Tag Archive | ekonomi Malaysia

Siri Pembangunan Ekonomi Malaysia


Topik pembangunan ekonomi bukanlah popular bagi murid sekolah terutama sekolah rendah. Mereka masih tidak mengambil berat bagaimana sesebuah negara dimajukan dan apakah faedahnya kepada diri mereka sendiri. Mereka juga tidak faham kaitannya ekonomi negara dengan peruntukan bagi sesebuah sekolah, skim buku teks atau prasarana sekolah. Murid-murid sekolah hanya didedahkan kepada perkembangan ekonomi Malaysia semasa berada di Tingkatan 6. Itupun jika mereka mengambil subjek itu.

Buku Siri Pembangunan Ekonomi Malaysia ini dihasilkan untuk mendedahkan kepada para murid mengenai perkembangan ekonomi di Malaysia untuk memberi pemahaman betapa pentingnya sektor ekonomi bagi sesebuah negara. Buku-buku dalam siri ini juga mengetengahkan pelbagai usaha kerajaan untuk meningkatkan pembangunan ekonomi pelbagai sektor demi kesejahteraan penduduk Malaysia selain mampu bersaing dengan negara luar.

Buku-buku ini merangkumi empat tajuk yang menyentuh tentang Pembangunan Wilayah, Perindustian dan Perdagangan, Pertanian dan Perikanan, dan Perkhidmatan dan Pelancongan. Dengan membaca buku ini adalah diharapkan kalangan murid dapat mengetahui perkembangan ekonomi di Malaysia, dasar-dasar kerajaan yang tidak putus-putus mengukuhkan ekonomi negara ini, dan kesan perkembangan ekonomi negara kepada rakyat. Meskipun setiap buku membincangkan sektor yang berlainan, tetapi ia berkait antara satu sama lain, misalnya kepesatan pertanian dan perikanan menyumbang kepada pertumbuhan industri, begitu juga pembangunan wilayah menghasilkan banyak aktiviti perindustrian.

Penerbit: PUSTAKA DASAR JAYA SDN. BHD. (933398-X)

Harga: RM259

Kulit Keras

Saiz: A4

 

Advertisements

SIRI KENALI NEGARA KITA

Buku Siri Kenali Negara Kita ini dihasilkan untuk menampung kekurangan bahan yang mudah dibaca dan mudah difahami untuk para pelajar di pelbagai peringkat terutama di sekolah rendah. Buku ini memberi gambaran asas mengenai negara Malaysia yang membincangkan identiti negara, pemerintahan, warisan negara, perpaduan dan hubungan antarabangsa selain melihat sepintas lalu mengenai dasar-dasar utama negara dan kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia.

Matlamat buku ini dihasilkan untuk mendedahkan pelajar kepada perkara-perkara penting yang perlu mereka ketahui untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, mencintai negara dan mempraktikkan kehidupan yang harmoni sesama kaum. Pengetahuan mengenai pembinaan jati diri bangsa Malaysia amat penting untuk membina suatu bangsa yang lebih terarah kepada masa hadapan yang cemerlang.

Buku-buku ini merangkumi segmen-segmen identiti negara, pentadbiran, ekonomi dan pembangunan, dan sejarah dan kemerdekaan.

Penerbit: Pustara Dasar Jaya

Harga: RM250

Kulit Keras

Tahap: Sekolah Rendah dan Menengah

Hlm: 72 ms