Tag Archive | Riduan Mohamad Nor

Aku, Isabella dan Tok Kenali

Image

Buku yang paling latest aku beli, walaupun agak ketinggalan, aku hanya berpeluang menatapnya semasa Bob Lokman datang berceramah di rumah ku di Kampung Pergai, Jelebu, Negeri Sembilan, Harganya hanya RM16, masa tu dapat beli dengan harga RM15 siap dengan tandatangan penulis.

Buku ini mengisahkan perjalanan Bob Lokman dalam dunia artis, kehidupannya sebagai cicit Tok Kenali dan kemudiannya sebab dia mula memikirkan arah tuju hidupnya. Dalam ceramah Bob Lokman bukanlah ceramah politik sebenarnya, cuma menimbulkan kesedaran kepada khalayak kenapa kita mesti memilih jalan yang betul dalam hidup dan memberi kesedaran agar kita mengingati mati, kerana mati pasti akan datang, bersediakah kita?

Terima kasih Bob Lokman.