenai undang-undang negara dan mengetahui kepentingannya. Manakala buku 4 yang mengandungi prinsip Keluhuran Perlembagaan pula menerangkan tentang perlembagaan negara Malaysia. Buku yang terakhir, Kesopanan dan Kesusilaan menerangkan pentingnya rakyat Malaysia hidup aman dan harmoni dalam satu negara yang bersatu padu.

Dengan penghasilan buku ini adalah diharapkan ia dapat membantu murid-murid untuk memahami semua prinsip-prinsip di atas dan seterusnya menjadi warganegara yang lebih bertanggungjawab, mempunyai jati diri dan boleh hidup dalam suasana harmoni dan aman damai tanpa sifat prejudis dan prasangka antara kaum. Semoga buku ini dapat memberi faedah kepada pembaca.

Penerbit: PUSTAKA GEDUNG ILMU (001827626-H)

Harga: RM170

Kulit Lembut

Saiz: 7″ x 10″

Siri Pembangunan Ekonomi Malaysia


Topik pembangunan ekonomi bukanlah popular bagi murid sekolah terutama sekolah rendah. Mereka masih tidak mengambil berat bagaimana sesebuah negara dimajukan dan apakah faedahnya kepada diri mereka sendiri. Mereka juga tidak faham kaitannya ekonomi negara dengan peruntukan bagi sesebuah sekolah, skim buku teks atau prasarana sekolah. Murid-murid sekolah hanya didedahkan kepada perkembangan ekonomi Malaysia semasa berada di Tingkatan 6. Itupun jika mereka mengambil subjek itu.

Buku Siri Pembangunan Ekonomi Malaysia ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada para murid mengenai perkembangan ekonomi di Malaysia untuk memberi pemahaman betapa pentingnya sektor ekonomi bagi sesebuah negara. Buku-buku dalam siri ini juga mengetengahkan pelbagai usaha kerajaan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi pelbagai sektor demi kesejahteraan penduduk Malaysia selain mampu bersaing dengan negara luar.

Buku-buku ini merangkumi empat tajuk yang menyentuh tentang Pembangunan Wilayah, Perindustian dan Perdagangan, Pertanian dan Perikanan, dan Perkhidmatan dan Pelancongan. Dengan membaca buku ini adalah diharapkan kalangan murid dapat mengetahui perkembangan ekonomi di Malaysia, dasar-dasar kerajaan yang tidak putus-putus mengukuhkan ekonomi negara ini, dan kesan perkembangan ekonomi negara kepada rakyat. Meskipun setiap buku membincangkan sektor yang berlainan, tetapi ia berkait antara satu sama lain, misalnya kepesatan pertanian dan perikanan menyumbang kepada pertumbuhan industri, begitu juga pembangunan wilayah menghasilkan banyak aktiviti perindustrian.

Penerbit: PUSTAKA DASAR JAYA SDN. BHD. (933398-X)

Harga: RM259

Kulit Keras

Saiz: A4