Pada 8 Mei 2011, kami rakan sekerja berhasrat mengunjungi kakak kepada rakan sekerja yang melangsungkan perkahwinan di Kulai Jaya, Johor. Jauh betul dari Shah Alam. Sebab memikirkan kami di ofis bukan ramai sangat dan bagi memeriahkan suasana majlis kami pergi juga, satu kereta. Perbelanjaannya dikongsi bersama, apa taknya tol sahaja lebih RM70.
Zana bertolak dari rumahnya di Saujana Utama, Sungai Buloh seawal 7.20 pagi, saya menunggu di rumah di Puchong. Pukul 8.12 am, dia sampai di Puchong bersama keluarganya. Kami terus bertolak menuju ke selatan. Dengan harapan kami boleh sampai sebelum pukul 1.00 ptg. Alhamdulillah dengan perjalanan yang lancar, kira-kira pukul 12.15 tghhari kami sampai di rumah pengantin di Kulai. Tak susah nak cari sebab dekat dengan tol Kulai Jaya.
- Singgah di R&R Seremban, huh banyaknya kalori.
- Kompang siap bergendang
- Singgahsana Raja Sehari.
- Kompang dah best dah siap bergendang, alahai kenapa jawinya lintang pukang.
- Wajah pengantinnya. Pengantin lelaki tu memang suka mengumam.
- Rakan-rakan bergambar dengan pengantin.
- Nasi beriani, sedap, ditambah pula ada ikan masin masak dengan nanas.
- Bubur sebagai dessert, sedappppp. Nak makan 2-3 mangkuk tapi mengenangkan bersantan… tahan je lah.
- Kuih bahulu pelbagai warna dan rasa dihidangkan.
- Pertama kali jumpa air di rumah orang kahwin macam kat pasar malam, ada 10 jenis semuanya. Dapat rasa 3 jenis je.