Archives

Catatan Perjalanan: Meninjau sejarah di Alor Setar

Hari isnin 23 Mei 2011, saya ke Alor Setar, pergi sehari je, naik pagi, balik malam, malangnya flight ada pukul 9.50 mlm je, so kena bersapau juga lah kat ‘airport’.

Pagi tu saya keluar macam biasa kalau flight pagi, iaitu kira-kira pukul 5.30 pagi, dan solat di airport. Setelah beratur saya tengok jam pukul 6.30 pg, terus masuk kat gate, tapi tengok kat papan tanda gate tu, flight pergi Kuala Terengganu dan Sandakan. Ada orang beratur panjang. Bukan flight aku ni, fikir saya. Saya pun pergi minum sekejap. Mahal. RM15.00 untuk mihun dan milo panas, maklumlah airport!!!!!! Habis makan mihun saya minum milo seteguk dan terus menuju ke gate semula sambil membawa milo panas tersebut. Beberapa langkah di gate, saya terdengar nama dipanggil. Adussss… ni kali pertama nama kena panggil ni, rupa-rupanya yang beratur tadi flight ke Alor Setar. Saya pun buang air milo ‘mahal’ saya dalam tong sampah dan menuju ke gate, frustnya. Lepas tu tak berapa dengar staf tu kata pintu berapa, dengar perkataan 4 sahaja. Habis lorong ke 82-84 saya masuk, semuanya flght ke tempat lain. Saya mula cemas, dahlah dah lewat. Ini mungkin kali pertama tertinggal flight, bermonolog dalam hati. Dah sampai hujung bukan flight yang dimaksudkan, maka saya berlari semua ke pangkal jalan, lantaklah orang lain nak kata apa. Bila staf kat hujung jalan tu nampak saya berlari, dia tanya “ke Alor Setar ke?” “Hah”, kata saya. Dia menunjukkan ke arah kiri, nombor 94 katanya. Paling jauh. Aduh! kenapalah tak dengar betul-betul tadi. Berpeluh-peluh naik flight, tapi saya bukanlah orang yang paling akhir, seperti yang pernah terjadi dua tahun lalu, terlewat nak ke Kuala Terengganu, sampai semua orang tunggu saya naik. Bila diamati jam tangan semasa dalam flight, rupanya jam rosak, aduhai.

Sampai di airport, nak sewa kereta, semua kereta habis ditempah. Kena naik teksi jugalah macam biasa. Tapi tak berapa jauh ke pusat bandar, maka tambang taklah mahal sangat. Perjalanan ke Alor Setar berbaloi, dapat masuk empat buah muzium, iaitu Balai Seni, Muzium Diraja, Galeri Sultan Abdul Halim dan Muzium Kota Kuala Kedah… puas dan tak terasa penat berjalan sana sini, tetapi malangnya di dalam muzium tak boleh ambil gambar, maka banyak maklumat terlupa, ada sikit-sikit je yang dicatatkan. Biasalah, kebanyakan muzium memang menjaga imejnya. Tak kisah pun. Seronok dengan usaha Jabatan Muzium negeri Kedah menjaga sejarahnya. Lebih-lebih lagi kesultanan tertua di dunia.

1 Malaysia Cultural Village

Baguslah ada sebuah Kampung Budaya di Kuala Lumpur, namun nampaknya memberi keutamaan kepada pelancong, kalau tidak, masakan dinamakan sebagai ‘Cultural Village’ bukan Kampung Budaya. Walau bagaimanapun, usaha ini tetap disanjung, lebih-lebih lagi masuk percuma. Ini kerana kampung budaya di tempat lain mengenakan bayaran masuk lebih RM50 seorang.

Di dalam Kampung Budaya 1 Malaysia ini terdapat rumah-rumah semua negeri di Malaysia namun hanya bahagian hadapan sahaja, semua rumah tidak boleh dimasuki, mungkin kawasan yang terhad, maka cukuplah memperkenalkan bentuk hadapan sahaja. Kadang-kadang bahagian lain tidak seragam, oleh itu tidak begitu penting untuk diketengahkan.

