Archives

Jawatan kosong security

JAWATAN KOSONG URGENT!

Security Perempuan diperlukan bagi kawasan Senawang, Negeri Sembilan bagi sebuah Syarikat Sekuriti Profesional yang berdaya maju dan mempunyai cawangan hampir seluruh Malaysia.

Kemasukan 19 JUN 2017- 1 Julai 2017

Gaji: RM1550 – RM 2250 (basic salary boleh dirunding berdasarkan pengalaman dan pendidikan)

1. Ada KWSP / SOCSO

2. Kerja 22 Hari, ada OT

3. Bantuan perubatan/cuti tahunan

4. Kediaman rumah sewa sementara jika perlu.

Kelayakan:

1. Minimum SPM, tetapi mempunyai Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Undang-undang dan sewaktu dengannya amat digalakkan.

2. Boleh bekerja shif.

3. Rajin bekerja dan mahu belajar, serta serius untuk membina kerjaya

4. Pernah berkhidmat dengan Polis/Tentera/Rela dialu-alukan.

5. Umur 30-50 tahun.

6. Muslim hendaklah solat lima waktu dan bertudung

7. Tiada penyakit kronik

8. Berat 50-68 kg/ tinggi melebihi 5.5 kaki

9. Mempunyai transport ke tempat kerja.

Pada yang berminat sila hubungi 017-260 7730 (call/msg sahaja) untuk maklumat lanjut.

Advertisements

Jawatan Kosong Chef dan Pembantu Dapur

20151008_124701

Beberapa calon yang sesuai berpengalaman dan tidak berpengalaman untuk menjadi chef dan sous chef di sebuah syarikat yang baharu ditubuhkan untuk berniaga di gerai makan.

Bersih, tidak merokok dan muslim.

Mesti berminat (passion) tentang makanan.

Boleh memasak western dan malaysian food.

Berniat bekerja tetap sahaja.

Mempunyai kenderaan sendiri diutamakan.

Sesiapa yang berminat sila hantar resume, photo, dan expected salary ke email mariahns@yahoo.com.

DAP gesa kerajaan keluarkan subjek Tamadun Islam dari universiti swasta

Oleh Md Izwan

Kementerian Pendidikan digesa supaya menarik balik Tamadun Islam sebagai subjek wajib kepada pelajar universiti swasta, kata Ahli Parlimen Kampar, Dr Ko Chung Sen.

Beliau berkata tidak ada satu pun universiti dalam dunia yang mewajibkan subjek berkaitan agama sebagai wajib untuk dipelajari.

“Lihat kepada universiti terkemuka di dunia, tiada subjek berkaitan dengan agama yang diwajibkan kepada pelajarnya.

“Bagaimana ia dapat membantu seseorang yang belajar untuk menjadi doktor, peguam ataupun jurutera? Kenapa ia perlu di Malaysia?” katanya.

Dr Ko berkata, kementerian dalam jawapan di Dewan Rakyat memberi alasan penyeragaman sebagai faktor subjek itu diwajibkan dan ia berkuat kuasa pada 1 September 2013.

Beliau berkata, universiti yang mahu mencapai status antarabangsa wajar memberi tumpuan kepada penerbitan penyelidikan, bukan kepada subjek yang tidak memberi sebarang impak.

“Kita wajar fokus kepada kaedah kajian dan menerbitkan kertas kajian,” katanya.

Jun lalu, The Malaysian Insider melaporkan kegagalan universiti negara untuk berada dalam senarai 100 terbaik yang dikeluarkan Times Higher Education World University Rankings 2012/2013.

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), satu-satunya universiti yang tersenarai tahun lalu pada kedudukan ke-98 juga tercicir. 11 Julai, 2013.

Sumber: The Malaysian Insider (http://my.news.yahoo.com/dap-gesa-kerajaan-keluarkan-subjek-tamadun-islam-dari-042714159.html)

APA KATA ANDA?????