Tag Archive | Kaunseling Islam

KAUNSELING ISLAM KE ARAH PEMBENTUKAN KELUARGA DINAMIK

Kaunseling Islam

Institusi keluarga adalah sebuah pusat yang menjadi asas pembentukan organisasi sosial yang tersusun, aman, maju serta cemerlang dalam apa juga lapangan kehidupan. Pembinaan institusi keluarga yang sempurna melambangkan bangsa yang aman. Sebaliknya keruntuhan institusi keluarga membayangkan keadaan huru-hara dan ketidakstabilan sesebuah bangsa dan negara itu sendiri. Jika diukur realiti masyarakat Malaysia pada hari ini jelas menunjukkan bahawa kedudukan institusi keluarga kian lemah rentetan arus globalisasi yang mempengaruhi masyarakat dan keluarga. Menyedari hakikat ini, penulis memilih sebuah institusi agama iaitu Pusat Pembangunan Keluarga Islam dan Unit Rundingcara Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) yang terlibat dalam usaha menyusun program bersesuaian dengan objektif dalam membangunkan dan memelihara keutuhan institusi kekeluargaan dinamik khususnya di Kedah dan amnya di Malaysia.

Penulis: Adawiyah Ismail
ISBN 978 983 195 335 8
Tahun: 2007
Hlm: 140
Saiz: 5.75” X 8.25”
Harga: RM 14.90