Pada 14 Mei 2011, saya ke KLCC kerana ada gathering rakan-rakan bekas pekerja PFB dulu. Kami biasa berkumpul selepas lebih 10 tahun meninggalkan PFB. Namun gathering tersebut bukanlah selalu, puratanya rasanya tiga tahun sekali, sebab masing-masing banyak hal, walhal semuanya duduk di Lembah Kelang sahaja, kecuali seorang tercampak ke utara. Kami berjanji berjumpa di Secret Recipe, KLCC pada pukul 12.00 tengah hari. Tapi saya lambat sikit, salah bajet, tersangkut kat ‘heavy traffic’ di Sunway. Mula-mula rasa malas nak pergi, sebab pada awalnya mereka buat di Gombak, tetapi pagi tu Kak Pah telefon mengatakan perubahan tempat. Pergi jugalah, kalau tak pergi ni, entah bila pulak kami dapat berjumpa.
Saya bertemu Kak Pah di Ampang Mall, dan tiga orang telah menunggu di restauran. Dua lagi belum sampai.
Kami selesai makan kira-kira pukul 1.30 ptg. Kak Peah beredar dulu sebab ada hal. Kami terus berbual hingga hampir pukul 2.00 ptg.
Selepas membayar caj parkir sebanyak RM4.00 saya keluar mendapatkan kereta dengan rasa yakin. Akhirnya setelah sejam, kereta gagal ditemui. Tingkat 2 dan 3 di kawasan yang disyaki telah dirayau, turun naik turun naik. Akhirnya saya meminta pertolongan sekuriti yang bertugas. Setelah pukul 3.00 dia datang kembali dan gagal menemuinya. Katanya shif dia dah habis. Kemudian saya cuba lagi cari sendiri. Saya naik semula tempat saya keluar dari lif dalam pasar raya Isetan. Turun lif, keluar tempat hampir sama saya parkir tadi. Tingkat 2 dan 3 juga telah dirayau, tak jumpa. Rasanya hanya satu tingkat sahaja turun dari Jalan Tun Razak terus masuk ke parkir KLCC. Aduhhhh… saya kepenatan, dahlah panas dalam kawasan parkir tersebut. Sekuriti yang kedua pula saya minta bantuan. Kali ini dia berdua bersama-sama seorang lagi. Hampir pukul 4.00 petang barulah ditemui di tingkat 4. Bila masa pula turun lagi setingkat… huh.. kadang-kadang daya ingatan lemah.. tak boleh pakai sangat. Pengajarannya hari ni, jangan bawa kereta, naiknya kenderaan awam. Akibatnya dua kali kena bayar ‘parking fee’. Kali kedua RM5.00 pulak. Dahlah mesin tak terima duit RM10.00. Kena pakai duit syiling sebanyak RM3.00 sebab ada dua helai duit seringgit sahaja. Lepas tu banyak duit seposen je, minta maaflah orang belakang.. sabar je lah ye.
- Apple kasturi.. sedap, most of us minum ni
- Ayam panggang, 3 of us makan ni
- Sapa nampak paling besar… huhhhh… tak bestnya