Archives

1 Malaysia Cultural Village

Baguslah ada sebuah Kampung Budaya di Kuala Lumpur, namun nampaknya memberi keutamaan kepada pelancong, kalau tidak, masakan dinamakan sebagai ‘Cultural Village’ bukan Kampung Budaya. Walau bagaimanapun, usaha ini tetap disanjung, lebih-lebih lagi masuk percuma. Ini kerana kampung budaya di tempat lain mengenakan bayaran masuk lebih RM50 seorang.

Di dalam Kampung Budaya 1 Malaysia ini terdapat rumah-rumah semua negeri di Malaysia namun hanya bahagian hadapan sahaja, semua rumah tidak boleh dimasuki, mungkin kawasan yang terhad, maka cukuplah memperkenalkan bentuk hadapan sahaja. Kadang-kadang bahagian lain tidak seragam, oleh itu tidak begitu penting untuk diketengahkan.

Selain itu terdapat persembahan tarian, irama Melayu dan gamelan yang dibuat dua kali sehari. Malangnya semasa saya mengunjunginya pada hari Selasa 9 Mei 2011, tiada persembahan gamelan diadakan sama ada pagi dan petang. Tidak diketahui sebabnya, dan pekerja-pekerja di kaunter juga tidak tahu menahu. Yang mereka tahu cuma ada dalam jadual. Tapi mereka sudah berusaha membantu setakat yang mampu.

Selain persembahan kebudayaan, terdapat beberapa permainan tradisional ditunjukkan seperti congkak, sepak raga, batu seremban, dan konda kondi. Cuma saya tak berpuas hati konda kondi ini tidak menggunakan bahan yang tradisional. Tempurung digantikan dengan mangkuk plastik, beralaskan tikar getah. Pihak pengurusan patut menambahkan lagi permainan tradisional ini sebab ia susah nak jumpa dah di bandar seperti galah panjang (tak pasti ada ke takde, tak nampak galah pun), dan lain-lain.

Usaha pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur ini patut diteruskan dan ditambah baik. Biar bayar pun takpe, ataupun sesiapa yang memegang tiket ‘Deck’ boleh memasukinya macam masuk Taman Reptilia. Memang tidak dinafikan untuk membuat sesuatu seperti itu mesti menggunakan kos yang tinggi.

‘Gathering’ dan Kereta Hilang

Pada 14 Mei 2011, saya ke KLCC kerana ada gathering rakan-rakan bekas pekerja PFB dulu. Kami biasa berkumpul selepas lebih 10 tahun meninggalkan PFB. Namun gathering tersebut bukanlah selalu, puratanya rasanya tiga tahun sekali, sebab masing-masing banyak hal, walhal semuanya duduk di Lembah Kelang sahaja, kecuali seorang tercampak ke utara. Kami berjanji berjumpa di Secret Recipe, KLCC pada pukul 12.00 tengah hari. Tapi saya lambat sikit, salah bajet, tersangkut kat ‘heavy traffic’ di Sunway. Mula-mula rasa malas nak pergi, sebab pada awalnya mereka buat di Gombak, tetapi pagi tu Kak Pah telefon mengatakan perubahan tempat. Pergi jugalah, kalau tak pergi ni, entah bila pulak kami dapat berjumpa.

Saya bertemu Kak Pah di Ampang Mall, dan tiga orang telah menunggu di restauran. Dua lagi belum sampai.

Kami selesai makan kira-kira pukul 1.30 ptg. Kak Peah beredar dulu sebab ada hal. Kami terus berbual hingga hampir pukul 2.00 ptg.

Selepas membayar caj parkir sebanyak RM4.00 saya keluar mendapatkan kereta dengan rasa yakin. Akhirnya setelah sejam, kereta gagal ditemui. Tingkat 2 dan 3 di kawasan yang disyaki telah dirayau, turun naik turun naik. Akhirnya saya meminta pertolongan sekuriti yang bertugas. Setelah pukul 3.00 dia datang kembali dan gagal menemuinya. Katanya shif dia dah habis. Kemudian saya cuba lagi cari sendiri. Saya naik semula tempat saya keluar dari lif dalam pasar raya Isetan. Turun lif, keluar tempat hampir sama saya parkir tadi. Tingkat 2 dan 3 juga telah dirayau, tak jumpa. Rasanya hanya satu tingkat sahaja turun dari Jalan Tun Razak terus masuk ke parkir KLCC. Aduhhhh… saya kepenatan, dahlah panas dalam kawasan parkir tersebut. Sekuriti yang kedua pula saya minta bantuan. Kali ini dia berdua bersama-sama seorang lagi. Hampir pukul 4.00 petang barulah ditemui di tingkat 4. Bila masa pula turun lagi setingkat… huh.. kadang-kadang daya ingatan lemah.. tak boleh pakai sangat. Pengajarannya hari ni, jangan bawa kereta, naiknya kenderaan awam. Akibatnya dua kali kena bayar ‘parking fee’. Kali kedua RM5.00 pulak. Dahlah mesin tak terima duit RM10.00. Kena pakai duit syiling sebanyak RM3.00 sebab ada dua helai duit seringgit sahaja. Lepas tu banyak duit seposen je, minta maaflah orang belakang.. sabar je lah ye.

Catatan Perjalanan: Dari Shah Alam ke Kulai

Pada 8 Mei 2011, kami rakan sekerja berhasrat mengunjungi kakak kepada rakan sekerja yang melangsungkan perkahwinan di Kulai Jaya, Johor. Jauh betul dari Shah Alam. Sebab memikirkan kami di ofis bukan ramai sangat dan bagi memeriahkan suasana majlis kami pergi juga, satu kereta. Perbelanjaannya dikongsi bersama, apa taknya tol sahaja lebih RM70.

Zana bertolak dari rumahnya di Saujana Utama, Sungai Buloh seawal 7.20 pagi, saya menunggu di rumah di Puchong. Pukul 8.12 am, dia sampai di Puchong bersama keluarganya. Kami terus bertolak menuju ke selatan. Dengan harapan kami boleh sampai sebelum pukul 1.00 ptg. Alhamdulillah dengan perjalanan yang lancar, kira-kira pukul 12.15 tghhari kami sampai di rumah pengantin di Kulai. Tak susah nak cari sebab dekat dengan tol Kulai Jaya.