Tag Archive | identiti negara

SIRI PENDIDIKAN NEGARA BANGSA

 

Siri Pendidikan Negara Bangsa ini dihasilkan untuk menampung kekurangan bahan yang mudah baca dan mudah faham untuk para pelajar di pelbagai peringkat terutama di sekolah rendah. Buku ini memberi gambaran asas mengenai negara Malaysia yang membincangkan identiti negara, pemerintahan, warisan negara, perpaduan dan hubungan antarabangsa selain melihat sepintas lalu mengenai dasar-dasar utama negara dan kemajuan yang telah dicapai oleh Malaysia. Matlamat buku ini dihasilkan untuk mendedahkan pelajar kepada perkara-perkara penting yang perlu mereka ketahui untuk menjadi individu yang bertanggungjawab, mencintai negara dan mempraktikkan kehidupan yang harmoni sesama kaum. Pengetahuan mengenai pendidikan negara bangsa amat penting untuk mengetahui jati diri sesuatu bangsa dan negaranya supaya lebih terarah kepada masa hadapan yang cemerlang.

PENULIS: MARUWIAH AHMAT
ISBN SET: 978-967-5193-33-0
HARGA: RM290 PERSET
TAHAP: SEKOLAH MENENGAH
HLM: 48-56 MS
KULIT KERAS