Archives

Siri Pembangunan Sosial Malaysia

Buku Siri Pembangunan Sosial Malaysia ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada para pelajar mengenai perkembangan sosial dan budaya masyarakat majmuk di Malaysia untuk membentuk dan seterusnya mengukuhkan akar sosial yang kuat kepada institusi keluarga dan masyarakat, di mana institusi inilah yang diharapkan menjadi penentu kepada kejayaan sesebuah negara. Untuk menjadikan institusi keluarga dan masyarakat yang utuh, pengukuhan jati diri setiap individu perlu dilaksanakan terlebih dahulu dari aspek jasmani dan rohani.

Buku-buku ini merangkumi empat tajuk yang menyentuh tentang Pembangunan Belia, Pembangunan Sosiobudaya, Pembangunan Pendidikan, dan Pembangunan Sumber Manusia. Semua tajuk-tajuk di atas dharapkan pelajar dapat mengetahui asal-usul pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia, dasar-dasar kerajaan yang tidak putus-putus mengukuhkan institusi masyarakat dan bangsa negara ini, pembangunan sektor pendidikan yang menjadi asas utama pembentukan jati diri individu, dan kepentingan golongan belia menjadi sumber manusia yang akan menjana pembangunan negara pada masa akan datang.

Penerbit: Goodwill Publications
Tahun: 2012

Siri Sejarah Penjajahan Tanah Melayu

Buku Siri Sejarah Penjajahan Tanah Melayu ini merupakan sebuah set buku yang menyenaraikan empat buah negara yang pernah menjajah Tanah Melayu dengan menceritakan detik-detik semasa proses penjajahan dan selepas penjajahan. Ia merangkumi latar belakang pentadbiran Tanah Melayu sebelum dijajah negara-negara tersebut dan serba sedikit mengenai negara penjajah. Negara-negara tersebut ialah Portugis, Belanda, British, dan Jepun.

Tujuan buku ini ditulis agar generasi kini terutama para pelajar sekolah menengah mengetahui tentang detik-detik pahit pada era penjajahan yang mengubah landskap politik negara. Dengan menghayati kesan negatif di sebalik penjajahan diharapkan generasi muda akan menjadi individu yang cemerlang dan seterusnya berbakti kepada bangsa dan negara untuk menutup peluang negara ini yang telah merdeka akan dijajah semula meskipun penjajahan minda dan pemikiran.

Buku ini adalah sesuai untuk bacaan sekolah menengah yang dihiasi dengan gambar-gambar bagi memudahkan para pelajar memahami plot detik berlakunya penjajahan di Tanah Melayu. Ia diharapkan menghilangkan tanggapan buruk pelajar bahawa belajar sejarah adalah sesuatu yang membosankan. Buku ini secara tidak langsung memberi pengetahuan bahawa kepentingan perpaduan kepada semua kaum di Malaysia di mana apabila negara kita kucar-kacir dan tidak bersatu maka ia memudahkan kuasa asing memasukinya dan menguasai negara kita.

Penerbit: Mega Publications
Tahun: 2012

SIRI JASAMU DIKENANG

Telah lebih setengah abad negara kita mencapai kemerdekaan. Sehingga kini keadaan dalam negara kita yang rakyatnya terdiri daripada berbilang kaum, hidup dalam keadaan yang sangat selesa, aman dan makmur. Pada masa yang sama kita jangan lupa akan jasa beberapa orang tokoh negarawan yang telah bekerja keras dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan tanah air daripada pihak penjajah.

Siri Jasamu Dikenang mengajak murid-murid mengenali dengan lebih dekat tokoh-tokoh tersebut. Sesuai dengan rakyat negara kita yang berbilang kaum, tokoh-tokoh kemerdekaan tersebut terdiri daripada tiga bangsa utama iaitu Melayu, Cina dan India. Mereka adalah lambang perpaduan kaum yang telah wujud di negara ini sejak sekian lama. Buku-buku dalam siri ini sangat sesuai dibaca oleh pelajar sekolah rendah dan menengah. setiap buku mengandungi gambar-gambar foto tokoh tersebut, di samping penggunaan bahasa yang ringkas dan mudah difahami (dipetik daripada teks di belakang buku yang disediakan oleh penerbit).

ISBN SET 978-967-5416-50-7

Penerbit Sinar Cemerlang

Harga: RM99.00 perset
Tahap: Sekolah Menengah
Halaman: 40 ms.