Selain itu terdapat persembahan tarian, irama Melayu dan gamelan yang dibuat dua kali sehari. Malangnya semasa saya mengunjunginya pada hari Selasa 9 Mei 2011, tiada persembahan gamelan diadakan sama ada pagi dan petang. Tidak diketahui sebabnya, dan pekerja-pekerja di kaunter juga tidak tahu menahu. Yang mereka tahu cuma ada dalam jadual. Tapi mereka sudah berusaha membantu setakat yang mampu.

Selain persembahan kebudayaan, terdapat beberapa permainan tradisional ditunjukkan seperti congkak, sepak raga, batu seremban, dan konda kondi. Cuma saya tak berpuas hati konda kondi ini tidak menggunakan bahan yang tradisional. Tempurung digantikan dengan mangkuk plastik, beralaskan tikar getah. Pihak pengurusan patut menambahkan lagi permainan tradisional ini sebab ia susah nak jumpa dah di bandar seperti galah panjang (tak pasti ada ke takde, tak nampak galah pun), dan lain-lain.

Usaha pihak pengurusan Menara Kuala Lumpur ini patut diteruskan dan ditambah baik. Biar bayar pun takpe, ataupun sesiapa yang memegang tiket ‘Deck’ boleh memasukinya macam masuk Taman Reptilia. Memang tidak dinafikan untuk membuat sesuatu seperti itu mesti menggunakan kos yang tinggi.

‘Gathering’ dan Kereta Hilang

Pada 14 Mei 2011, saya ke KLCC kerana ada gathering rakan-rakan bekas pekerja PFB dulu. Kami biasa berkumpul selepas lebih 10 tahun meninggalkan PFB. Namun gathering tersebut bukanlah selalu, puratanya rasanya tiga tahun sekali, sebab masing-masing banyak hal, walhal semuanya duduk di Lembah Kelang sahaja, kecuali seorang tercampak ke utara. Kami berjanji berjumpa di Secret Recipe, KLCC pada pukul 12.00 tengah hari. Tapi saya lambat sikit, salah bajet, tersangkut kat ‘heavy traffic’ di Sunway. Mula-mula rasa malas nak pergi, sebab pada awalnya mereka buat di Gombak, tetapi pagi tu Kak Pah telefon mengatakan perubahan tempat. Pergi jugalah, kalau tak pergi ni, entah bila pulak kami dapat berjumpa.

Saya bertemu Kak Pah di Ampang Mall, dan tiga orang telah menunggu di restauran. Dua lagi belum sampai.

Kami selesai makan kira-kira pukul 1.30 ptg. Kak Peah beredar dulu sebab ada hal. Kami terus berbual hingga hampir pukul 2.00 ptg.

Selepas membayar caj parkir sebanyak RM4.00 saya keluar mendapatkan kereta dengan rasa yakin. Akhirnya setelah sejam, kereta gagal ditemui. Tingkat 2 dan 3 di kawasan yang disyaki telah dirayau, turun naik turun naik. Akhirnya saya meminta pertolongan sekuriti yang bertugas. Setelah pukul 3.00 dia datang kembali dan gagal menemuinya. Katanya shif dia dah habis. Kemudian saya cuba lagi cari sendiri. Saya naik semula tempat saya keluar dari lif dalam pasar raya Isetan. Turun lif, keluar tempat hampir sama saya parkir tadi. Tingkat 2 dan 3 juga telah dirayau, tak jumpa. Rasanya hanya satu tingkat sahaja turun dari Jalan Tun Razak terus masuk ke parkir KLCC. Aduhhhh… saya kepenatan, dahlah panas dalam kawasan parkir tersebut. Sekuriti yang kedua pula saya minta bantuan. Kali ini dia berdua bersama-sama seorang lagi. Hampir pukul 4.00 petang barulah ditemui di tingkat 4. Bila masa pula turun lagi setingkat… huh.. kadang-kadang daya ingatan lemah.. tak boleh pakai sangat. Pengajarannya hari ni, jangan bawa kereta, naiknya kenderaan awam. Akibatnya dua kali kena bayar ‘parking fee’. Kali kedua RM5.00 pulak. Dahlah mesin tak terima duit RM10.00. Kena pakai duit syiling sebanyak RM3.00 sebab ada dua helai duit seringgit sahaja. Lepas tu banyak duit seposen je, minta maaflah orang belakang.. sabar je lah ye.