Archives

Siri Hubungan Etnik Malaysia

Buku Siri Hubungan Etnik Malaysia ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada murid-murid dan orang awam tentang masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum atau etnik. Buku 1 memberi gambaran asas mengenai asal usul pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia yang menjurus kepada faktor sejarah yang me nyumbang kepada kepelbagaian tersebut. Manakala buku 2 pula akan membincangkan mengenai kepelbagaian kaum yang terdapat di Malaysia pada masa kini dari Perlis hinggalah ke Sabah. Walau bagaimanapun disebabkan terlalu banyak kaum yang terdapat di Sabah dan Sarawak, ia tidaklah diperincikan satu persatu.

Buku 3 pula adalah tentang pengukuhan hubungan etnik yang merangkumi sejarah pengukuhan hubungan etnik yang telah dijalankan oleh kerajaan seawal pembentukan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, dasar-dasar kerajaan kemudiannya dan pelbagai aktiviti yang dilaksanakan buat masa kini untuk memantapkan hubungan etnik ini. Buku 4 pula membincangkan cabaran yang dilalui oleh kerajaan dan masyarakat amnya dalam hubungan etnik termasuk masalah-masalah yang dilalui.

Dengan penghasilan buku ini adalah diharapkan ia dapat membantu murid-murid untuk memahami etnik lain, menghormati kaum lain dan mengukuhkan hubungan antara kaum agar dapat menjalani kehidupan seharian dalam suasana harmoni dan aman damai tanpa sifat prejudis dan prasangka antara satu sama lain.

Semoga buku ini dapat memberi faedah kepada pembaca. Segala kekurangan akan diperbaiki dari semasa ke semasa. Insya-Allah.

 

Penerbit:  GOLDEN BOOKS DISTRIBUTORS (001827666-V)

Harga: RM170

Kulit Lembut

Saiz: 7″ x 10″

Advertisements

Siri Perayaan Utama Malaysia

Buku Siri Perayaan Utama di Malaysia ini merupakan sebuah set buku yang menyenaraikan 11 buah perayaan utama yang disambut oleh masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama. Ia mengandungi perayaan-perayaan Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Wesak, Deepavali, Thaipusam, Pesta Kaamatan, Hari Gawai, Maulidur Rasul, Krismas dan Vaisakhi.

Malaysia merupakan sebuah negara Islam yang sedang membangun dan sering mendapat perhatian dunia. Ini kerana pembangunan ekonomi dan kestabilan politiknya sekalipun penduduknya terdiri dari pelbagai kaum, bangsa dan agama. Keharuman negara ini terserlah apabila ia berjaya menjadi contoh dalam memajukan Islam dan memperbaiki taraf hidup rakyatnya yang beragama Islam tanpa menyekat kebebasan beragama bagi penganut-penganut agama lain dan tanpa menindas mana-mana kaum di negara ini. Oleh kerana kebebasan beragama yang dipraktikkan maka terdapat pelbagai perayaan yang diraikan oleh penduduk negara ini berdasarkan agama masing-masing. Meskipun terdapat beberapa perayaan berdasarkan agama atau kaum tertentu, Malaysia sebagai sebuah negara yang harmoni telah mengamalkan prinsip 1 Malaysia iaitu menggalakkan penyertaan kaum atau agama lain jika tidak bersalahan dari segi agama atau menghormati kebudayaan dan amalan kaum atau agama lain. Dengan cara ini perpaduan dan sifat kerjasama dapat dipupuk dan dimantapkan demi kelangsungan keharmonian penduduk negara kita yang tercinta ini.

Buku ini adalah sesuai untuk bacaan sekolah rendah dan menengah yang dihiasi dengan gambar-gambar berwarna bagi memudahkan pembaca memahami kebudayaan dan amalan pelbagai kaum di Malaysia. Lebih-lebih lagi kebanyakan perayaan di atas disambut oleh semua kaum di Malaysia, oleh itu pengetahuan mengenainya adalah penting.

Penerbit: Pustaka Dasar Jaya
Tahun: 2012

Siri Budaya Warisan Malaysia

Buku Siri Budaya Warisan Malaysia ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada murid-murid tentang budaya tradisi masyarakat Malaysia yang pelbagai. Buku ini memberi gambaran asas mengenai aktiviti budaya negara Malaysia yang membincangkan tentang kraf tangan, binaan warisan, makanan tradisi, muzik tradisi, pakaian tradisi, permainan tradisi, cerita rakyat, puisi dan dodoian, seni pementasan dan tarian tradisi. Selain itu bahagian pendahuluan akan melihat sepintas lalu mengenai dasar-dasar utama negara yang berkaitan dengan budaya dan demografi serta agama penduduk Malaysia.

Matlamat buku ini dihasilkan untuk mendedahkan murid kepada perkara-perkara penting yang perlu mereka ketahui untuk menjamin perpaduan antara etnik, memahami budaya etnik lain dan mengenali aspek-aspek budaya masyarakat tradisional yang perlu dipertahankan dan dilestarikan untuk generasi akan datang. Selain itu terdapat beberapa aspek seperti kraf tangan dan permainan tradisi yang menjadi produk pelancongan yang unik dan penting.

Penerbit: Get Smart Publications
Tahun: 2012